Bersyukurlah Untuk Segalanya

Gambar Ihsan Cik Google

Hidup dalam dunia ini adalah untuk mensyukuri...

bersyukur  ditemukan  orang yang menyakitimu kerana dialah orang yg menabahkanmu..

bersyukur  ditemukan  orang yang menipu kamu kerana dia yang mengingatkan kamu..

bersyukur  ditemukan pada orang yang tak endahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari..

bersyukur  ditemukan pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperkuat abiliti kamu ..

bersyukur  ditemukan pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yg menguji kesabaran kamu ..

bersyukur dengan segala ujian dariNYA, kerana ia meningkatkan iman kamu..

Bersyukurlah kerana menjadi seorang yang tahu mensyukuri, renung2kan & selamat beringat ^^

Segala Yang Terbaik Hanyalah DariNya

Gambar Curi Dari Google ^^

"Ingαtlah bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα.
Dαn setiap yang menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα.
Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Dia buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα.

Dαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. Kitα tidαk mαmpu
mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα". 

"Biarlah DIA yang menjaga hati ini..dan sehingga tiba masa..
DIA menghalalkan hati ini untuk berkongsi cinta dengan dia yangdipilih-NYA 
Renung2kan & Jangan Ditenung-tenung aje ^^

Erti Persahabatan Sebenar

Gambar Ihsan Cik Google


 Sahabat adalah Hadiah, Sahabat adalah Anugerah, Sahabat adalah Cinta
Sahabat yang baik malu untuk bersamamu ketika senang, namun sahabat yang baik pasti bersama ketika di dalam kesusahan.
Sahabat  adalah orang yang mampu membuat perkara yang sederhana menjadi sesuatu yang membahagiakan.
Sahabat tidak akan pernah mengkhianati, tetapi sahabat yang baik akan sentiasa menasihati, melindungi serta ikhlas mengasihi.
Dari sahabat menjadi kekasih seiring waktu itulah ketulusan, dari kekasih menjadi sahabat itulah kedewasaan.
Sahabat adalah orang yang memahami masa lalumu & akan menerima kamu seadanya.
Tiada insan di dunia tidak membuat kesalahan, namun sahabat baik akan mencari sebuah alasan untuk memaafkan kamu.
Sahabat tidak perlu difahami, kerana sahabat pasti menerima segala perkara walaupun sukar difahami.
Sahabat tidak mampu dibeli, kerana sahabat sejati pasti hadir sendiri.
Sahabat tidak semestinya berada disampingmu, sahabat yang baik pasti sentiasa mendorongmu walau di mana ia berada.
Sahabat yang baik bermula dari diri kita sendiri, dari itulah kita akan menemui sahabat yang lebih baik dari kita sendiri.
Jangan pernah menyakiti sahabatmu kerana ia adalah anugerah tuhan yang tak inginkan kamu hadapi hidup ini sendirian.
Pemergian seorang sahabat bagai kehilangan sebuah kunci dalam kehidupan. 
Oleh itu, hargailah sahabat yang kita miliki, sahabat adalah harta yang tak ternilai, takkan mampu dibeli. Dalam hidup kita takkan mampu mengharungi hidup ini tanpa seorang sahabat. Renung2kan & selamat beramal ^^

Sudi2kanlah Komen yer =D 

Apabila Artis Balas Komen Facebook

Salam, selamat pagi semua, hari ni macam takde ape2 nak dikongsikan sangat. Yer la mana taknya,berblog ni pun pinjam PC orang aje. So susahlah nak share sesuatu. Pagi nih tuan rumah nak menaip sket, ala kira senaman jari la ni. Ok Berbalik pada tajuk entry kali ni nak citer pasal artis lak..kekeke. Apa perasaan korang kalau artis balas komen fb korang? hehe macam tak percaya pun ade gak ahaha ^^    Korang kenal tak Qistina Kamilah bintang..Die balas komen tuan rumah tau ahaha...Jom tengok gambar kat bawah nih =D

Gambar Ihsan Facebook
Ahahaha...kan dah cakap, betul kan..kan..kan..hehehe ^^ Nnti nak try artis lain pulak =)  Juz For Fun
Sekadar nak share aje...Sudi2kanlah komen yer 

Destinasi Kita

Gambar Ihsan Cik Google

SeTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu,
satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..
Airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN
Tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..

Begitu juga dengan keHIDUPan..
Tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan
Sedikitpun sepanjang keHIDUPannya
Dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..

Tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya..
Ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT,
Dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya..

Renung2kan & Selamat Beramal ^^
Komen Jika Sudi

5 Tips Cemburukan Kekasih! Jom Baca


 
Gambar Ihsan Cik Google 


Salam, hari ni bangun je pagi terus mengadap Pc nih..hari cuti kan, so tak kisahlah belum mandi ahah kantoi lak ^^ ..Takpe la kan kejap aje. Hari ni terbuka hati nak menaip sesuatu lak, ok kali ni nak cakap pasal cemburu. Kadangkala rasa cemburu amat diperlukan dalam sesebuah perhubungan. So kali ni tuan rumah juz nak bagi beberapa tips nak buat kekasih korang rasa cemburu versi tuan rumah. Takdelah melampau sangat hanya sekadar menyemarakkan rasa cinta korang aje..
Jom terjah lagi kat bawah ni ^^ 

Ubah penampilan diri - Lihatlah diri korang tu, kalau sebelum ni hanya berpenampilan biasa2 aje cuba untuk mengubahnya secara drastik. kekeke maksudnya tiba2 aje dah pandai nak make up lawa-lawa, kuar sket je pakai wangi2. Gaya potongan rambut pun makin seksi ehehe. Biar si dia perasan yang penampilan korang berubah. Pasti si dia tertanya2 adakah perubahan itu demi korang atau saja2 ^^ ..

