Gambar Ihsan Cik Google |
Salam semua, rasanya dah agak lama tuan rumah menyepi di arena blog nih, hihi.. bukannya apa, tuan rumah agak sibuk dengan urusan keje yang semakin memenuhi setiap ruang & waktu yang tuan rumah ada sebelum ni.. di kesempatan ni tuan rumah nak ucapkan selamat hari raya la jugak walaupun dah terlambat ciket, raya kan sebulan..hihi ^^ ..ok berbalik pulak pasal tajuk post tuan rumah kali ni, rasanya setiap manusia yang dilahirkan di dunia pasti akan merasai pahit manis dalam percintaan sehingga ada yang takut nak bercinta atas sebab2 tertentu..cehh! macam tulis surat rasmi lak..wakakaka xD
Ada yang merasa takut bercinta disebabkan mengalami pengalaman hidup penuh berliku semasa kecil apabila ibubapa bercerai-berai..mengingati pada situasi itu, buat seseorang merasa percintaan tidak mampu membahagiakannya.. selalunya org cmni prinsip hidupnya dah macam batu...macam kata orang, be single is better, single is simple..double is trouble ^^
Ada pulak yang berkata, "Some to choose to be single because they are still in love with someone secretly"..yang ni tuan rumah hambek kat blog orang, huahaha ceritanya macam ni..
Farouk (bukan nama sebenar)
Aku tak boleh cintakan sesiapa selain dia. Biarlah walau dia telah pun berkahwin. Aku masih boleh cintakan dia dari sini. Dan aku tak perlukan sesiapa di sisiku. Cukuplah dengan kenangan bersamanya dapat membuatkan aku gembira. Biar luka jiwaku.. Kan setia hatiku.. Ku selalu kan mencintaimu namun hanya bukannya takdirku untuk menjalani hidupku bersamamu.. Waaahh, terharu gua...wakakaka ^^
Haaa, selain tu ada lagi faktor lain tau..faktor usia seseorang jugak antara punca berlakunya patah hati..wakaka ^^ macam cerita ni..
Muhamad (bukan nama penuh)
Dia memutuskan hubungan dengan alasan untuk fokus pada pelajaran tahun ni, tetapi aku perasan yang sejak akhir2 ni dia sering bercerita tentang adik angkat. Berat hati melepaskannya sehingga dia berkata "kalau awak betol2 sayangkan saya, tolong lepaskan saya" ..selepas ayat tak boleh belah tu aku lepaskan dia..beberapa bulan pastu akhirnya dia mengaku couple ngan adik angkat dia, so what i can do?
Kalau korang plak ada kat tempat mamat tuh apa korang rasa? panas kan? macam dah taknak percaya lagi kat mana2 pompuan..Dalam cerita ni faktor usia yang masih mentah ada kaitan dengan tahap kesetiaan & pemikiran seseorang..nak buat macammana, elok belajar ye dik..huahaha ^^
Untuk cerita seterusnya pulak, korang baca lah..haha
Syuhada (bukan watak sebenar)
Bertahun hubungan kami baik, namun selepas aku melanjutkan pelajaran hubungan kami semakin renggang..mungkis atas sebab kami berjauhan sekian lama selain kesibukan aku belajar. Aku tidak pernah curang walau sekalipun terhadap dirinya, biar jauh atau dekat aku sentiasa jujur luar & dalam, samaada dia tahu atau tidak, aku tidak mampu mempermainkan kesetiaanku..dalam kesibukan aku menuntut ilmu, muncul pula orang ketiga..mungkin orang ketiga ini selalu dekat dengannya & membuat dia tertarik dengannya, orang ketiga itulah yang membawa dirinya jauh dariku..
Huuhhhh~ yang ni macamana pulak? haha, tau takut.. sekian lama membina kebahagiaan bersama tiba2 muncul plak orang ketiga merosakkan..korang tak stress ke??
Baiklah, begitulah antara beberapa situasi yang membuatkan sebahagian besar dari kita merasa sukar untuk menerima seseorang dalam hidupnya. Jangan sangka plak orang tu jual mahal, tetapi pasti ada sejarah silam yang membuatnya belum bersedia menerima kehadiran seseorang..ooppss, dah lewat ni..masa untuk tuan rumah berehat sebentar la plak..ok, apapun tuan rumah nak kongsi banya lagi topik baru selepas ni..so nantikan ^^
Komen la siket yerr~
1 Budak Sudi Komen:
nice entry :)
slamat hari raya
Post a Comment