Ada Apa Pada Cinta?? Jom Terjah

Gambar Ihsan Cik Google



Salam, semua & selamat berhari minggu, hari ni selalunya menjadi hari pilihan untuk mereka2 yang melangsungkan majlis perkahwinan. So sesuailah dengan entry yang tuan rumah nak share kali ni iaitu mengenai cinta. Ada sesiapa tak pernah bercinta tak? ehehehe mestilah pernahkan. Cinta tak semestinya pada kekasih aje. Fikir tu panjang sikit lah kawan, eheh gurau ^^ ...cinta ni luas pengertiannya, cinta pada ibu bapa, persahabatan, negara, agama, tuhan & banyak lagi. Nak tau lebih lanjut tanya DR Cinta..

Apa lagi, jom tengok, apa ada pada cinta =D 


Suatu hal menarik tentang cinta, semakin disangkal, semaikin membuat kita jatuh cinta. Betulkan? 


Pelbagai cinta ingin kita perjuangkan, tetapi hanya satu cinta yang kita perjuangkan.


Mungkin kita tidak mampu menjadi cantik seperti yang dimahukan, namun banyak lagi kecantikan lain yang belum kita temukan.


Menangis kerana cinta hanyalah untuk sesaat, gembira kerana bahagia untuk selamanya.


Orang yang tak pernah merasa kecewa sebelum bercinta, takkan pernah menemui cinta sejati.


Air mata seorang wanita selalunya senjata yang membuahkan kemenangan.


Dari kekasih menjadi persahabatan adalah tanda kematangan.


Merelakan kebahagiaannya bersama orang lain tanda kita lebih mencintainya.


Kecewa kerana cinta buat kita sakit, tetapi sakit kerana cintalah membuat kita lebih dewasa.


Ikhlas menerima kesalahan, belajar dari setiap kesalahan, itulah kekuatan menjalani kehidupan.


Apabila ditinggalkan kita akan merasai kekosongan, tetapi bila difikir kembali masih ada yang menyayangi & menemani kita. Cuma tak nampak siapa.


Kadangkala, meminta maaf bukan kerana salah kita, tetapi tidak ingin menyakiti dia. 


Kebanyakannya seseorang bercinta dengan orang lain & akhirnya berkahwin dengan orang lain. Betul kan? ^^


Cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah se'perit cinta yang dipendam.


Kalau nak cakap banyak lagi nih hehe ^^ So ni je la yang sempat tuan rumah fikir2kan..Nak lagi lain kali lah yer =) ..Renung2kan & fikir kembali. So jangan lupa sudi2kanlah komen iyer ^^

0 Budak Sudi Komen:

Blogroll

Busuk.Org