Tips Tarik Perhatian Lelaki Disukai








Gambar Ihsan Cik Google



Malam ni sebenarnya agak penat disebabkan banyak menghabiskan masa untuk survey-surver karnival kat labuan. Yer la mana taknya, dah la cuti kebetulan pulak sambut penutupan hari wilayah. So bagus jalan2 mana tau ada barang menarik,Meriah jugakla kat sini ^^

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk tarik perhatian lelaki kegemaran. Sesuai untuk bacaan pompuan jer ye. Ok sebelum tu saya pasti ada diantara korang (pompuan la) pernah bingung macamana nak tarik perhatian seseorang tu kan? Mesti ada kan hehe..rasa macam nak kenal je ngan mamat comey nih tapi tak berani nak buat sesuatu. Last sekali melepaslah korang..hehe ^^ Dalam situasi camni korang tak boleh berharap je, kena ada sedikit usaha, tak rugi cuba. So di sini saya kongsikan beberapa tips untuk korang praktikkan..




Percayaan Diri

Jika ingin menarik perhatian seseorang lelaki, korang perlu tanam sikap percaya pada diri sendiri. Ini akan memberikan kesan dalam setiap tindakan korang. Sikap ini menunjukkan bahawa korang bukanlah seorang wanita yang lemah. Bagi kebanyakan lelaki amat tertarik pada wanita yang memiliki sikap seperti ini.



Prihatin & Menyokong

Sifat ini lebih adalah antara kunci untuk membuka hati golongan lelaki. Keprihatinan mampu membuat lelaki jatuh hati atau lembut hatinya terhadap wanita yang prihatin. Korang perlu wujudkan sikap ini tidak kira pada siapa. Ini menunjukakan korang adalah seorang yang mengasihi, serta memberi sokongan moral dan emosional.




Berwawasan


Ramai yang tahu perkataan ni, tapi ramai yang tak tahu makna sebenarnya. Bagi yang masih tak tahu boleh periksa kamus atau google ^^ ... Ok, seorang wanita yang mempunyai wawasan serta pendirian yang luas antara sifat yang menjadi juara di mata kaum lelaki kerana sifat inilah menunjukkan seorang wanita itu Smart! tahu hala tuju hidupnya.




Menjaga Maruah Diri

Ok, yang ni semua orang tau kan, korang perlu ada nilai tinggi pada diri. Jangan terlalu mudah mendampingi lelaki kerana di situ korang akan dilihat sebagai murahan oleh kebanyakan lelaki. Oleh itu, elakkan tanggapan tersebut. Biarlah jual mahal sket, serlahkan nilai diri korang & bukan sesekali untuk dipermainkan.




Bersih

Antara yang perlu dititik beratkan ialah personaliti yang kemas & bersih. Sikap yang perlu korang utamakan setiap masa & di mana jua. Lelaki sukakan wanita yang pembersih, mudah untuk seorang lelaki mendekati serta tertarik akan imej wanita yang tahu menjaga penampilan.




Suka Senyum

Sepertimana yang sering dikatakan, senyum itu amalan yang baik, seseorang wanila akan lebih nmpak manis & mesra jika senyum betul tak? haa~ korang pun suka kan tengok orang senyum tak payah nak berdolak dalik lagi ar. Lagipun senyuman tu akan membuatkan wajah seseorang nampak lebih muda. Lelaki semestinya lebih tertarik dengan wanita yang mudah memberikan senyuman. So amalkan la senyum =)




Haaa~ begitu la antara beberapa tips yang saya kongsikan untuk hari ni, semoga menjadi panduan. Seterusnya saya akan kongsikan beberapa tips lain untuk orang lelaki la pulak yerr ^^




Rahsia Internet Percuma Klik Di sini

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org