Erti Persahabatan Sebenar

Gambar Ihsan Cik Google


 Sahabat adalah Hadiah, Sahabat adalah Anugerah, Sahabat adalah Cinta
Sahabat yang baik malu untuk bersamamu ketika senang, namun sahabat yang baik pasti bersama ketika di dalam kesusahan.
Sahabat  adalah orang yang mampu membuat perkara yang sederhana menjadi sesuatu yang membahagiakan.
Sahabat tidak akan pernah mengkhianati, tetapi sahabat yang baik akan sentiasa menasihati, melindungi serta ikhlas mengasihi.
Dari sahabat menjadi kekasih seiring waktu itulah ketulusan, dari kekasih menjadi sahabat itulah kedewasaan.
Sahabat adalah orang yang memahami masa lalumu & akan menerima kamu seadanya.
Tiada insan di dunia tidak membuat kesalahan, namun sahabat baik akan mencari sebuah alasan untuk memaafkan kamu.
Sahabat tidak perlu difahami, kerana sahabat pasti menerima segala perkara walaupun sukar difahami.
Sahabat tidak mampu dibeli, kerana sahabat sejati pasti hadir sendiri.
Sahabat tidak semestinya berada disampingmu, sahabat yang baik pasti sentiasa mendorongmu walau di mana ia berada.
Sahabat yang baik bermula dari diri kita sendiri, dari itulah kita akan menemui sahabat yang lebih baik dari kita sendiri.
Jangan pernah menyakiti sahabatmu kerana ia adalah anugerah tuhan yang tak inginkan kamu hadapi hidup ini sendirian.
Pemergian seorang sahabat bagai kehilangan sebuah kunci dalam kehidupan. 
Oleh itu, hargailah sahabat yang kita miliki, sahabat adalah harta yang tak ternilai, takkan mampu dibeli. Dalam hidup kita takkan mampu mengharungi hidup ini tanpa seorang sahabat. Renung2kan & selamat beramal ^^

Sudi2kanlah Komen yer =D 

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org