Gambar Ihsan Cik Google |
Salam hari sabtu untuk semua, haa, rasanya dah lama tuan rumah tak update blog nih, dah nak seminggu agaknya. Yer la tuan rumah takde komputer sendiri, ni pun pinjam-pinjam aje guna kejap. Tak best langsung camni ahaha..Kali ni tuan rumah kembali lagi dengan tajuk entry yang berlainan sket dari yang sebelum ni. Kali ni nak cakap pasal "maaf". Biasanya sesiapa saja menghulurkan kata maaf ketika melakukan apa saja kesilapan & ada kalanya maaf adalah perkara yang berat & paling sukar di ucapkan. Iye ke?
Iye la, ada masanya rasa malu jugak nak minta maaf sebab orang lain yang buat salah kita pulak yang minta maaf hehe..selain tu ada yang malu sebab dah buat salah, so berat nak minta maaf. Kan3 ^^ mesti korang pun pernah kan? ehehe..Ok, ada pula yang rasa senang sangat nak minta maaf, pada pendapat tuan rumah, meminta maaf ni ada 2 jenis. Iaitu yang pertama yang tak ikhlas, contohnya kita pergi shopping kat pasaraya then terlanggar bahu orang lain, kemudian dengan mudahnya kita berkata "im sorry" bak kata Amir Raja Lawak ^^ dan terus berlalu. Mohon maaf macam ni terlalu mudah & tak sampai dalam hati langsung. Tapi kan, lebih baik dari takde cakap apa-apa betul kan? ehehe...Manakala yang kedua pula minta maaf secara ikhlas, selalunya berlaku apabila seseorang melakukan suatu perkara yang berat untuk diterima orang lain atau menyinggung perasaan orang lain. Masa tu kita rasa tak selesa sebab buat salah pada orang lain & tanpa paksaan kita ingin memohon maaf kepadanya. Di situlah nampak keikhlasan kita untuk meminta maaf.
Apa-apa pun, minta maaf itu mudah aje, buang ego, merendah diri, buang rasa malu & mintalah maaf. Elok mohon maaf secara ikhlas, barulah tenang jiwa & bukan hanya sekadar kata aje. Hehehe, kalau ada yang silap tolong betulkan, tuan rumah sekadar nak berkongsi aje..
0 Budak Sudi Komen:
Post a Comment