Apabila Blogger Kehilangan Laptop

Gambar Ihsan Cik Google
Sedih tak terkata apabila sesuatu yang amat kita hargai sudah tiada lagi. Nak menangis macam gambar kat atas pun ada, tapi kena kontrol macho gak eheh ^^   ...Untuk kali ni bukannya kehilangan orang yer, gf, kucing, atau pun duit, ni lain sket, saya dah kehilangan laptop kesayangan alias GF peribadi hehe. Hilang bukan bermakna tak nampak cuma tak boleh nak guna je ^^,  ...sedih-sedih sesangat bukannya apa, cuma laptop tu tinggi nilainya terutama jasanya semasa saya masih lagi menuntut ilmu suatu ketika dulu. Apabila perebutan harta terjadi lebih baik mengalah dari terus membingitkan telinga, menyakitkan jiwa, menjahanamkan minda, eheh apa lak merepek ni hehe, sory2 ^^
Lepas ni terpaksalah berblogging kat cyber cafe aje, 1 jam RM2.50 takpe lar.. lagipun saya tak mampu nak beli laptop baru. Keadaan bertambah buruk apabila saya baru je apply streamyx. Haaa camne lak tu nak bayar tapi tak guna hehe.. Sedap2 je orang lain hack gune internet tu. Siapa yang bayar? saya jugak.
Baru je nak belajar berblogging dah terkurang salah satu elemen penting. Camna tu ek? nak beli baru kot2 tak mampu lak eheh..pening2 memikirkan, terlalu banyak benda yang teringin nak beli..tahun ni nak cadang beli DSLR tapi nampaknya macam tak dapat la pulak. Cian kan dah lama saya kumpul duit. Hmmmm~ kalaulah saya ni anak orang kaya takpe la jugak, esok pergi kedai angkat bayar hehe, tak pun mintak kat bos alias bapak nak laptop baru huhu ^^  ...tapi sume tu angan je kan takkan dapat punya. Mesti malam nanti saya mimpi pasal laptop baru, esok bangun pagi tinjau2 takde apa2 pun, hadoii~
Takpe la kan, kalau ada rezeki nanti saya akan beli jugak, baru kali ni saya rasa kehilangan yang membingungkan sepanjang hari. Dah la sunyi, lapop takde pastinya lebih membosankan kehidupan seharian. Takpe la, saya masih ada tulang empat kerat, so saya akan ikhtiarkan untuk terus berblogging walau mungkin tak lagi seaktif sekarang ni. So apa2 pun doakan saya  dapat laptop baru okey ^^
 Baru jew nak belajar berblogging dah Takde Laptop..hehe ^^ 
 Sudi-sudikanlah komen yer =D

1 Budak Sudi Komen:

Syira Rara said...

hai..baru lepas follow blog kamu..klau ada masa nnt singgah la blog saya..kalau sudi follow lg bagus..hehe boleh share cerita nnt (^_^)

Blogroll

Busuk.Org