Tips Putuskan Hubungan Cinta Cara Baik

Gambar Ihsan Cik Google
Entah mengapa la pepagi buta ni tak boleh nak tidur, agaknya pasal minum indo cafe kot..ahaha lantak la. Yang penting pagi yang panjang ni nak share sesuatu. Ok, kali ni saya nak kongsikan beberapa tips cara nak putuskan hubungan cinta dengan cara baik. Saya percaya 60% di kalangan pembaca entry ni pernah mengalami situasi putus cinta kan? Bagaimana pula pengakhiran perhubungan tersebut, adakah di akhiri dengan permusuhan serta dendam si dia? Jawapan pasti ada pada korang. Dulu masa mula berhubungan pasti ia bermula dengan cara baik, so biarlah di pengakhiran juga dilakukan dengan cara baik agar si dia menerimanya dengan hati yang reda. Di bawah ni beberapa tips yang boleh korang ikuti...
Jom scrol kat bawah lagi =D


Carilah Masa Yang Sesuai
Langkah pertama yang korang perlu tahu ialah, bilakah masa yang sesuai untuk korang menyatakan kata putus kepada si dia. Dalam hal sebegini korang tak boleh memutuskan perhubungan secara mengejut. Elakkan menyatakan kata putus melalui sms, email, atau telefon. Masa yang sesuai bermaksud pada waktu tenang, tiada apa-apa masaalah dalam perhubungan mahupun hari indahya seperti hari lahirnya. Biarkanlah hari-hari tersebut berlalu dulu.
Jangan bercakap Kasar 
Sebaiknya, elakkan meninggi suara serta menggunakan kata-kata yang kasar, kerana ia akan mengganggu emosi & kesabaran si dia. Bersikaplah secara matang, biarlah bercakap secara lembut biarpun si dia tidak senang dengan keputusan korang tu, kerana jika korang pun bersikap tidak tenang ia akan memburukkan keadaan. Maka akan terjadilah putus hubungan secara perang ^^,  gurau aje.
Berikan Alasan Munasabah
Setiap yang berlaku pasti bersebab, tolonglah korang jangan tinggalkan persoalan kepada si dia mengapa korang ingin memutuskan perhubungan tersebut. Situasi ini pasti membuatkan si dia berserabut memikirkan. Jangan biarkan si dia bertanyakan dirinya sendiri mengapa perpisahan yang kau pinta~ ehehe. Berikan sebab yang munasabah, jangan pula korang cakap "kita tak serasi", "aku x mampu bahagiakanmu" kerana ia alasan lapok & ketandusan idea. Lebih baik korang jujur je seperti "saya dah ada orang lain sebelum awak, saya tak sanggup menduakan dia, saya mintak maaf awak" cepukkKK!! haa,, kan dah kene lempang kekeke ^^ ..tetapi jujur lebih baik dari korang guris perasaan si dia secara halus. Ingat ye jujur adalah yang terbaik, percayalah..
Bersedialah walau apapun reaksinya 
Dalam situasi ini, koranglah yang memainkan peranan penting agar bersedia dengan sejuta ketabahan. Semasa menyatakan kata putus, kita takkan menjangka apa yang bakal terjadi kerana setiap orang berbeza cara penerimaannya. Boleh jadi si dia hilang sabar, memaki,sedih, menangis dan macam-macam lagi lah. Janganlah pula korang yang cepat berubah kerana tidak sampai hati kerana jika korang tak sampai hati lebih baik tunggu di lain masa lagi. Jika si dia meraung, merayu & menangis, cuba la memujuknya dengan baik seperti "kita masih boleh berkawan", "kita masih boleh berhubung". Sekurang-kurangnya si dia tahu yang korang tidak membuangnya begitu sahaja.


 Adakalanya memutuskan perhubungan adalah pilihan terbaik agar tidak terperangkap dalam perasaan serba salah & masaalah. Ok, begitulah beberapa tips yang saya kongsikan untuk kali ni, Jangan ingat nak berhenti keje je kena resign cara baik, dalam perhubungan juga korang perlu ada etika tau..hehe ^^


Sudi-sudikanlah Komen Yer

Jom Ketahui Rahsia Duit Percuma klik di sini

5 Budak Sudi Komen:

nur cahaya said...

nice tips..cume cmmane pun msti pihak yg satu lg t'guris..

Azahari Yassin said...

iye, dah tentu putus cinta mana yg x terguris kn ^^

kina said...

simple blog but nice
i like it.....

Azahari Yassin said...

yup, biasa2 jew..ringan nk bukak =)

nora dayu said...

kte ati ingin ptus..tp xsmpai ati nk ptus dgn si dia..ak syg kan dye..tp ak tkot fmly ak xdpat trime..smua ye slh ak wt kptusan t'buru2..dye sllu ajk ak kuar p ne3...ak pening lah....

Blogroll

Busuk.Org