Tayang barang istimewa - Ok, yang ni korang boleh fikirkannya samaada nak beli kasut, handbag, jam tangan, patung teddy atau apapun yang layaknyanya dijadikan barangan istimewa. Macamana caranya? hehe korang juz sekalikan gift tadi ngan kotak yang special. pastu letak kat tempat yang si dia boleh menjumpainya contohnya kat bilik atau dalam beg korang. Si dia pasti rasa cemburu kerana barang seistimewa itu bukan darinya. Kalau si dia bertanya tentang tu jangan cakap tentang mengenainya. Cakap aje "ada lerr" hehe..kasi suspend kekasih korang tu sket..padahal beli sendiri ^^ hehe


Ceritakan kelebihan kawan2 lelaki/wanita korang - Yang ni korang boleh kaitkan apa2 saja tentang kawan2 korang. Cakap la tentang apa yang kekasih korang tu tak boleh buat. Contohnya, kalau si dia suara macam katak alias tak pandai menyanyi, korang cerita la ada seorang kawan keje atau masa sekola tu pandai menyayi. Pastu cakap la korang suka orang yang pandai menyanyi..berikan sekali senyuman sinis pada si dia..ehehe pasti si dia rasa cemburu sebab dia kekurangan yang tu..ehehe =D

Berhibur bersama kawan2 - Korang boleh sms & col buah ati korang tu cakap nak pergi ikut kawan2 shopping, gym, tengok wayang, pergi taman, karaoke atau mana2 tempat yang boleh dianggap boleh cuci mata atau ramai orang..heehe ^^ ...kononnya bosan, nak ikut kawan2 berhibur. Si dia pasti tidak senang hati & korang boleh cakap jangan risau, enjoy ngan kawan2 aje..hehe pastu korang cakap la "mungkin lewat sket balik" pasti si dia rasa cemburu, padahal awal2 lagi dah lekat kat rumah..ahah =)

Kerap tengok Handphone - Tips kali ni yang paling senang, masa korang keluar dating atau jalan-jalan ngan kekasih korang tu. Handphone biar lekat kat tangan. Selalulah tengok phone korang tu walaupun tak tau nak tgk ape hehe..Alaa buat2 tengok jam aje la. Tak pun korang korang juz buka mesej kosong ataupun korang taip lah sesuatu kat mesej tu contohnya "mari bercinta", kot2 si dia tertengok secara curi pastu tanya pasal tu cakap je tu kan tajuk lagu..hahaha... Selain tu kalau2 korang dapat mesej dari kawan2 perkara yang korang buat ialah tengok kekasih korang tu dulu. Pastu tgk balik handphone tu kekeke..pasti syak sesuatu tu, respon si dia cemburu punya la..


Begitulah 5 tips mudah cemburukan buah hati korang tu. Kadangkala cemburu tu perlu agar perasaan cinta yang malap sebelum ini lebih bersinar. Diharapkan cinta yang baik tu dapat diteruskan. Janganlah korang buat lebih2 pulak, hanya sekadar saja aje..hehe wajib senyum yer kalau berjaya. Cuba la dirumah ehehe ^^

Sudi2kanlah komen yer..Klik jugak kat Sini

Bercinta Tu Best! Jom Baca

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, hari ni saya kembali nak menaip sesuatu. Nampaknya banyak lagi masa ni sebelum nak kuar kerja so saya manfaatkan masa ni yer ^^  ..Untuk entry kali ni saya nak cakap pasal insan yang bercinta pulak. Sebelum ni saya ada buat entry yang berlawanan dengan tajuk kali ni. Korang rasa best kew bercinta nih? hehe..so nak tau mengapa bercinta tu best! jom baca seterusnya..
  • Ada tempat nak berkongsi cerita, masaalah dan kegembiraan.
  • Lebih bertanggungjawab serta prihatin terhadap pasangan & keluarganya.
  • Kalau sebelum ni selalu muram, masa bercinta sentiasa riang tak tentu pasal ^^
  • Orang yang pemarah pun boleh jadi tenang. Kena kontrol sket macho tu eheh.
  • Orang yang jarang pakai perfume pun pandai pakai wangi2. Sebelum ni main pinjam aje ngan kawan hehe.
  • Sebelum ni tak gosok baju tiba2 rajin pulak gosok baju.
  • Ada yang tak pandai masak, sanggup belajar masak. Rujuk youtube, buku masakan & tanya mak cara nak masak.
  • Orang yang kusut pun boleh sikat rambut =D 
  • Selalu gosok gigi 2 kali sehari tiba-tiba kerap gosok gigi sampai 5 kali sehari.
  • Yang keras hati pun boleh lembut hatinya.
  • Sebelum ni cakap bukan main kasar, masa bercinta boleh cakap lembut-lembut ahaha.
  • Orang yang kurang adap pun boleh jadi sopan..ehehe 
  • Manusia yang malas boleh jadi rajin. Semangat bercinta la katakan.
  • Orang yang tak kemas bilik, boleh rajin kemas bilik & rumah. Ni nak jadi calon menantu kot.
Haa~ best kan! ni la kesan bercinta kearah positif. Macam kelakar pun ada jugak, tapi bila difikirkan memang betul pun kan, masa bercinta sanggup jew buat apa2 kan =) ..Begitu la beberapa sebab yang tuan rumah sempat fikirkan mengapa bercinta tu best!. Kalau korang rasa ada nak tambah lagi juz komen aje yer ^^  .. nati saya tambah lagi okey!
Sudi2kanlah komen yer ^^ 

Tips Jimat & Simpan Duit

Gambar Ihsan Cik Google
Salam, hari ni ada sedikit masa terluang yang patut saya manfaatkan untuk menulis di sini..eh, bukan menulis la tapi menaip, sory2 ^^  ..Untuk entry kali ni saya nak kongsikan tips jimat & simpan duit versi tuan rumah eheh.. Pada yang rasanya tak pandai sangat nak simpan duit boleh cuba cara saya ni yer.. 

  • Sediakan tabung yang kukuh & sukar nak di korek. Ok yang ni kalau tengah2 bulan dah korek tabung tu elok korang pergi pakai tabung besi je laa. Buat je pakai paip 2 inch confirm selamat tersimpan..kekeke ^^

  • Amalkan menabung RM1 sehari terpulang kepada korang ikut kemampuan. Tak kisahlah walaupun takde duit syiling tapi yang penting setiap hari mesti kena simpan sekurang2nya seringgit tau. Kalau sebulan dah RM30 dan kalau setahun dah RM360. Dari langsung tak simpan habuk pun tarak.

