Gambar Ihsan Cik Google |
Setiap orang pernah bercinta kan? pasti pernah merasai pasang surut sesebuah hubungan, Tak kurang hebatnya pertengkaran mahupun pergaduhan. Kerana cintalah pelbagai rintangan yang kita hadapi, suka duka, tawa riang, sedih mahupun menangis. Ada kalanya cinta mengajar kita erti ketabahan, rasa syukur, timbangrasa, kasih sayang, hormat-menghormati dan macam-macam lagi. Pada yang masih muda & belum pernah merasai betapa beratnya dugaan percintaan mungkin mampu merasa lega, dan ramai juga pernah berkata "biar single lagi baik", namun Acha Septriasa pula menyangkal "berdua lebih baik" kehkehkeh ^^ ... Kemungkinan besar di antara kita semua pasti pernah merasai atau sedang merasai betapa sukar melupakan bayangan bekas kekasih. Adakalanya ia sering bermain di fikiran walau di mana berada. Berat sungguh rasanya kan? ^^ Entry kali ni saya ingin kongsikan beberapa tips yang mampu membantu meringankan perasaan yang menghantui diri korang semua, Jom scrol kat bawah ni =)
Cari Pengganti ^^
Ini merupakan cara yang paling realistik, mudah & eskpress buat melupakan sang kekasih lama. Mengikut tinjauan dari orang ramai, dari 1000 orang, sebanyak 34% memilih untuk mencari pengganti baru. Ia bukanlah merupakan cara paling baik untuk melupakan bekas kekasih. Cara ini dikatakan hanya mampu menyedapkan hati buat suatu jangkamasa yang singkat kerana, adakalanya memori lama mampu terbangkit semula terutama apabila terserempak dangan bekas kekasih lama. Selain itu, ia juga meninggalkan tanggapan buruk terhadap diri oleh bekas kekasih. So fikir-fikirkanlah sebulum buat keputusan :)
Biar Masa berlalu
Cara ini merupakan cara yang memerlukan ketabahan hati serta kekuatan diri untuk menempuh segala dugaan, di mana perasaan kasih masih lagi menyelubungi walau diri ingin melupakan bayangan kekasih lama. Biarkan saja masa berlalu memadamkan segala memori korang bersama bekas kekasih kerana masa yang berlalu bukan sahaja mampu memudarkan ingatan terhadap si dia bahkan menjadikan diri kita lebih tabah serta matang dalam menempuh kehidupan. Masa yang berlalu di katakan antara cara terbaik untuk melupakan masa lalu korang. Tiada jawapan yang pasti kerana tuhan saja Maha mengetahui.
Ikhlas & Reda
Keikhlasan, kerelaan & reda adalah perlu di bentuk dalam diri korang dan yang perlu diingati bahawa tidak semua perhubungan yang gagal diselesaikan harus bersatu semula. Relakan lah hati, ikhlaskanlah jiwa biarkan si dia dengan hidupnya. Lupakan segala dendam, lupakan segala yang negatif tentang dirinya. Dengan cara ini, korang akan merasai ketenangan bahawa tidak semestinya diri kita untuk si dia. Mungkin si dia hanyalah persinggahan sebelum kita sampai ke suatu destinasi selayaknya.
Luangkan Masa Bersama Kawan-kawan
Cara ini merupakan suatu hal yang mudah kerasa setiap orang pasti dikurniakan sahabat yang baik & lebih memahami diri. Yang pasti selepas putus cinta dengan kekasih, luangkan la pula masa yang sepatutnya bersama kekasih lama untuk kawan-kawan korang pula ^^ Ternyata korang mampu melupakan hal serta memori indah bersama kekasih. Apa yang pasti persahabatan adalah anugerah yang hebat dari percintaan. Maka gunakanlah ia sebaiknya agar tidak terus dihantui oleh bayangan bekas kekasih.
Banyakkan Urusan
Kebanyakan dari kita sering cuba meletakkan diri terhadap sesuatu agar bayangan sang kekasih tidak terus mengejar diri kita. Oleh itu, antara cara terbaik yang pernah saya sendiri dengar dari pakar motivasi ialah meperbanyakkan urusan seperti bekerja, contohnya mengambil kerja lebih masa, part time & sebagainya. Jika sebelum ini korang agak ambil ringan terhadap kerja, so mulakanlah untuk lebih fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan. Jika seseorang itu masih belajar, memperbanyakkan membaca, ulangkaji bersama rakan & mengelakkan bersendirian merupakan suatu yang mampu dilakukan agar korang mampu mengurangkan rasa yang sedang menghantui.
Mengingat Keburukannya :p
Jika masih tidak mempu untuk mengikuti beberapa tips di atas, ini merupakan cara terdesak bagi melupakan hal tentang bekas kekasih. Mengimbas kembali kenangan manis serta romantik bersama bekas kekasih ternyata membuat seseorang tidak lepas dari bayangan bekas kekasih. Oleh itu ramai juga berpendapat bahawa, mengingat kembali segala kenangan buruk bersama si dia pasti dapat melupakannya dengan mudah. Walaupun ia tidaklah elok sangat namun, ternyata berhasil.
Begitulah beberapa tips yang saya kongsikan. Oleh itu, cuba lah mengatasi hal tersebut dengan tips yang sesuai dengan peribadi korang ^^ Diharap pada yang baru mengenali atau sedang bercinta, cuba lah untuk mengawal segala permasaalahan dengan baik, janganlah terlalu mengikut ego sendiri agar perhubungan dalam keadaan baik. SEMOGA BERMANFAAT =D
0 Budak Sudi Komen:
Post a Comment