Gambar Ihsan Cik Google
Sungguhpun aku lelaki, walau sehebat manapun dugaan, menagis bukanlah pilihan terbaik, menangis itu suatu yang memalukan, menagis itu lemah. Namun adakalanya menangis itu adalah tanda lelaki yang sebenar-benarnya berada pada tahap keikhlasan sebenar. Aku mengenali dunia blog ni pun sebenarnya sekadar membuang masa lapang, buang rasa sunyi selama ini. Biar aku nampak sibuk di mata para kenalanku. Asalkan ada masanya aku dapat lupakan seketika lamunan tentang seseorang yang amat aku hormati dalam hidup aku. Dia seorang wanita yang terbaik pada pandanganku, dia tidak pernah tinggalkan aku tanpa meninggalkan sesuatu yang menyakitkan. Dia pasti ada jua walau ada ketikanya terlalu lama aku menanti kehadirannya. Tahun ni adalah tahun keempat perkenalan kami, dan ia bukanlah suatu tempoh yang singkat. Aku amat sayangkan perkenalan ini & jika boleh biarlah dia teman akhir hayatku nanti. Kadangkala aku merasakan tidak layak untuknya kerana aku tidak mampu membuat dirinya gembira sepertimana orang lain. Dia terlalu aku agungkan dalam hidup ini entah mengapa aku merasa begitu. Mungkin kerana dia mampu membuat orang lain terhibur dengan gelagatnya yang lucu, semua orang senang bersama dengannya. Entah mengapa sukar untuk aku lepaskan dia, mungkin juga aku masih belum percaya pada orang lain yang mampu melindunginya. Aku tidak mahu orang lain mempersia-siakannya, kerana bagiku dia hanya satu di dunia dan takkan ada galang gantinya. Biarpun bunga bukan sekuntum namun bunga ini takkan sama dengan bunga-bunga yang lain. Jika bukan kerana kata-katanya yang sering mnyedarkan aku, mungkin aku masih tidak menghormati keluargaku, dan jika bukan kerananya aku tiada usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Kehadirannya dalam hidupku suatu sinar bahagia dalam diri. Tanpanya aku tercari-cari, dimanakah dia? apa dia lakukan sekarang? Sejauh manapun dia pergi, aku tetap mengingatinya dalam doaku. Terimakasih Nurul S kerana pernah ada untuk aku selama ini.
Tika kau tiada di sini ku luah segalanya, Semoga kau temui nukilan ini. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...
0 Budak Sudi Komen:
Post a Comment