  • Bawa jumlah wang yang kecil apabila keluar terutama ketika nak pergi shopping complex, pasar malam atau lokasi jualan yang menarik. Takut nanti korang bawak duit banyak2, pastu tak tahan hati nak berbelanja. Kalau bawa duit sikit kurang nafsu boros kot..ahaha

  • Buat target atau dalam bahasa melayunya sasaran perbelanjaan, contohnya target RM500 untuk kegunaan peribadi, RM210 untuk makan, RM30 sedekah surau, RM150 belanja kekasih makan, RM120 topup dan seterusnya yang lain. Simpan semua resit pembelian untuk semakan. Tulis setiap pembelian & hadkan perbelanjaan agar tidak melebihi target. Nampak lucu kan? tapi ia demi kebaikan korang jugak ^^  ..dengan cara ini korang dapat kenalpasti setiap pengeluaran duit korang tu. Sekurang-kurangnya korang tau kemana terbangnya duit korang tu.

  • Ok, kali ni pula cara nak lebih jimat iaitu kurangkan beli makanan kat luar atau makan kat luar. Kurangkan yer bukan tak boleh makan kat luar. Sekali sekala takpe la kan. Cuma korang tau la kan makan kat luar belanjanya agak tinggi.  Bab makan ni elok korang beli bahan2 makanan pastu masak sendiri lebih jimat. Alaa tak rugi masa korang pun masak sendiri. Nanti kat tempat kerja atau skul bawa je bekal. Tak payah nak malu kat orang lain janji kenyang ngan masakan sendiri. Masak sendiri lagi selamat kan? ehehe cuba la..

  • Kalau korang ada duit lebih tu elok korang simpan untuk masa-masa terdesak nanti. Mana lah tau kan tiba2 korang betul2 memerlukan duit. Nak pinjam kawan pun nak pinjam korang jugak kan..ehehe sedihnya macam tu kan?.. ok bermula dari sekarang korang perlu ada pendirian untuk menyimpan setiap kali gaji. Jangan tunggu lain kali sebab kalau korang tak mula dari sekarang bila lagi?? nanti menyusahkan adik beradik yang lain pulak. So kena mula dari sekarang. Tetapkan untuk menyimpan RM100 - RM200 setiap kali gaji. Simpan kat bank lain yang takde kad ATM pakai buku je. Susah sket nak kuar duit. Simpan kat ASB pun elok jugak biar tersimpan bertahun2 nanti duit bertambah jugak, korang yang happy ^^  ...Paling senang korang mintak orang yang paling pandai simpan duit iaitu Mak korang la, Sure duit korang akan terjaga dengan baik kat akaun mak korang.
Ok begitulah antara beberapa tips yang saya sendiri amalkan agar takkan kering setiap bulan. Sure tak pernah kering punyalah hehe.. Mana-mana yang korang boleh terima korang ikut eh..Semoga menjadi panduan kepada yang selalu kering duit. ehehe sudi2kanlah komen yer ^^

Single Lagi Best!! Jom Baca

Gambar Ihsan Cik Google
Rasaanya dah lama tak update sesuatu kat sini, hari ni saya kembali lagi nak kongsikan apa yang tengah bermain kat kepala sekrang ni. Kali ni nak cakap pasal status "single" pulak. Best ke single? korang rasa pe ek? hehe,, pada pendapat saya pulak setiap perkara pasti ada pro & kontra. So kali ni saya cuma nak cakap pasal "single" je. Jom terjah kat bawah lagi ^^

Sebab apa orang cakap "Single Best" ?? 
Tak rugi duit nak topup banyak..Haa, kalau bercinta duit kena lebih kat topup, yer la nak kena ambil berat la katakan. Time2 rindu tu la kena beramah mesra kat phone. Kalau single pakai bila perlu aje ^^

Tak payah keluar duit nak belanja kekasih, baik belanja family makan..kalau bercinta, duit selalu lebih 2 kali, yer la nak pergi dating taknak makan biasa2, kene la special konon hehe. Kalau single makan pun sorang je, duit ada lebih boleh belanja kat adik-adik. Mak abah pun sejuk hati.

Malam-malam tak payah SMS dan call sampai tertidur, boleh lelap terus..kadang-kadang orang yang bercinta ni tengah malam pun jadi pungguk merindu.  Nak call dengar suara dulu baru leh tidur konon eheh ^^ ..Susah2 ni.

Takde kena leter itu ini itu ini bla..bla..bla.. Nak pakai baju apapun takde yang nak bising, sakit telinga je nak dengar. Kalau bercinta, nak pakai baju pun ditentukan.

Tiada orang nak jeles dan takde yang sakit hati..Kalau single nak chat kat facebook pun takde yang nak bising. Nak add friend pun ok aje, tapi kalau bercinta nak approve kawan pun kena selongkar dulu. Password pun kena bagitahu ehehe.

Tak payah keluarkan airmata, Jimat duit beli tisu..kalau bercinta mesti ada pasang surutnya, confirm ada gaduh. Masa tu la nak nangis, ego semua keluar. Kalau single nak gaduh ngan siapa gak? eheh

Tak perlu nak lapor diri kat mana-mana, bebas kesana-kemari dan bebas bekawan..kalau bercinta mesti masa nak mandi pun dipersoalkan kenapa mandi lambat sangat? lambat balas sms pun nak dipersoalkan. Siap call nak tau lokasi..ahaha

Tak payah nak pening fikir tentang kekasih, Hanya fikir diri sendiri..kalau bercinta nak kena ingat hari2 pentingnya, birthday nak bagi hadiah apa, susah je nak jangka, kalau dia merajuk susah lagi nak pujuk hehe..

Tak payah berkepit dengan handphone 24 jam..kalau bercinta, jauh dekat pun sama je, handphone mahal korang tu tak dapat dipisahkan. Kalau rosak je handphone dah naik rimas nak repair atau beli baru. Tapi kalau single steady aje macam takde apa-apa ^^

Boleh guna handphone yang murah-murah, takde 3g pun ok je..kalau bercinta, handphone kena mahal konon. Boleh 3G kalau rindu..hahaha
Tak payah susah-susah nak fikir gabung nama korang & kekasih..kalau bercinta salah satu yang selalunya difikirkan ialah buat gabungan nama dua insan bercinta.. pastu buat akaun facebook bersama. Nak fikir lagi ambik kerat mana nama korang dengan dye tu..
Tak payah nak fikirkan nama anak korang & kekasih konon :P  selalu ni yang gatal sangat, konon nak bagi nama kat anak. Nama anak pun siap sangkut nama korang ngan dye. Kalau dah kahwin takpe la kan hahah..
Selalu ingat kawan dan keluarga..kalau single banyak masa kita luangkan kat family & kawan-kawan. Takde istilah mengabaikan diorang kan ^^  ..kalau bercinta mesti masa banyak kat kekasih. Sikit2 nak lekat, susah pulak lagi-lagi yang tak memahami.
Haa,, kan dah kata single tu best, tak caye cuba la kat rumah eheh ^^ gurau, begitulah antara beberapa sebab mengapa "single" itu best! so akan datang saya nak kongsikan entry berlawanan pasal ni pulak. So komen lah yer kalau sudi.. 

