Evolusi Handphoneku Sepanjang Zaman

Cuti Tahun Baru Cina ni sememangnya aq dah pasang niat untuk terus bekerja walaupun peluang untuk cuti tu ada, tapi lebih elok rasanya aq bekerja dari x buat apa-apa (^^,). Bukannya apa, aq x sambut pun tahun baru cina ni coz xde jemputan kehkehkeh xD. Tapi yang lebih penting masa cuti-cuti ni gaji kira "double" la hehehehe. Hujung bulan dapat duit lebih hehe.
Tadi masa kerja gaji buta aq teringat akan handphone aq yang lama. Entah apa khabar bekas handphone aq tuh. Jangan-jangan dah x wujud lagi. Teringat pulak masa nak mendapatkannya tu teramatlah payah tapi sanggup je asalkan model handphone mengikut trend. Masa tu simkad no cantek-cantek & harganya pun cun giler, macam sekarang ni RM7 pun ada jual. Tapi semakin lama aq guna handphone semakin tak nak canggih pulak. Yer la sebab dah tak berapa nak pakai sangat function canggih-canggih ni, asal boleh guna calling & sms ok da ^^


1st Handphone (2004-2005)
Tadaaaa~ haa ni la phone aq yang pertama sekali menjadi hak milik aq. Sebelum ni dengki je ngan orang lain, sekali beli bukan alang-alang, screen colour tu bro..kehkehkeh. Masa 2004 aq beli full aksesori dalam harga RM7** + cenggitu. Tak ingat sangat dah. Bajet masa tu ayah & mak aq yang belikan. Fuhh~ kira agak mahal jugak la masa tu sebab aq baru je form 2. Masa tu la aq rasa macam dipandang tinggi oleh kawan-kawan sekelas aq. Siap buat-buat macam dapat calling hehe..yer la masa tu x ramai pakai nada dering polifonik. Kira yang pakai tu hebat la katakan..kehkehkeh

Phone Kedua Samsung SGH-X460 (2006)

Selepas kehilangan phone aq yang sebelumnya mak aq bagi pone ni la untuk kegunaan aq. Tak ingat sangat punca kehilangan  pone lama tu. Masa tu aq rimas betul sebab pone ni agak teruk sikit cara penggunaan keypad. Cuma yang bestnya ia kecik & xde masaalah kalau nak bawa ke sekolah, senang nak sembunyikan hehehe ^^ . Pone ni x lama aq guna cuma dalam 2 ke 3 bulan je sebab function tak best sangat.


 Phone Ketiga Nokia 3650 (2006-2007)
Tak lama aq pakai phone samsung tu mak aq belikan pulak pone yang best ni. Masa tu ia seangkatan dengan Nokia N-gage for gaming. Bagi aq pone ni cukup memuaskan hati dengan kelebihan untuk menambah aplikasi selain aplikasi sedia ada. Pone ni agak mahal jugak masa tu mak aq beli dalam 1k jugak la. Pone ni merupakan handphone berkamera pertama aq, dari pone ni la aq kenal infrared, bluetooth, mmc & macam-macam lagi la. Kira kepuasan yang teramat sangat. Penah masa duduk kat asrama dulu aq gunakan kelebihan infrared untuk kacau orang nak tengok tv. Tukar siaran, mute, loud volume, semua tu hanya guna remote infrared je hehehe..jahat jugak la masa tu kehkehkeh  kekurangan phone ni ialah mudah dapat virus. Fuuhh memang bengang la masa tu balik-balik berhabis duit semata-mata nak format balik kehkehkeh.


