Tanda-tanda Lelaki Ikhlas Menyintai Kekasihnya

Gambar Ihsan Cik Google
Haa kepada kaum hawa diluar sana, nak tau betapa kasihnya boypren korang tu..baca kat bawah ni, cuba2 la perhatikan boypren korang tu ade sangkut tak? kalo semuanya ade memang sah la si dia tu sayang sangat kat korang..ehehe ^^
  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa (selalu memberi sokongan & galakan)
  • Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
  • Dia sanggup mengaku sesuatu kesalahan walaupun dia tidak tahu-menahu kesalahan tu jika didesak oleh kekasihnya supaya mengaku ( best ni! cuba la nanti hehe :p)
  • Dia banyak menasihati & mengingatkan kekasihnya tentang pelbagai perkara kerana dia amat menyayanginya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap (jika berhadapan situasi macam ni, cuba jangan bersikap keras, explain dengan sebaiknya kerana lelaki pasti mamahami anda).
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya(kerana wanita tu tiada dua baginya, sukar diganti dalam hatinya).
  • Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga (jika tidak suka si dia berkelakuan seperti ini, angap saja ia perkara yang melucukan & berbincang dengannya).
  • Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya (salah satu keinginan setiap lelaki ialah ingin dipujuk, yang pompuan tu sekali sekala pujuk2 la si dia tu hehe)
  • Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  • Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia mahu sentiasa dicintai sepertimana dia mencintai kekasihnya.
  • Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
  • Dia membanggakan kekasihnya pada keluarganya.
  • Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
  • Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya walau dimana dia berada, jauh mahupun dekat dia tetap menganggap kekasihnya berada disisinya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
  • Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita, namun salah satu faktor lelaki menangis disebabkan perasaan cinta yang mendalam. 
Kepada para wanita diluar sana, hargailah seorang lelaki yang menyanyangi dengan ikhlas, jangan biarkan lelaki2 anda merasa kecewa atau sengsara, sebenarnya lelaki ni juga lembut hatinya bagaikan taman hihi.. begitulah tanda2nya seorang lelaki yang sedia menerima seadanya seorang wanita itu. Janganlah diangap segala kelakuan lelaki itu merimaskan kerana disebaliknya ia mahukan yang terbaik untuk kekasih yang dicintainya~ hargailah mereka..

sudi2kanlah tinggalkan komen ye ^^


  Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

1 Budak Sudi Komen:

Unknown said...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semua yang ada di listed dalam ni ada pada hamba yang tidak seberapa ini namun selepas semunya dipamerkan hubungan itu tidak juga bertahan lama..terputus juga dan hamba menganggap ini sebagai ketentuan yang telah tertulis dalam kehidupan hamba.
Walaupun terpaksa memutuskan hubungan sayang hanya kerana menjaga hati dan perasaan pihak yang ketiga namun hamba pasrah dan menerima apa saja suratan kisah cinta hamba dengan si dia..
semoga bahagia sampai bila-bila...
hamba tidak pernah membencinya diatas apa yang telah berlaku sebaliknya perpisahan ini hamba terima dengan hati yang terbuka demi kebahagiaannya dan hamba lakukannya dengan iklas kerana hamba terlalu sayangkan dia ..

Sayang...sangat-sangat... :)

Blogroll

Busuk.Org