Nasihat Untuk Orang Sedang Bercinta

Gambar Ihsan Cik Google


Dengarlah pesananan ini: 

Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu. 

Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’. 

Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya. 

Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan. 

Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 

Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya. 

Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 

Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu

Sumber : Facebook
Renung-renungkan dan Selamat Beramal Kepada korang & saya juga ^^

Apabila Blogger Kehilangan Laptop

Gambar Ihsan Cik Google
Sedih tak terkata apabila sesuatu yang amat kita hargai sudah tiada lagi. Nak menangis macam gambar kat atas pun ada, tapi kena kontrol macho gak eheh ^^   ...Untuk kali ni bukannya kehilangan orang yer, gf, kucing, atau pun duit, ni lain sket, saya dah kehilangan laptop kesayangan alias GF peribadi hehe. Hilang bukan bermakna tak nampak cuma tak boleh nak guna je ^^,  ...sedih-sedih sesangat bukannya apa, cuma laptop tu tinggi nilainya terutama jasanya semasa saya masih lagi menuntut ilmu suatu ketika dulu. Apabila perebutan harta terjadi lebih baik mengalah dari terus membingitkan telinga, menyakitkan jiwa, menjahanamkan minda, eheh apa lak merepek ni hehe, sory2 ^^
Lepas ni terpaksalah berblogging kat cyber cafe aje, 1 jam RM2.50 takpe lar.. lagipun saya tak mampu nak beli laptop baru. Keadaan bertambah buruk apabila saya baru je apply streamyx. Haaa camne lak tu nak bayar tapi tak guna hehe.. Sedap2 je orang lain hack gune internet tu. Siapa yang bayar? saya jugak.
Baru je nak belajar berblogging dah terkurang salah satu elemen penting. Camna tu ek? nak beli baru kot2 tak mampu lak eheh..pening2 memikirkan, terlalu banyak benda yang teringin nak beli..tahun ni nak cadang beli DSLR tapi nampaknya macam tak dapat la pulak. Cian kan dah lama saya kumpul duit. Hmmmm~ kalaulah saya ni anak orang kaya takpe la jugak, esok pergi kedai angkat bayar hehe, tak pun mintak kat bos alias bapak nak laptop baru huhu ^^  ...tapi sume tu angan je kan takkan dapat punya. Mesti malam nanti saya mimpi pasal laptop baru, esok bangun pagi tinjau2 takde apa2 pun, hadoii~
Takpe la kan, kalau ada rezeki nanti saya akan beli jugak, baru kali ni saya rasa kehilangan yang membingungkan sepanjang hari. Dah la sunyi, lapop takde pastinya lebih membosankan kehidupan seharian. Takpe la, saya masih ada tulang empat kerat, so saya akan ikhtiarkan untuk terus berblogging walau mungkin tak lagi seaktif sekarang ni. So apa2 pun doakan saya  dapat laptop baru okey ^^
 Baru jew nak belajar berblogging dah Takde Laptop..hehe ^^ 
 Sudi-sudikanlah komen yer =D

Tips Hilangkan "Bad Mood"

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, hari ni sebenarnya waktu saya bekerja, dah siap keje sikit so dari takde buat apa-apa elok saya kongsikan sesuatu,ok kali ni saya nak share mengenai "Bad mood", owh tak suka nya! mesti korang pun tak suka kan. Tetapi yang pastinya semua orang yang duduk kat dunia ni pasti pernah mengalaminya bukan? yer la kalau tak pernah merasa tu bukannya orang, haa robot tau alien jew tu, hehe ^^  ..Ok setiap orang jugak punya cara tersendiri menghadapi perasaan "bad modd" kan. Ada yang semakin parah & ada jugak yang mampu mengawalnya dengan baik. Kan bagus kalau semua orang boleh menghadapi perasaan tu dengan cara yang lebih tenang.
Di sini saya nak kongsikan beberapa tips mudah agar korang mampu menghilangkan rasa "bad mood". Jom scroll kat bawah ^^

 Elakkan berada di ruangan terkurung
 Untuk menenangkan perasaan "bad mood" korang perlulah mendapatkan sinar cahaya dari luar iaitu keluar dari dalam bilik atau bangunan. Elakkan berkurung di bilik kerana ia akan menambah buruk keadaan. Ini disebabkan ruang bilik atau bangunan tidak mempunyai jarak pemandangan yang jauh. Mata memainkan peranan yang penting untuk mengawal sesuatu perasaan. Oleh itu korang perlu berada diluar bangunan seperti kawasan pantai atau kawasan yang membolehkan korang melihat sesuatu yang jauh. Perasaan "bad mood" juga akan semakin jauh.
Elakkan Dari Berkhayal, lakukan sesuatu 
Jangan biarkan diri korang terus menjadi malas untuk bergerak. Lakukanlah sesuatu yang lebih berfaedah. Hidarkan dari termenung dan berkhayal kerana jika korang berkhayal, banyak masa korang mengingati semula punca "bad mood". Lakukanlah hal yang berfaedah seperti jogging, bersukan, berkaraoke & sebagainya. Pendek kata apa-apa saja perkara yang boleh membuatkan korang fokus.

Luangkan Masa Bersama Kawan 
Untuk kali ni, kawan-kawan korang diperlukan saat "bad mood". Luangkanlah masa bersama mereka & beboraklah mengenai perkara yang kelakar. Tak pun korang boleh bermain teka teki bersama mereka. Selalunya melalui cara bersosial ni mampu memberikan semangat positif dari kawan-kawan kepada diri korang agar minda korang berasa segar dari rasa ""bad mood". 

