Ni Jimat atau Kedekut??

Gambar Ihsan Cik Google
Hye salam semua, maaflah lama dah tak update, biasa la urusan hidup & kerja takkan lari dari hidup, nasib baiklah tuan rumah bercuti hari ni, so tuan rumah ada la masa sket menjenguk blog ni ^^ Baiklah untuk kali ni tuan rumah nak kongsikan sesuatu yang tuan rumah sendiri dapat tahu masa pasang kipas kat rumah tadi, terkejut & heran jugak la..hehe jom tengok gambar yang tuan rumah sempat ambil ni..


Haa~ apa pendapat korang semua?? benda ni adalah salah 1 bahagian kipas siling.

ni kedekut ke jimat ni? tuan rumah rasa pelik jugak la sebeb nak kata benda ni murah tak la jugak, ni dah jenama KDK, produk yg approve pilihan JKR lak tu buat macam ni..hehehe kelakar la pulak tengok camni, rasa macam tertipu pun ada, tapi takpe la..hahaha ^^

Sudi2kanlah komen yer ^^

4 Kata-kata Yang Menghancurkan Perhubungan

Gambar Ihsan Cik Google
Salam, rakan blogger & pembaca blog nih, sory la dah lama tuan rumah tak update,maklumlah kerja yang diamanahkan perlulah di utamakan. Hari ni rasanya ada kesempatan & kelegaan dari kesibukan bertugas, so rasanya tuan rumah perlu lah menjenguk sesuatu kat sini..hahaha berhabuk dah blog nih kan ^^ .. Untuk kali ni tuan rumah nak kongsikan pula sesuatu yang perlu korang semua ambil tahu terutama yang sedang ayik bercinta tu yer, selain yang lebih menyanyagi perhubungan, bukan apa sekadar pengetahuan aje..So apa yang sepatutnya korang semua perlu elakkan, kenalah tau yer :)

Jom scrol lagi kat bawah ^^

Cerita Tentang Bekas kekasih
Sebaiknya walau dari awal setiap perhubungan, elakkan dari korang bercakap atau bercerita apa saja berkaitan bekas kekasih, walau korang hanya menyebut "my ex dulu kan" hehe, ni contoh aje...so faham-faham je lah, korang sendiri pun tak suka kan jika buah hati korang cakap yang berkait dengan bekas kekasih..seolah2 hati korang masih kat bekas kekasih tu..Haaa, kat situ lah keyakinan buah hati korang tu semakin berkurang, So elakkan ye ^^

Memuji Kecantikan & Kekacakan orang lain
Cuba lah kalau nak sangat puji orang lain, cuba cakap camtu masa korang dating ngan buah hati korang nanti, pastu cuci mata lak tak berpantang, confirm hangin buah hati korang tu sebab pujian tu bukan untuknya. lagi pun nampak sangat la korang tu lebih memandang rupa. Tu pun kalau yang faham ok la, tapi kalau korang dah selalu sgt cakap camtu balik2..bila2 aje hubungan akan mejadi semakin renggang..

Benci Kawan-kawannya 
Setiap orang mempunyai kenalan, begitu juga kita semua. Oleh itu hindarkan diri korang dari menyatakan hal sebegini kerana, tidak semua orang akan serasi dengan kenalan kekasih masing-masing kan. Kalau tak suka pun tak perlulah menyatakan kepada si dia kerana, soal berkawan tu adalah hak si dia, betul kan,kan ^^ so kenalah saling menghormati.

Benci Hobi & Minatnya
Seharusnya korang perlu tahu, apabila korang menerima atau diterima oleh si dia, sebahagian urusan hidup korang dengan si dia adalah suatu perkongsian. Maka dengan itu, apa yang sudah menjadi minat si dia tak perlulah korang halang. Cuba bayangkan jika orang minat maen futsal tiba2 buah hati korang plak tak suka korang maen futsal. Apa korang rasa? so kesimpulannya minat itu adalah hak setiap individu, kenalah saling memahami ^^

Apapun korang sendiri perlulah lebih peka, faham dengan privacy si dia, percaya & yakin dengannya. So apapun, Lu fikirlah Sendiri hehehe ^^, sebab korang lebih tahu tentangnya.

Apabila Si Dia Berbohong, Jom Baca!

