Sahabat VS Kawan

Gambar Ihsan Cik Google



Salam, hari yang best adalah hari terima gaji Tetapi hari ni tuan rumah masih belum gaji lagi ehehe ^^ ...sedih aje sepanjang hari, senyum pun dah tawar, dah berapa hari dah ni..kemana lak bos nih eeiiiii!! Dah la nak bayar bil current nih. taknak ar tertunggak bayaran. So dah rasa malas2 ni nak keja baik tuan rumah berblogging lagi bagus ^^ ..Hari ni tuan rumah nak berbicara tentang sahabat & kawan. Jika disebutkan dua perkataan tersebut seperti tiada beza maksud keduanya. Namun jika diteliti serta difahami sedalam2nya ada dua pengertian besar disebaliknya.


Sahabat umpama baju yang kita pakai. Mampu melindungi kita, mengindahkan kita serta menjadikan kita sempurna di mata orang lain. Kawan pula mungkin hanya sekadar pen yang terletak kemas di poket baju kita. Jika ada tak mengapa, tak ada pun tak mengapa. Kadang-kadang sangat berguna, kadang tu langsung tak guna bila dah tak ada dakwat. Adakalanya dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita. Itulah kawan, kadang-kadang berguna & kadang-kadang menyusahkan. (Sumber :Jangan Main-main)


Oleh itu, janganlah kita jadi sekadar seorang kawan, biarlah kita menjadi seorang sahabat kepada sahabat kita. Kata orang, persahabatan adalah titik tolak kepada sebuah keakraban. Oleh itu, kita sendirilah yang perlu mulakan langkah itu. Jangan tunggu orang lain ^^ .. dalam ramai-ramai kawan kenalilah sahabat korang tu. Dikala susah merekalah yang sentiasa ada di sisi menemani. Namun dikala senang sahabat tak ingin jadi beban walau sekadar menerima tempias, Itulah sahabat sejati.


Renung2kan dan selamat beramal.. Sudi2kanlah komen yer =D

1 Budak Sudi Komen:

RazFiRa said...

KAWAN UMPAMA CERMIN, MENUNJUKKAN DIRI KITA YANG SEBENAR - CANTIK DAN CACAT CELA DIRI

Blogroll

Busuk.Org