Dengar Lagu Kegemaran 
Antara cara paling efektif & mudah untuk hilangkan perasaan "bad mood" ialah mendengar lagu-lagu kegemaran. Zaman sekarang majoriti memiliki handphone yang menyokong Pemain MP3 & radio. So gunalah handphone mahal korang tu. Semasa mendengarkan lagu-lagu kegemaran korang tu, tak perlulah memikirkan hal yang lain, cukuplah korang menghayati lirik lagu tersebut kerana melalui pendengaran mampu mempengaruhi mood seseorang. Tak percaya? cubalah ^^,

Baiklah begitulah antara beberapa tips ringkas yang saya kongsikan, so kurang2kanlah rasa kurang senang tu, tak elok pun takde hadiah jugak. Lebih baik korang happy & releks je kan? hehe.. Semoga bermanfaat buat korang ye ^^ 

Sudi-sudikanlah komen & follow =D 

Tips Putuskan Hubungan Cinta Cara Baik

Gambar Ihsan Cik Google
Entah mengapa la pepagi buta ni tak boleh nak tidur, agaknya pasal minum indo cafe kot..ahaha lantak la. Yang penting pagi yang panjang ni nak share sesuatu. Ok, kali ni saya nak kongsikan beberapa tips cara nak putuskan hubungan cinta dengan cara baik. Saya percaya 60% di kalangan pembaca entry ni pernah mengalami situasi putus cinta kan? Bagaimana pula pengakhiran perhubungan tersebut, adakah di akhiri dengan permusuhan serta dendam si dia? Jawapan pasti ada pada korang. Dulu masa mula berhubungan pasti ia bermula dengan cara baik, so biarlah di pengakhiran juga dilakukan dengan cara baik agar si dia menerimanya dengan hati yang reda. Di bawah ni beberapa tips yang boleh korang ikuti...
Jom scrol kat bawah lagi =D


Carilah Masa Yang Sesuai
Langkah pertama yang korang perlu tahu ialah, bilakah masa yang sesuai untuk korang menyatakan kata putus kepada si dia. Dalam hal sebegini korang tak boleh memutuskan perhubungan secara mengejut. Elakkan menyatakan kata putus melalui sms, email, atau telefon. Masa yang sesuai bermaksud pada waktu tenang, tiada apa-apa masaalah dalam perhubungan mahupun hari indahya seperti hari lahirnya. Biarkanlah hari-hari tersebut berlalu dulu.
Jangan bercakap Kasar 
Sebaiknya, elakkan meninggi suara serta menggunakan kata-kata yang kasar, kerana ia akan mengganggu emosi & kesabaran si dia. Bersikaplah secara matang, biarlah bercakap secara lembut biarpun si dia tidak senang dengan keputusan korang tu, kerana jika korang pun bersikap tidak tenang ia akan memburukkan keadaan. Maka akan terjadilah putus hubungan secara perang ^^,  gurau aje.
Berikan Alasan Munasabah
Setiap yang berlaku pasti bersebab, tolonglah korang jangan tinggalkan persoalan kepada si dia mengapa korang ingin memutuskan perhubungan tersebut. Situasi ini pasti membuatkan si dia berserabut memikirkan. Jangan biarkan si dia bertanyakan dirinya sendiri mengapa perpisahan yang kau pinta~ ehehe. Berikan sebab yang munasabah, jangan pula korang cakap "kita tak serasi", "aku x mampu bahagiakanmu" kerana ia alasan lapok & ketandusan idea. Lebih baik korang jujur je seperti "saya dah ada orang lain sebelum awak, saya tak sanggup menduakan dia, saya mintak maaf awak" cepukkKK!! haa,, kan dah kene lempang kekeke ^^ ..tetapi jujur lebih baik dari korang guris perasaan si dia secara halus. Ingat ye jujur adalah yang terbaik, percayalah..
Bersedialah walau apapun reaksinya 
Dalam situasi ini, koranglah yang memainkan peranan penting agar bersedia dengan sejuta ketabahan. Semasa menyatakan kata putus, kita takkan menjangka apa yang bakal terjadi kerana setiap orang berbeza cara penerimaannya. Boleh jadi si dia hilang sabar, memaki,sedih, menangis dan macam-macam lagi lah. Janganlah pula korang yang cepat berubah kerana tidak sampai hati kerana jika korang tak sampai hati lebih baik tunggu di lain masa lagi. Jika si dia meraung, merayu & menangis, cuba la memujuknya dengan baik seperti "kita masih boleh berkawan", "kita masih boleh berhubung". Sekurang-kurangnya si dia tahu yang korang tidak membuangnya begitu sahaja.


 Adakalanya memutuskan perhubungan adalah pilihan terbaik agar tidak terperangkap dalam perasaan serba salah & masaalah. Ok, begitulah beberapa tips yang saya kongsikan untuk kali ni, Jangan ingat nak berhenti keje je kena resign cara baik, dalam perhubungan juga korang perlu ada etika tau..hehe ^^


Sudi-sudikanlah Komen Yer

Jom Ketahui Rahsia Duit Percuma klik di sini

Terima Kaseh, aku Budak Baru

Gambar Ihsan Cik Google
Hari ni macam xde apa2 yang nak dikongsikan, just nak kata Terima kasih kepada semua pelawat & follower.. Belog ni masih baru lagi & hari ni masih lagi berusia 23 hari belum sampai sebulan lagi tapi rasanya ada jugak yang nak baca entry kat sni hehe ^^  ...Ingatkan xde yang nak singgah, yer la masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Dah la pakai broadband jew, nak singgah kat blog lain berat x dapat nak bukak. Mintak maaf la yer ^^ banyak belog tak dapat nak bukak sangat. Dah la sekali bukak nak 5 menet loading page. Kalau orang nak terberak tunggu 5 menet tu terberak dah hehe :D
Saya suka ngan dunia belog, banyak informasi terkini. Dulu cuma tengok2 jew tapi sekarang nak jugak jadi macam korang ehehe ^^  ...Belog ni ape la sangat x cantek pun lain ar belog korang siap ada bling2 agi..hehe. Rasanya saya memang akan berbelog je la sampai masanya nanti selagi ada yang nak singgah sini.
Rasanya belog ni la tempat nak meluahkan sesuatu disebalik perkongsian, ada la jugak tempat nak buat asalkan tak nampak sunyi sangat dalam diri nih,, eheh :P kekeke sunyi ke? hehe yer la, lain la macam korang, Handpone penuh sms sampai tak larat nak balas, call sampai bisu aka tertidur, tak bosan & tak sunyi hidup korang ek hehehe ^^,  Ok..stop pasal nie..
Awal bulan ni da pasang niat nak pakai streamyx je..lagipun bayaran ngan broadband lebih kurang jew so apa guna nak membazir duit & berkerut dahi tunggu loading page kan..selagi ada yang lebih baik pilihlah yang baik. Ingatkan broadband celcom ni laju mcm bil diorang tu..tapi hakikatnya "HAdOoooyyy" tu jela yang mampu di kata..hehe nasib baik dah takde kontrak lagi. Boleh lah curang pada yang lain kan3~
Pasni nak buat label lak kat belog ni, senang sikit kan3~ ape lagi ye nak buat kat sni..tolong la korang kan dah lama dalam dunia belog ni, saya ni baru lagi apa yang kurang tolong la beri tunjuk ajar ok ^^, nanti saya belanja korang tu pun kalau jumpa. Rasanya kat tempat saya ni tak ramai pulak yang ber belog, yang ber Muka buku tu pendek kata semua ada..hmmm,,rasanya ni jela yang saya nak taip, da nak balik keje ni..esok nak share benda lain lak..hehe tq sudi lawat belog buruk ni ^^
Nanti tolong ajar make up sket Belog ni ek =) 
Rahsia Beranakkan Duit Korang klik di sini

