CARA HILANGKAN KESAN PARUT PALING MURAH & BERKESAN

Haa..mesti korang tak suka kan kulit berparut terutama golongan perempuan & yang menjaga kecantikan kulit. Yang bermasaalah seperti kesan parut jerawat pun ok je. Admin sendiri pernah cuba dan ia tak mengecewakan langsung & kesannya pun agak cepat berbanding produk kecantikan yang ada di pasaran. Apa yang menarik ianya sangat mudah digunakan serta murah. Dah la murah kenyang pulak tu ^^.. So apa yang korang perlukan ialah seperti gambar di bawah. 

Pisang kuning yang cukup masak
Tak kisah apa2 jenis pisang pun.

Ok, selepas tu apa yang korang perlu buat ialah buka kulitnya lalu makan isinya. Jangan dibuang kulitnya. Ok, sekarang korang dah memiliki bahan yang murah tetapi mempunyai khasiat yang tinggi iaitu kulit pisang tersebut. Apa yang korang perlu buat seterusnya ialah sapukan kulit pisang pada sebelah bahagian dalam ke bahagian kulit yang ada kesan parut tersebut. Sapukan suka hati korang semahunya ^^ gurau. Selepas tu, biarkan ia kering dan bersihkan semula dengan menggunakan air bersih. Mudah kan?? 
Ulangi petua tersebut beberapa kali mengikut kemahuan korang. Pasti korang dapat melihat kesannya yang agak memberangsangkan. Kesan parut tersebut confirm beransur hilang. Ia bergantung pada level parut tu jugak. Jika kesan tersebut agak teruk maka ianya memerlukan masa yang agak panjang jugak. Tetapi kalau setakat kesan parut luka-luka kecil tu sekejap je, 2 ke 3 kali sapu pun dah nampak kesannya hilang. Tips ni sangat mujarab, admin tahu pun dari radio masa admin kecil-kecil dulu.
Amalkanlah Jika Nak Kulit Cantik ^^ 

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org