Handphone Keempat Motorola E770 (2007)
Setelah Maxis membuat promosi simkad murah-murah, aq pun melabur ar pada satu no baru untuk kegunaan internet secara percuma. Pada mulanya aq kerap guna sebijik handphone sebelum ni & tukar-tukar simkad je bila perlu. Tapi ia menyusahkan aq je. So aq pun beli la lagi satu handphone baru untuk cover simkad aq yang lagi satu tu. Harganya RM499 je. Ni la handphone yang sederhana namun aq suka pada layar screennya yang agak lancar & cantik berbanding phone aq yang lain. Kebolehan aplikasi javanya yang agak baik, sound system & earphone yang kebaaboommm!!! memang puas hati la coz ia menyokong super mega bass pada earphone. Ini merupakan pone yang tercantik pada bunyi yang pernah aq miliki. Selain tu, baterinya yang agak luar biasa ketahanannya. Cas hanya memerlukan 2 jam je tapi mampu bertahan 5 hari walaupun penggunaan yang ekstrem.


Handphone Kelima SE K550i (2008-2009)

Selepas berakhirnya SPM aq pun mula bekerja secara part time, so masa tu la aq da ada duit gaji sendiri. Mak ayah aq masih lagi support aq dalam hal kewangan so aq pun masa tu x pandai sangat nak tahan nafsu membeli. Survey punya surver aq terjumpa yang kononnya handphone berkamera cyber shot. So aq pun tertarik, yer la duit gaji ada kat tangan dah x tau nak buat ape aq pun x fikir panjang terus beli. Takde la best sangan phone ni biasa je. Skrin pun x cantik sangat. Harga dalam RM545 kot..kalau tak silap. Masa ni la pone lama aq kebanyakan aq bagi kat adik-adik aq mewarisi. Handphone ni aq pakai dalam tempoh masa setahun lebih sampai aq masuk ke IPTA.

Handphone Keenam SE W350 (2009) 

Seterusnya, masa aq kat IPTA dulu aq dah tak minat lagi kat gadget handphone sebab masa tu aq dah ada laptop. Laptop sememangnya lebih sempurna berbanding handphone, namun masa tu gak aq tinggal di hostel. Hiburan pun kurang so aq teringin sangat nak dengar lagu-lagu dengan sistem bunyi yang cun. Dah la masa tu aq ada buat pinjaman pelajaran memang sapu terus la. Masa tu gak aq da pandai save budget, aq tak beli lebih-lebih hanya phone yang berbaloi je aq beli. Aq pun jumpa ngan pone ni da la murah dalam RM200 je aq beli tapi yang penting sound die agak cun & kuat. Memang ngam la dengan citarasa aq masa tu. Tak lama pun aq gune dalam 6 bulan gitu je mak aq suruh bagi je kat adik aq. Pastu mak aq suruh aq belikan je phone baru yang lebih ok sket.

 Handphone Ketujuh LG KS360 (2009-present)

Ni la phone aq yang terakhir yang masih aq gunakan hingga kini. Aq sayang kat phone ni sebab ni merupakan hadiah pemberian dari mak aq. Harga biasa-biasa je aq tak tau sebab mak aq yang beli. Aq dah guna phone ni agak lama jugak, agak2 dah berapa tahun dah?? hehe. Kelebihannya ialah boleh guna Internet secara percuma dengan mudah tanpa banyak songeh ^^ sebab tu la aq masih guna phone ni. Aq harap kalau sekiranya aq nak beli phone baru sekalipun aq akan terus simpan phone ni.
Untuk pengetahuan korang, semua phone milik aq ni x pernah rosak ^^
hehehe, best kan...harap akan terus begitulah untuk phone aq yang seterusnya..
kalau ikutkan ada beberapa lagi phone yang jauh lebih expensive yang pernah aq beli cuma,
ia bukan milik aq, juz for gift 4 someone ^^, cuma yang aq tau
some1 tu x penah jaga elok2 pn..kekeke 

4 Budak Sudi Komen:

Cik Farz said...

wahhh~ manyak nya @_@

Azahari Yassin said...

hehe..blum lagi tu ^^

nur cahaya said...

perghh..belikan utk smeone nfon..xbley blaa..

matt raffi said...

nur cahaya - bior jelaa duet dier, nk beli kt sape pon.. ko dengki pesal? pakwe ko xpnah bg ko henpon eh? siann.. hahahaha..

Blogroll

Busuk.Org