Soalan Bonus Budak 5 Tahun


Ni pasal seorang ayah nak asingkan bilik tido anak daranya yg 5 tahun n anak terunanya yg 6 tahun.. 
Ayah : Ni bilik adik..nanti adik tido bilik ni ye..
Adik : OK....tapi nak tido ngn abang..
Ayah : Tak boleh la..kena tido asing2..
Adik : Apsal ?
Ayah : Sebab adik perempuan, abang lelaki..lelaki n perempuan tak boleh tido sama2..
Adik : Abih tu ayah n mama?
Ayah : err......

Kahkahkah, kelakar la..Senyum ye korang ^^
Sumber : Layan4u

Rahsia Internet Percuma klik di sini

Jika Haiwan Tahu Guna Internet

Korang pernah terfikir tak kalau2 lah ditakdirkan haiwan juga mempunyai akal fikiran sebijak manusia? sudah tentu haiwan jugak boleh melakukan hal yang sama seperti manusia..dan pernahkah korang bayangkan apa yang jadi kalau haiwan juga tahu menggunakan internet ^^


<<JOM TENGOK KAT BAWAH NI>>


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/




Huahaha~kantooii Camni la jadinya~kahkahkah!! ^^

Cipta Pendapatan Selain Kerja anda Sekarang klik di sini

Tips Tarik Perhatian Lelaki Disukai








Gambar Ihsan Cik Google



Malam ni sebenarnya agak penat disebabkan banyak menghabiskan masa untuk survey-surver karnival kat labuan. Yer la mana taknya, dah la cuti kebetulan pulak sambut penutupan hari wilayah. So bagus jalan2 mana tau ada barang menarik,Meriah jugakla kat sini ^^

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk tarik perhatian lelaki kegemaran. Sesuai untuk bacaan pompuan jer ye. Ok sebelum tu saya pasti ada diantara korang (pompuan la) pernah bingung macamana nak tarik perhatian seseorang tu kan? Mesti ada kan hehe..rasa macam nak kenal je ngan mamat comey nih tapi tak berani nak buat sesuatu. Last sekali melepaslah korang..hehe ^^ Dalam situasi camni korang tak boleh berharap je, kena ada sedikit usaha, tak rugi cuba. So di sini saya kongsikan beberapa tips untuk korang praktikkan..




Percayaan Diri

Jika ingin menarik perhatian seseorang lelaki, korang perlu tanam sikap percaya pada diri sendiri. Ini akan memberikan kesan dalam setiap tindakan korang. Sikap ini menunjukkan bahawa korang bukanlah seorang wanita yang lemah. Bagi kebanyakan lelaki amat tertarik pada wanita yang memiliki sikap seperti ini.



Prihatin & Menyokong

Sifat ini lebih adalah antara kunci untuk membuka hati golongan lelaki. Keprihatinan mampu membuat lelaki jatuh hati atau lembut hatinya terhadap wanita yang prihatin. Korang perlu wujudkan sikap ini tidak kira pada siapa. Ini menunjukakan korang adalah seorang yang mengasihi, serta memberi sokongan moral dan emosional.




Berwawasan


Ramai yang tahu perkataan ni, tapi ramai yang tak tahu makna sebenarnya. Bagi yang masih tak tahu boleh periksa kamus atau google ^^ ... Ok, seorang wanita yang mempunyai wawasan serta pendirian yang luas antara sifat yang menjadi juara di mata kaum lelaki kerana sifat inilah menunjukkan seorang wanita itu Smart! tahu hala tuju hidupnya.




Menjaga Maruah Diri

Ok, yang ni semua orang tau kan, korang perlu ada nilai tinggi pada diri. Jangan terlalu mudah mendampingi lelaki kerana di situ korang akan dilihat sebagai murahan oleh kebanyakan lelaki. Oleh itu, elakkan tanggapan tersebut. Biarlah jual mahal sket, serlahkan nilai diri korang & bukan sesekali untuk dipermainkan.




Bersih

Antara yang perlu dititik beratkan ialah personaliti yang kemas & bersih. Sikap yang perlu korang utamakan setiap masa & di mana jua. Lelaki sukakan wanita yang pembersih, mudah untuk seorang lelaki mendekati serta tertarik akan imej wanita yang tahu menjaga penampilan.




Suka Senyum

Sepertimana yang sering dikatakan, senyum itu amalan yang baik, seseorang wanila akan lebih nmpak manis & mesra jika senyum betul tak? haa~ korang pun suka kan tengok orang senyum tak payah nak berdolak dalik lagi ar. Lagipun senyuman tu akan membuatkan wajah seseorang nampak lebih muda. Lelaki semestinya lebih tertarik dengan wanita yang mudah memberikan senyuman. So amalkan la senyum =)




Haaa~ begitu la antara beberapa tips yang saya kongsikan untuk hari ni, semoga menjadi panduan. Seterusnya saya akan kongsikan beberapa tips lain untuk orang lelaki la pulak yerr ^^




Rahsia Internet Percuma Klik Di sini

Hidup Ada Dua Pilihan

Gambar Ihsan Cik Google


Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...

Jika kamu Memilih ... pilihlah yang terbaik buat kamu ...

Dan jika Dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya ...

Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...

Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....

tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan akhlaknya...