Gambar Ihsan Cik Google
Salam untuk korang semua, hari ni terasa bosan sket, so tuan rumah singgah la kat teratak usang ni, apa2pun tuan rumah rasa nak mengongsikan sesuatu la pulak hari ni. Sebelum tuan rumah nak solat jumaat ni, jom la usha sket shared yang tuan rumah kongsikan ni ye..macam tajuk kat atas tu, kadangkala ramai yang masih taktau cara simple nak mengesan pembohongan. So teruskan membaca lagi, semoga bermanfaat ^^

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Sumber: Forum Cinta

So dah habes baca, haa, pasni cuba la perhatikan gerak-geri buah hati korang tu, jadilah spy peribadinya..ehehe so amalkanlah di rumah ye..selamat mencuba ^^

Tips Mengeratkan Perhubungan

Gambar Ihsan Cik Google

Salam semua, untuk kali ni tuan rumah ada masa nak menaip sesuatu, so tuan rumah nak kongsikan 10 tips berguna untuk korang yang sedang bercintan cintun tu haa ^^  ..So kena ambik peduli sket tips kali ni yee~ agar hubungan korang akan lebih berpanjangan..Kepada yang masih sekolah tu, tak yah nak baca sangat lah yer ^^ belajar dulu k,,eheheh..kang update status facebook mengalahkan ayat jiwang orang dewasa, buat malu jew,,ehehehe, so klu dah cukup umur tu teruskan membaca kat bawah ye :)

Jujur
bila ada yang tidak kita sukai dari si dia, lebih baik jujur. kalau perlu, cakap terus terang face-to-face.. memanglah sakit sedikit, tapi ada kebaikannya di masa hadapan. seharusnya kita berterus terang dan jangan terus merahsiakan sesuatu yang boleh menggugat hubungan kita dan si dia suatu hari nanti.

Jadilah diri sendiri
menjadi diri sendiri adalah paling baik. tak perlulah kita meniru penampilan orang lain untuk disukai. misalnya, kita seorang yang biasa casual, tiba-tiba berubah mengikut gaya si dia. jikalau untuk kebaikan, tidak mengapalah. jangan lah si dia mencintai anda kerana diri anda yang palsu.

Tulus
apabila menyintai si dia. tulus sahaja dengan si dia. jangan mengharap sesuatu balasan dari si dia. misalnya anda menolong si dia, jangan sesekali mengungkit-ungkit mengenainya.

Terbuka
tidak perlu berbohong. bersikap terbukalah selalu. selama ini kita rapat dengan siapa dan biasanya kita menghabiskan waktu di mana. supaya si dia tidak merasa syak wasangka terhadap kita. 

Mudah meminta "maaf"
maaf memang ada batasnya. namun, tidak salah jika kita meminta maaf. nama pun manusia. pasti ada salah dan silapnya juga. sememangnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Kejutan
jangan kita segan memberi kejutan buat si dia. misalnya, memberi hadiah kepada si dia. tidak perlulah menunggu hari-hari tertentu baru hendak berikan hadiah. tentunya si dia akan lebih memberi perhatian pada kita.

Beri Perhatian
tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan perhatian si dia, sekadar bertanya sudah makan ke belum atau bergurau mesra dengan si dia pun sudah mencukupi.

Dekat dengan keluarga
tidak semestinya kita mencintai seseorang kita perlu mesra padanya sahaja. cuba-cubalah bergaul mesra dengan keluarganya juga.

Berfikiran positif
selalulah berfikiran positif mengenai si dia. Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan mengenai si dia. tapi AWAS!! jangan terlalu membiarkan sahaja si dia. jangan sampai si dia mengambil kesempatan atas kepercayaan anda terhadapnya.

Menghargai PRIVACY
meskipun kita dan si dia bersikap terbuka, tidak semua cerita perlu diceritakan. Mungkin belum masanya. hargai juga privacy si dia, apa yang perlu kita ketahui dan apa yang sebaiknya jangan kita campuri.

So bagaimana?? beberapa tip ni bermanfaat buat korang semua, mana yang boleh pakai korang praktikkan lah yer agar perhubungan akan menjadi lebih bermakna ye..Cubalah di rumah ^^

Blogroll

Busuk.Org