MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK HADIAH SI DIA


Setiap hadiah terutamanya dari si dia pasti mempunyai maksud & harapan tertentu..Haa, nak tau tak maksud disebalik hadiah dari si dia? tak kisah la birthday atau saja2, mahal ataupun murah janji hadiah penuh dengan makna..kengkadang tu si dia akan bagi hadiah anytime, rasa je nak beli so dia pun beli la~ mesti ada sesuatu punya..nak tau maksud disebalih hadiah si dia tu jom tengok kat bawah ni =D

Cokelat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia & gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda Gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.

Bingkai Gambar 
Sentiasa merindui & tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!

Pakaian, Kain, Tudung & sebagainya
Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan & dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan2 & keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.



Cincin Sepasang
Tanda ikatan kasih yang abadi, si dia mahukan anda terus berada di sampingnya kerana ia merasakan anda adalah pilihan hatinya & akan sedaya upaya menjaga perhubungan. Si dia juga ingin anda tahu bahawa dia serius dalam percintaan.

Bunga
Tanda mula menyayangi,ingin berkenalan & permintaaan mengenali lebih mendalam lagi, ingin menawan hati, atau si dia juga ingin memujuk anda yang sedang merajuk. Di katakan perempuan walau sekeras manapun jiwanya tetap akan suka hadiah bunga walau disebalik senyuman apabila si dia memberikan bunga yang cantik secantik korang yang baca entry ni ^^

Buku
Bersifat terbuka, bertolak ansur & prihatin. Si dia amat berharap agar anda memanfaatkan pelbagai peluang, ingin mempelajari sesuatu yang berguna, tidak mudah berputus harapan & mampu memotivasikan diri agar mampu menghadapi kehidupan yang mencabar. 
Handphone
Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, Si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya. 

Jam Tangan Sepasang
Si dia amat mengharapkan agar anda mengingatinya setiap masa & waktu walau dimana berada agar anda tahu si dia juga sentiasa mengingati anda sepertimana anda mengingatinya. Si dia juga berharap hadiah jam adalah keperluan yang penting & bukan sekadar aksesori kerana ianya juga nilai sesuatu penghargaan.

Gelang Tangan, Kaki
Tanda mesra dari si dia agar anda selalu bertolak ansur dengannya sekiranya ia melukai perasaan dalam sedar ataupun tidak. Si dia juga mengharapkan anda mudah memaafkan samaada pada dirinya juga pada orang lain. Tidak mahu anda bermasam muka apabila bertemu dengannya. Anda adalah kekasih serta sahabat baginya.


Rantai Leher
Suatu tanda, ikatan cintanya yang perlu diberi perhatian kerana si dia sudah mulai perasaan sayang mengalir pada dirinya untuk anda. Si dia perlukan anda dalam kehidupannya serta mahukan anda kerap meluangkan masa & perhatian untuknya.



Minyak Wangi
Tanda wujudnya cinta, si dia mahukan anda tahu bahawa anda adalah cintanya, Ia juga mengharapkan cinta setulusnya dari anda. Si dia juga mahukan anda menjadi insan yang kemas, bersih & cantik dimatanya setiap kali bertemu serta menjaga penampilan. 

Al-Quran, Sejadah
Tanda si dia mengasihi anda dunia & akhirat. Si dia juga mahukan anda menyedarkannya disaat ia lalai serta mengingatiNya & ilmu agama itu penyuluh kepada cinta yang diredai .

Kad Ucapan
Si dia amat mengabadikan perasaan sayang & cintanya sebagai suatu tanda ingatan atau kenangan, tidak mudah melupakan segala yang di lalui pahit atau manis sepanjang perkenalan kerana tanda ingatan suatu yang tak ternilah harganya. 



 Kasut
Tanda si dia sangat mengambil berat serta prihatin terhadap anda dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perasaan, kewangan, kerjaya serta hal2 yang berkaitan peribadi. Sedia menjadi pendengar luahan hati anda.
Subang
Penghargaan serta penghormatan dari si dia. Si dia amat mengagungkan diri anda pada dirinya, Harapan si dia agar anda menghargai kehadirannya di dalam hidup anda sebagi seorang yang bermakna dalam hidup anda. Maksudnya, jadikan si dia watak hero dalam novel hidup anda :P

Payung
Tanda kasih dari si dia untuk anda, si dia juga ingin anda tahu bahawa ia ingin melindungi anda walau hanya sesuatu yang di anggap remeh baginya seperti demam, si dia akan mudah merasa beban di jiwanya & risau tentang kesihatan anda yang kurang baik. Selain itu, untuk mengelakkan anda dari basah kena hujan atau panas terik,takut hitam pulak hehe ^^,



Hantaran Meminang
Itu tandanya si dia serius & betul2 serius ingin menjalinkan ikatan kerana si sia mahukan anda jadi bakal teman berkongsi hidup serta pahit manis dalam menempuh kehidupan setelah berumahtangga kelak..

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai maksud yang tersirat disebalik hadiah pemberian dari seseorang yang bergelar kekasih.. so sudi2kanlah tinggalkan komen ye^^

Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org