Tips Jimat & Simpan Duit

Gambar Ihsan Cik Google
Salam, hari ni ada sedikit masa terluang yang patut saya manfaatkan untuk menulis di sini..eh, bukan menulis la tapi menaip, sory2 ^^  ..Untuk entry kali ni saya nak kongsikan tips jimat & simpan duit versi tuan rumah eheh.. Pada yang rasanya tak pandai sangat nak simpan duit boleh cuba cara saya ni yer.. 

  • Sediakan tabung yang kukuh & sukar nak di korek. Ok yang ni kalau tengah2 bulan dah korek tabung tu elok korang pergi pakai tabung besi je laa. Buat je pakai paip 2 inch confirm selamat tersimpan..kekeke ^^

  • Amalkan menabung RM1 sehari terpulang kepada korang ikut kemampuan. Tak kisahlah walaupun takde duit syiling tapi yang penting setiap hari mesti kena simpan sekurang2nya seringgit tau. Kalau sebulan dah RM30 dan kalau setahun dah RM360. Dari langsung tak simpan habuk pun tarak.

  • Bawa jumlah wang yang kecil apabila keluar terutama ketika nak pergi shopping complex, pasar malam atau lokasi jualan yang menarik. Takut nanti korang bawak duit banyak2, pastu tak tahan hati nak berbelanja. Kalau bawa duit sikit kurang nafsu boros kot..ahaha

  • Buat target atau dalam bahasa melayunya sasaran perbelanjaan, contohnya target RM500 untuk kegunaan peribadi, RM210 untuk makan, RM30 sedekah surau, RM150 belanja kekasih makan, RM120 topup dan seterusnya yang lain. Simpan semua resit pembelian untuk semakan. Tulis setiap pembelian & hadkan perbelanjaan agar tidak melebihi target. Nampak lucu kan? tapi ia demi kebaikan korang jugak ^^  ..dengan cara ini korang dapat kenalpasti setiap pengeluaran duit korang tu. Sekurang-kurangnya korang tau kemana terbangnya duit korang tu.

  • Ok, kali ni pula cara nak lebih jimat iaitu kurangkan beli makanan kat luar atau makan kat luar. Kurangkan yer bukan tak boleh makan kat luar. Sekali sekala takpe la kan. Cuma korang tau la kan makan kat luar belanjanya agak tinggi.  Bab makan ni elok korang beli bahan2 makanan pastu masak sendiri lebih jimat. Alaa tak rugi masa korang pun masak sendiri. Nanti kat tempat kerja atau skul bawa je bekal. Tak payah nak malu kat orang lain janji kenyang ngan masakan sendiri. Masak sendiri lagi selamat kan? ehehe cuba la..

  • Kalau korang ada duit lebih tu elok korang simpan untuk masa-masa terdesak nanti. Mana lah tau kan tiba2 korang betul2 memerlukan duit. Nak pinjam kawan pun nak pinjam korang jugak kan..ehehe sedihnya macam tu kan?.. ok bermula dari sekarang korang perlu ada pendirian untuk menyimpan setiap kali gaji. Jangan tunggu lain kali sebab kalau korang tak mula dari sekarang bila lagi?? nanti menyusahkan adik beradik yang lain pulak. So kena mula dari sekarang. Tetapkan untuk menyimpan RM100 - RM200 setiap kali gaji. Simpan kat bank lain yang takde kad ATM pakai buku je. Susah sket nak kuar duit. Simpan kat ASB pun elok jugak biar tersimpan bertahun2 nanti duit bertambah jugak, korang yang happy ^^  ...Paling senang korang mintak orang yang paling pandai simpan duit iaitu Mak korang la, Sure duit korang akan terjaga dengan baik kat akaun mak korang.
Ok begitulah antara beberapa tips yang saya sendiri amalkan agar takkan kering setiap bulan. Sure tak pernah kering punyalah hehe.. Mana-mana yang korang boleh terima korang ikut eh..Semoga menjadi panduan kepada yang selalu kering duit. ehehe sudi2kanlah komen yer ^^

5 Budak Sudi Komen:

RazFiRa said...

wow mesti tuan rumah dah simpan banyak duit ni. hehehehe

saya susah nak simpan duit.rm1 shari pon susah. wuwuwu

Azahari Yassin said...

1st hati tu kna tahan ^^

Anonymous said...

memang cool tips ni.thanks..tapiiiii.ASB SAH HARAM MUFTI DAH KELUARKAN..ni http://beritasemasa.com/pelaburan-asb-haram

lagi 1 link

http://wanmus.com/asb-sah-haram.html


saya sarankan kalau nak menyimpan emas..sbb harga emas sentiasa naik.negara mngalami inflasi.kalau tahun 90 an.nasi lemak harga 30 sen,sekarang rm2..hehe

loVe puRpLe said...

betul2 ape kate ang simpan dinar mas selamat n lumayan =D

GIFFARINE said...

ermm saja nak share
saya guna satu system top up yg sy boleh dapat diskaun setiap kali top up.contoh beli top up celcom rm 10 sy hanya perlu bayar rm 9.50 setiap kali top up.boleh lihat detail di http://www.zmeasymobile.blogspot.com/

Blogroll

Busuk.Org