Renung2kan & selamat beramal ^^

Rahsia Internet Free Klik Di Sini

Cintailah Pada Yang Satu

Gambar Ihsan Cik Google

CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA~
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama~
CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG~
ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG~ 
CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT~
manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT~ 
CINTA kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI~
rasa cinta yang TIADA MATI~
bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI~
Sumber : Rakan Facebook
Beringat-ingat la korang ek..Komen2 sket yer ^^ 
Ketahui Rahsia Internet Free klik di sini 

Salahkah Mereka Gemuk??

Gambar Ihsan Cik Google 
Entry kali ni saya nak citer pasal insan yang memiliki tubuh gempal la pulak. Semua orang pasti tak lepas dari pandangan buruk segelintir masyarakat walaupun tak kenal. Tetapi insan malang seperti ini sering menjadi bahan ketawa ramai orang. Salahkan mereka2 yang berbadan Gemuk?? mereka juga memiliki perasaan serta impian hidup seperti orang lain yang mempunyai tubuh comel serta menarik. Bukan mereka mintak sebegitu. Hina sangat ke sampai ada yang kutuk belakang2,Baru-baru ni saya sendiri melihat seorang yang berbadan gempal ni dihina dengan teruk & dijadikan bahan ketawa, sampai menangis orang tu dibuatnya. Aduhh, sampai begitu sekali ye dibuli. Lebih kurang mcm citer Buli ^^. Haaa, cenggitu la tu. Apa yer salah mereka? adakan disebabkan bentuk badan kurang menarik itu menjadi ukuran untuk berkawan, cinta & kerjaya?
Pasti jawapan ada pada korang. Cuma bagi saya mereka-mereka yang berbadan gempal ni tidak perlulah disishkan kerana mereka juga sama dengan diri kita hamba kepadaNya juga. Hehe, kalau nak kutuk orang camni agak2 ar..sekali je kena bagi makin kurus la si pengutuk tu hehehe ^^ .... Tak kesian ke ngan diorang ni? Bukan diorang kacau hidup orang lain kan, lain ler kalau dier mula dulu..hehe.
Macam-macam gelaran yang saya penah dengar, Badak air la, lembu, tong drum, tangki, blue hypo hahaha..ada ke patut. Pada yang berbadan besar tu janganlah dirasakan kejadian ni menyusahkan atau merendahkan diri korang. Biasalah hidup tiada siapa pun sempurna. Korang pasti memiliki kelebihan yang tiada pada orang lain. Kalau diikutkan ramai orang-orang yang berbadan besar ni berjaya dalam kehidupan. Dah tentu membuktikan saiz badan bukannya penghalang untuk memiliki kehidupan yang baik. So bersyukurlah dengan apa yang kita semua miliki sekarang.
Cuma jangan dilayan sangat si pengutuk ni..
Bagi jew sekali, padan muka dye ^^ 


Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Sunyi Ke Tanpa Couple??

Gambar Ihsan Cik Google
Hidup tanpa COUPLE kononnya sunyi...
Hidup tanpa COUPLE kononnya sepi...
Tak mampu nak luahkan masalah kat sape2...
Hidup tanpa COUPLE malu, org lain dah ada,kita bila lagi...
Tapi bila difikirkan semula HIDUP tanpa COUPLE,
Kita BEBAS semahunya...
Tak perlu fikirkan sape2, hanya fikirkan masa depan kita...
Hidup tanpa COUPLE kita bertanggungjawab..
Selalu ingat Mak dan Abah..
Tanpa COUPLE kita jimat, tak perlu beli reload kad...
Hidup tanpa COUPLE membuatkan kita melindungi
Diri dari perkara yang sia-sia...

Sumber : Rakan Facebook
Komen Sket Yerr ^^
Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Haram Sambut Hari kekasih Mengapa??



14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat serta dinanti-nantikan oleh para pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Para pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Mereka2 yang bermentaliti rendah juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya 

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian. 




SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE
Apabila berbicara mengenai sambutan hari kekasih, maka terdapat empat pendapat yang berkaitan mengenainya.

1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.


Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. klik sini


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

4) Pendapat keempat.
Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. klik sini


Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.


Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”. 


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.


Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Nampak tak di situ? sambutan Valentine jauh menyimpang dari budaya kita sebagai seorang muslim. Jika kita beranggapan ia suatu perkara yang remeh maka ia dianggap sebagai tergolong pada kepercayaan lain. Di sebalik kita wish2 tu kita tak sedar apa sebenarnya disebalik sambutan tersebut. So, fikir2kanlah sedalam-dalamnya adakah golongan mereka menjadikan perayaan kita sebagai tarikh keramat mereka?? sudah tentu tidak & mengapa pula kita menjadikan perayaan mereka sebagai sambutan kita? tanya diri anda sendiri..Valentine digambarkan sebagai sesuatu yang penuh dengan kemaksiatan. so kesimpulannya x perlu sambut perayaan yang jauh menyimpang dalam terang.. Ada yang tahu tapi buat tak endah kerana metaliti yang rendah~ Menyemai kasih mengapa 14 Febuari?? anytime pun boleh ape ^^

Sumber : AzahariBlog
komen sket~ klik sini

Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Remaja Yang Terlalu Bijak Berkata

Hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang agak menarik yang saya temui di facebok..Hadooi~ni la perkataan pertama yang saya sendiri boleh katakan, sedih & hampir tidak percaya pada seorang remaja yang terlalu buta akan agamanya sendiri. Mungkinkah silap ibu bapa sendiri kerana gagal memberi didikan agama. Entry kali ni diambil berdasarkan perkongsian dari Facebook. Tak sangka seorang remaja yang sepatutnya tahu akan agamanya sendiri lupa akan nikmat yang diberikan olehNya selama ini. Jom tengok screen capture kat bawah ni.
Gambar Diambil Dari Facebook
Haa,,korang dah nampak kan sungguh bijak remaja ini berkata-kata. Semoga Adik Nur Lysa ni sedar akan kesilapannya & pada siapa ia berkata. Kalau dah berani berkata begini secara terbuka tak mustahil banyak lagi lebih teruk dari ni dia dah buat. Sama-samalah kita doakan budak ni sedar sikit. Dosa kita tak nampak, tapi kita boleh rasa. Semoga menjadi ingatan buat kita semua. 

 Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Khas Untukmu Wanita

Gambar Ihsan Cik Google


Oh HAWA ,

Tak perlu popular atau terkenal kerana kecantikanmu ,

cukup kecantikanmu menjadi satu hadiah buat bakal 'suamimu' ,

tak perlu engkau rayu lelaki dengan suara manjamu ,

cukup manis jika engkau guna suara itu mengalunkan dakwah.



daripada menghabiskan duit membeli make-up ,
lebih baik sedekah ,

daripada membahayakan diri dengan bergaya seksi ,
baik tutup aurat ,

daripada mulut lancang mengumpat , 
lebih baik cermin diri sendiri ,



daripada memfitnah dan mengaibkan orang , 
lebih baik berzikir ,


daripada menurutkan dengki dan nafsu , 
lebih baik istighfar ,

daripada bertudung tapi mengghairahkan , 
lebih baik ubah penampilanmu ,

daripada riak dan sombong , 
lebih baik taubat , takut tak sempat.



Sekadar renungan bersama ^^
sumber : Facebook

Tips Melupakan Bekas Kekasih

Gambar Ihsan Cik Google
Setiap orang pernah bercinta kan? pasti pernah merasai pasang surut sesebuah hubungan, Tak kurang hebatnya pertengkaran mahupun pergaduhan. Kerana cintalah pelbagai rintangan yang kita hadapi, suka duka, tawa riang, sedih mahupun menangis. Ada kalanya cinta mengajar kita erti ketabahan, rasa syukur, timbangrasa, kasih sayang, hormat-menghormati dan macam-macam lagi. Pada yang masih muda & belum pernah merasai betapa beratnya dugaan percintaan mungkin mampu merasa lega, dan ramai juga pernah berkata "biar single lagi baik", namun Acha Septriasa pula menyangkal "berdua lebih baik" kehkehkeh ^^  ... Kemungkinan besar di antara kita semua pasti pernah merasai atau sedang merasai betapa sukar melupakan bayangan bekas kekasih. Adakalanya ia sering bermain di fikiran walau di mana berada. Berat sungguh rasanya kan? ^^   Entry kali ni saya ingin kongsikan beberapa tips yang mampu membantu meringankan perasaan yang menghantui diri korang semua, Jom scrol kat bawah ni =)
Cari Pengganti ^^ 
Ini merupakan cara yang paling realistik, mudah & eskpress buat melupakan sang kekasih lama. Mengikut tinjauan dari orang ramai, dari 1000 orang, sebanyak 34% memilih untuk mencari pengganti baru. Ia bukanlah merupakan cara paling baik untuk melupakan bekas kekasih. Cara ini dikatakan hanya mampu menyedapkan hati buat suatu jangkamasa yang singkat kerana, adakalanya memori lama mampu terbangkit semula terutama apabila terserempak dangan bekas kekasih lama. Selain itu, ia juga meninggalkan tanggapan buruk terhadap diri oleh bekas kekasih. So fikir-fikirkanlah sebulum buat keputusan :)


 Biar Masa berlalu
Cara ini merupakan cara yang memerlukan ketabahan hati serta kekuatan diri untuk menempuh segala dugaan, di mana perasaan kasih masih lagi menyelubungi walau diri ingin melupakan bayangan kekasih lama. Biarkan saja masa berlalu memadamkan segala memori korang bersama bekas kekasih kerana masa yang berlalu bukan sahaja mampu memudarkan ingatan terhadap si dia bahkan menjadikan diri kita lebih tabah serta matang dalam menempuh kehidupan. Masa yang berlalu di katakan antara cara terbaik untuk melupakan masa lalu korang. Tiada jawapan yang pasti kerana tuhan saja Maha mengetahui.

Ikhlas & Reda 
Keikhlasan, kerelaan & reda adalah perlu di bentuk dalam diri korang dan yang perlu diingati bahawa tidak semua perhubungan yang gagal diselesaikan harus bersatu semula. Relakan lah hati, ikhlaskanlah jiwa biarkan si dia dengan hidupnya. Lupakan segala dendam, lupakan segala yang negatif tentang dirinya. Dengan cara ini, korang akan merasai ketenangan bahawa tidak semestinya diri kita untuk si dia. Mungkin si dia hanyalah persinggahan sebelum kita sampai ke suatu destinasi selayaknya.

Luangkan Masa Bersama Kawan-kawan 
Cara ini merupakan suatu hal yang mudah kerasa setiap orang pasti dikurniakan sahabat yang baik & lebih memahami diri. Yang pasti selepas putus cinta dengan kekasih, luangkan la pula masa yang sepatutnya bersama kekasih lama untuk kawan-kawan korang pula ^^  Ternyata korang mampu melupakan hal serta memori indah bersama kekasih. Apa yang pasti persahabatan adalah anugerah yang hebat dari percintaan. Maka gunakanlah ia sebaiknya agar tidak terus dihantui oleh bayangan bekas kekasih.

Banyakkan Urusan
Kebanyakan dari kita sering cuba meletakkan diri terhadap sesuatu agar bayangan sang kekasih tidak terus mengejar diri kita. Oleh itu, antara cara terbaik yang pernah saya sendiri dengar dari pakar motivasi ialah meperbanyakkan urusan seperti bekerja, contohnya mengambil kerja lebih masa, part time & sebagainya. Jika sebelum ini korang agak ambil ringan terhadap kerja, so mulakanlah untuk lebih fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan. Jika seseorang itu masih belajar, memperbanyakkan membaca, ulangkaji bersama rakan & mengelakkan bersendirian merupakan suatu yang mampu dilakukan agar korang mampu mengurangkan rasa yang sedang menghantui.

Mengingat Keburukannya :p 
Jika masih tidak mempu untuk mengikuti beberapa tips di atas, ini merupakan cara terdesak bagi melupakan hal tentang bekas kekasih. Mengimbas kembali kenangan manis serta romantik bersama bekas kekasih ternyata membuat seseorang tidak lepas dari bayangan bekas kekasih. Oleh itu ramai juga berpendapat bahawa, mengingat kembali segala kenangan buruk bersama si dia pasti dapat melupakannya dengan mudah. Walaupun ia tidaklah elok sangat namun, ternyata berhasil.

Begitulah beberapa tips yang saya kongsikan. Oleh itu, cuba lah mengatasi hal tersebut dengan tips yang sesuai dengan peribadi korang ^^   Diharap pada yang baru mengenali atau sedang bercinta, cuba lah untuk mengawal segala permasaalahan dengan baik, janganlah terlalu mengikut ego sendiri agar perhubungan dalam keadaan baik. SEMOGA BERMANFAAT =D

Blogroll

Busuk.Org