Tips Hilangkan "Bad Mood"

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, hari ni sebenarnya waktu saya bekerja, dah siap keje sikit so dari takde buat apa-apa elok saya kongsikan sesuatu,ok kali ni saya nak share mengenai "Bad mood", owh tak suka nya! mesti korang pun tak suka kan. Tetapi yang pastinya semua orang yang duduk kat dunia ni pasti pernah mengalaminya bukan? yer la kalau tak pernah merasa tu bukannya orang, haa robot tau alien jew tu, hehe ^^  ..Ok setiap orang jugak punya cara tersendiri menghadapi perasaan "bad modd" kan. Ada yang semakin parah & ada jugak yang mampu mengawalnya dengan baik. Kan bagus kalau semua orang boleh menghadapi perasaan tu dengan cara yang lebih tenang.
Di sini saya nak kongsikan beberapa tips mudah agar korang mampu menghilangkan rasa "bad mood". Jom scroll kat bawah ^^

 Elakkan berada di ruangan terkurung
 Untuk menenangkan perasaan "bad mood" korang perlulah mendapatkan sinar cahaya dari luar iaitu keluar dari dalam bilik atau bangunan. Elakkan berkurung di bilik kerana ia akan menambah buruk keadaan. Ini disebabkan ruang bilik atau bangunan tidak mempunyai jarak pemandangan yang jauh. Mata memainkan peranan yang penting untuk mengawal sesuatu perasaan. Oleh itu korang perlu berada diluar bangunan seperti kawasan pantai atau kawasan yang membolehkan korang melihat sesuatu yang jauh. Perasaan "bad mood" juga akan semakin jauh.
Elakkan Dari Berkhayal, lakukan sesuatu 
Jangan biarkan diri korang terus menjadi malas untuk bergerak. Lakukanlah sesuatu yang lebih berfaedah. Hidarkan dari termenung dan berkhayal kerana jika korang berkhayal, banyak masa korang mengingati semula punca "bad mood". Lakukanlah hal yang berfaedah seperti jogging, bersukan, berkaraoke & sebagainya. Pendek kata apa-apa saja perkara yang boleh membuatkan korang fokus.

Luangkan Masa Bersama Kawan 
Untuk kali ni, kawan-kawan korang diperlukan saat "bad mood". Luangkanlah masa bersama mereka & beboraklah mengenai perkara yang kelakar. Tak pun korang boleh bermain teka teki bersama mereka. Selalunya melalui cara bersosial ni mampu memberikan semangat positif dari kawan-kawan kepada diri korang agar minda korang berasa segar dari rasa ""bad mood". 

Dengar Lagu Kegemaran 
Antara cara paling efektif & mudah untuk hilangkan perasaan "bad mood" ialah mendengar lagu-lagu kegemaran. Zaman sekarang majoriti memiliki handphone yang menyokong Pemain MP3 & radio. So gunalah handphone mahal korang tu. Semasa mendengarkan lagu-lagu kegemaran korang tu, tak perlulah memikirkan hal yang lain, cukuplah korang menghayati lirik lagu tersebut kerana melalui pendengaran mampu mempengaruhi mood seseorang. Tak percaya? cubalah ^^,

Baiklah begitulah antara beberapa tips ringkas yang saya kongsikan, so kurang2kanlah rasa kurang senang tu, tak elok pun takde hadiah jugak. Lebih baik korang happy & releks je kan? hehe.. Semoga bermanfaat buat korang ye ^^ 

Sudi-sudikanlah komen & follow =D 

2 Budak Sudi Komen:

Dalila Samsudin said...

Tips yang hebat haa :D

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/2012/02/cinta-remaja-part-1.html

arifah said...

Wow idea yang bernas..!

Blogroll

Busuk.Org