Kata Bohong Yang biasa Diungkap Wanita

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, hari ni tuan rumah tertarik ngan sesuatu yang tuan rumah bakal kongsikan hari ni..hehe masa surf internet tadi terjumpa la pulak pasal pembohongan dalam perhubungan. Biasa la adat dalam percintaan kan pasti ada sedikit tipu2 ^^ .. pada pendapat tuan rumah la kan, mustahil perhubungan boleh kekal kalau terlalu jujur, tak percaya korang just tanya je kat diri sendiri..pasti jawapan ada pada korang kan..tipu la korang tak pernah main tipu2 sket kat kekasih tu ^^ ..Potong jari la, tuan rumah sanggup punya, hahaha.. Ok, baiklah jom kita lihat 10 kata2 pembohongan yang biasa di ungkapkan oleh kaum wanita, jom scrool kat bawah lagi ^^

I MISS YOU - biasanya kata-kata ni sebagai pemanis je, tak rindu pun cakap rindu. Biasanya sebelum nak tidur mula la sms rindu konon, padahal dah jadi rutin cakap camtu. Maksudnya hanya sekadar cakap aje..ahahah ^^

I CALL COUSIN/MAK TADI - kebiasaanya pompuan akan jual nama cousin atau maknya untuk berselindung dari kekasih jika dia sedang menerima atau membuat panggilan kepada orang yang tidak kekasihnya ketahui atau mungkin mengelakkan dari cemburu.

I TEMANKAN MAK I PERGI PASAR - lebih kurang macam ayat yang sebelum ni la, senang kata nak mengelak dari kekasihnya tau pasal dye mungkin kuar dengan kawan lelaki terpaksa la jual nama mak..ahahaha

I TAK MACAM PEREMPUAN LAIN MEMPERMAINKAN PERASAAN AWAK - Di awal perhubungan masa dalam proses perkenalan, kata-kata sebegini selalunya keluar sebab yakin dye boleh jadi seorang yang baik untuk kekasinhnya..ahaha, ala macam tak biasa la pulak korang nih ehehe ^^

AWAK ADALAH CINTA PERTAMA & TERAKHIR SAYA - buweekkkkk, nak muntah mendengarnya, ayat yang selalu tuan rumah terbaca kat post fb budak2 sekolah. Pastu dah bosan carik baru, cinta pertama terakhir pe ke mendenya tuh?? Apa le diorang nih tahu pasal cinta, tuan rumah sendiri pun tak jumpa lagi cinta walau dah beberapa kali bercinta, kehkehkeh...

SAYA TAK BOLEH HIDUP TANPA AWAK - yang ni pun nak ketawa tergolek2 mendengarnya, kahkahkahkah..padahal bernyawa lagi walau tak jumpa, huahahaha ^^

SORRY, HANDPHONE I DAH NAK LOW BATTERY - alah, korang nih macam tak biasa pulak masa bohong cakap camtu hehe, padahal malas nak bergayut lama-lama.

I LOVE YOU - Haa, yang ni tuan rumah malas nak cakap, tapi tuan rumah kene cakap la jugak, eheh.. Selalunya kata2 ni tak ikhlas, biasanya hanya meniti dibibir bukan dari hati..buktinya, kata2 itu sekadar ungkapan rutin harian setiap kali nak tidur ahahaha ^^

MUUAHHHH - haaa, yang ni memang betul2 tipu punya, sebab tak rasa pun kiss tuh..ahaha ^^ bunyi jew lebih, ada yng panjang lagi...setiap kali col dipenghujungnya mesti ada kiss palsu..ahahha betul kan mmg kiss tipu2 punya la...hahahahhaha ^^

So macamana? apapun cuba nilai sendiri ye ^^ ..tak semua pun betul kat sini, kadang2 kata2 seumpamanya di atas boleh jadi ikhlas mengikut keadaan seseorang..so korang anggap aje sebagai hiburan semata-mata, tiada kaitan samaada yg masih sakit atau sihat..ehhehe ^^

Sudi2kanlah komen yer :D

Apabila Perempuan Suka Pada Seseorang

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua & selamat berhari sabtu, hmmm, waktu cuti2 camni lah tuan rumah nak singgah kat sini kejap, nak tengok2 kalau ada yang sudi usha blog sekerat tuan rumah ehehe..nampaknya masih ada jugak nak singgah sini. Yer la tuan rumah pn kurang aktif sekarang atas sebab kesibukan urusan hidup & kerja. Ok la, masa tuan ronda-ronda tadi tuan rumah ada terbaca tentang tajuk yg tuan rumah nak kongsikan ni, agak menarik kan bunyinya, so jom baca & nilaikan sendiri betul ke tak ni? ehehe ^^

Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu membetulkan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betulkan tudungnya. Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja.

Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda

Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda

Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lucu

Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda

Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang

Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan

Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak

Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar

Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda

So macamana? pada yang pompuan tu ada persamaan tak ngan korang? hehe
pada yang lelaki cuba2 la tengok wanita2 di sekeliling korang tu, mana tau ada kehkehkeh..
Jangan jual mahal sudah ahaha ^^

sumber : Forum Cinta

Blogroll

Busuk.Org