Gempar Kiamat Pertengahan Ramadan 2012 ???


Gambar Ihsan Cik Google

"Mengikut kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan."

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib. 

Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu. 


Tarikh kiamat adalah rahsia Pencipta (Tuhan). So kalau dah ditakdirkan minggu depan kiamat pun, kita takkan akan menyangka kerana bila-bila saja ia boleh berlaku. Kita takkan tahu bila ia terjadi, oleh itu kita semua jangan leka persiapan amal ibadat selagi masih berpeluang.

MOHON SEBARKAN UNTUK TERUS ELAK KEKELIRUAN

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org