Tips Buang Rasa Malas Bangun Pagi

Gambar Ihsan Cik Google
Entry kali ni saya nak kongsikan tips nak hindarkan rasa malas di pagi hari. Haa, yang ni biasa terjadi pada korang kan? ehehe..termasuklah saya sendiri,tak kira la samaada budak sekolah, pelajar kolej, siswazah mahupun yang sudah berkerja. Yang suri rumah takde masaalah ke? hehe, terasuk sekali lah tu, mana lagi nak siapkan sarapan pagi, nak ketuk pintu bilik anak-anak lagi kan, hahaha. Dalam hal ini ia bergantung pada pendirian setiap individu jugak kan. Setiap orang pasti ada cara mengawal rasa malas semasa bangun pagi. Yer la mana tak nya kadang-kadang tu rasa macam tak puas & nak sambung tidur lagi, tapi tanggungjawab taknak lepas jugak kan. Kalau saya biasanya liat sangat nak bangun hari isnin, ehehe :P
 Di bawah ni saya nak share Tips berguna untuk buang rasa malas bangun pagi, jom scrol kat bawah ^^


Cari Jendela / tingkap - Antara langkah terawal & terbaik ialah menghadap jendela atau pun pintu agar korang boleh melihat cahaya di pagi hari. Cuba tarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian tahan beberapa saat & hembus. Ulangi beberapa kali agar udara dapat disalurkan ke otak. Antara punca utama ialah masih dalam keadaan mengantuk kerana otak korang masih kekurangan oksigen. Biasanya di pagi hari kita akan terasa dingin, cuba melawan rasa dingin hingga semua nyawa anggota badan bersatu.
Dengar Muzik Rancak - Haa, yang ni saya syorkan agar buka radio la.. biasanya pagi-pagi tu lagu-lagu yang dimainkan rancak ooOOW~ Tak kira la radio, mp3, mp4 atau sebagainya janji ianya muzik yang agak rancak. Tapi paling mudah beli radio je senang, yang pakai 2 biji bateri tu pun ok je ^^ .. Tak pun bukak je radio online senang dah..Confirm tau-tau ada semangat nak memulakan pagi hari korang tanpa rasa lesu. Confirm lagu paling last dengar tu bermain kt fikiran masa pegi kuliah,skul,keje heheh :)
Minum Sesuatu -  Cuba la minum sesuatu atau paling bagus buat la minuman yang korang suka.  Ketika air minuman diteguk, sedikit demi sedikit perasaan segar akan mengalir & dengan perlahan mood tidur akan terbangun ^^
Ambil sedikit masa untuk tenang -  Jangan memikirkan hal yang buruk, contohnya tentang hutang, masaalah kerja, saman trafik & sebagainya. Cuba untuk kosongkan minda. Saya syorkan agar korang cuba gantikan fikiran kepada hal yang baik & manis. Contohnya, selepas waktu bekerja nak pergi cuci mata kat taman hahahaha xD
Bercermin -  Satu cara yang agak mudah untuk dilakukan ialah, sediakan sebuah cermin besar kat bilik korang tu...huahaha, pastu posing la korang kat depan cermin tu. Opps, pastikan pintu bilik ditutup, takut orang lain tengok karenah pelik korang tu hehe. Cuba untuk senyum & yang pasti mata korang akan terbukak luas melihat rambut pagi-pagi korang tu ^^,
Lakukan senaman ringan -  Bagi yang tak biasa bersenam tu cuba la korang buat sedikit senaman ringan agar seluruh anggota badan bagaikan bernafas pagi-pagi. Buatlah pergerakan kecil yang mudah, regangan otot agar tubuh terasa lebih segar. Tarik nafas panjang-panjang. Paling senang pun ikut je macam yang kat atas tu, bukak je lagu rancak & menari la kat bilik korang tu, pasti korang rasa segar. Cuba la yer..

~Begitulah awan nano~ eheh nyanyi lak ^^
Haa, begitu lah antara tips yang saya kongsikan untuk hari ni,
Cubalah & semoga bermanfaat =D 

4 Budak Sudi Komen:

Ridzwan Mohamed said...

tip yg 1st tu rasenye x blh nak praktikkan la sbbnye bukak je tingkap,nmpk bangunan.

Unknown said...

bgun je lepas mengeliat,minum air n capai tuala mandi..after mndi msti segar..

Terbelog said...

klo ade tgs pntg..ok je bgn

afqh said...

senaman ringan paling efektif

Blogroll

Busuk.Org