Nikmat Ceria & Ketawa =D


Setiap orang sukakan ketawa kan? ketawa tu best dan yang penting ia suatu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Setiap hari dengar orang ketawa betul tak? tak kisah la keta jenis macamana pun..ada yang ikhlas,ada yang macam malas-malas & ada yang lebih-lebih. Haa tu yang tak boleh nak kawal le tu. Percaya atau tidak ketawa itu suatu kenikmatan kerana ketawa itu penawar segala duka.
Hanya dengan ketawa kita boleh kawal stress dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada orang yang berkerjaya, pelajar mahupun orang-orang biasa. Tuhan berikan kita ujian, halangan serta rintangan dalam hidup namun tuhan itu adil kerana Tuhan berikan kita perasaan ceria & ketawa agar kita mampu mengawal kedukaan dengan baik.
Apabila kita ketawa peredaran darah akan menjadi lancar dan akan meningkatkan kadar oksigen di dalam badan. Ketawa merupakan terapi terbaik melawan penyakit jantung. Ketawa juga menyihatkan kerana cukup terbukti hanya dengan ketawa kita nampak lebih muda.
Ketawa mampu menahan dari kesakitan serta kepayahan yang sedang dialami. Dengan ketawa orang akan lupa akan permasaalahan mereka. Dengan cara ini setiap orang yang menghadapi masaalah mampu untuk bertenang.
Ketawa juga menunjukkan sifat seseorang. Orang yang suka ketawa akan mudah didekati kerana mereka bersifat terbuka. Tapi biarlah ketawa yang bertempat. Ketawa penawar segala kesedihan. Ketawa itu seronok maka ketawa itu dikatakan suatu nikmat pemberian Tuhan yang sangat bernilai. Hanya kita saja yang perlu memanfaatkannya.

So kurangkanlah bersedih, bukan tak boleh nak bersedih
tetapi biarlah ianya terkawal. Biarlah yang lebih baik itu kita
lebihkan~ Jom perbanyakkan ketawa kerana ketawa itu indah
Jom Layan Cerita Komedi ^^

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org