Mulakan langkah baru dengan senyuman ^^


 

Senyum itu kesempurnaan, mengapa senyum itu dikatakan sempurna?? kerana hanya dari senyuman cukup melambangkan diri kita bebas dari kerunsingan, bebas dari beban masaalah. Walaupun setiap insan di dunia ini tidak terlepas dari masaalah, hanya dari senyuman cukup menandakan diri kita mampu mengawal setiap permasaalahan dengan baik. Senyum itu mulia tidak kira pada siapa. Semua orang suka pada orang yang tak lokek memberikan senyuman. Hanya dari senyuman cukup buat kita senang hati, hanya dari senyuman cukup untuk menunjukkan bahawa kita menggosok gigi setiap hari, hanya dari senyuman kita bebas semahunya. Dari senyumanlah lahirnya kasih sayang yang ikhlas, dari senyumanlah yang membuat setiap insan cair & jatuh cinta. Sesungguhnya senyuman itu amatlah berharga, tak letih walau senyum sepanjang masa, malah senyuman itu senaman muka. Hanya dari senyum kita terhindar dari stress & dari senyumanlah kita mampu bertolak ansur sesama kita bahkan kepada setiap makhluk yang ada. Dari senyumlah kita merasakan jiwa kita tenteram, hati senang dan maka kerana itulah senyuman itu suatu kesempurnaan yang menjadi titik tolak dalam sebuah kehidupan. Maka dengan itu senyumlah korang semua kerana senyum itu awet muda ^^


2 Budak Sudi Komen:

Nafisya Ismail said...

follow u... and Im smile now :p

Unknown said...

tq, me too ^^,

Blogroll

Busuk.Org