Salam korang sume, pepagi buta ni tuan rumah terdetik la pulak nak update sket blog nih, asyik2 kat facebook je, muka pun dah macam bulu.. eheh buku la :) dari tadi fikir2 nak share pasal ape ek? last2 terlintas kat kelapa cerita tentang masa tuan rumah masih kecik2 dulu, mksudnya masa zaman tuan rumah kecik2 dulu masih takde teknologi handphone macam sekarang nih. Haaa, tu lah yang tuan rumah nak ceta kat korang sket. Tapi apa plak kaitannya tajuk post tuan rumah share nih.. haa, meh la lepak2 dulu sambil2 layan secawan hot drink..eheh ^^
Gambar Ihsan Cik Google |
Masa dulu time tuan rumah kecik2 kan, selalu main ngan kengkawan, tapi sebelum tu kena la janji nak jumpa kat satu tempat yang kitorang boleh jumpa semua sekali. Selalunya masa kat sekolah dah pakat ramai2 nak lepak & kumpul kat satu port. Apa yang menariknya ialah, setiap kali kitorang berjanji nak jumpa petang nih confirm tak tinggal punya la, pendek kata kehadiran penuh. Pasti ada satu tempat yang kitorang boleh berjumpa walau macammana sekalipun. Jnji ditepati la katakan.
Nak kata masa tu teknologi takdelah macam sekarang nih on go call je.. Dulu time tu paling2 pun col guna telefon rumah je tak pun guna public phone. Itupun kira bernasib baik kalau kawan sorg tu kat rumah ada telefon rumah. Kalau takde kitorang akan pergi ramai2 kat rumah member yang lambat sampai tuh. Masa dulu kalau janji ngan kawan2 kumpul jam 3, confirm sebelum jam 3 dah kumpul semua, kalau ada yang lewat siaplah ditinggalkan..huahaha..haaa, Tengoklah semangat zaman tuh, terbaikk!
Bila difikirkan balik, zaman sekarang paling kurang pun seorang pasti ada satu handphone, bukankah ia memudahkan bila nak carik orang. Siap ade friend finder lak tuh, ehehe, iklan digi lak ^^ ..sekarang walaupun dah ada teknologi yang baik berbanding dulu, tetapi soal menepati janji tu semakin pudar berbanding suatu ketika dulu. Sekarang kalau nak jumpa tinggal sms & call je, tetapi cuba korang fikirkan balik, pernahkah korang ada temujanji then last2 minit orang tuh cancel lak. Kalau tak cancel dia tak menepati masa, so korang tunggu lama la kan. Pasti pernah merasa kan?
Bila difikirkan sedalam-dalamnya, mungkin ada kebenarannya, kan masa dulu2 kalau dah buat temujanji tiba2 ada hal lain pulak dah, masa tu plak susah nak kontek, so, apapun kena lah menghormati janji itu, sebab dah janji awal2 lagi kan. Taknak pegi takut menunggu la member sorang nih.. hihi ..tuan rumah teringat jugak, kalau orang tua2 masa tu janji nak jumpa kat kat rumah minggu depan, confirm minggu depat dia datang, sebab dah janji kan. Nak call masa tak semua ada telefon rumah..ehehe :)
Tapi zaman sekarang lain pulak dah, elok2 dah janji nak jumpa pastu ada hal lain je tak susah mana pun, langgar je pantang, ambek handphone hantar SMS "sory ada hal pnting la bro, lain kali lah lepak" ..ahaha ..kan hambek ko, dah memungkiri janji. Nih lebih panas bila dah siap2 tiba2 lak cancel last minit.
Corak kehidupan masa kini dah berubah. Kesimpulannya, janji dulu & janji sekarang jauh sekali berbeza. Bukanlah tuan rumah bermaksud hidup zaman sekarang kurang menepati janji. Tetapi beza zaman sekarang terlalu mudah untuk kita membatalkan janji2 kerana kemudahan perhubungan yang pantas. Lainlah masa zaman belum ada teknologi macam sekarang nih, disebabkan perhubungan yang terhad, maka setiap janji perlu dihormati..Mungkin itu juga faktor mengapa semua ini berlaku..
So fikir2kanlah, betul kan apa yang tuan rumah katakan nih..Rasanya tuan rumah dah ngantuk nih, apapun share ar ceta korang yer..komen2 lah sket..tau la blog nih tak femes cam korang tu..hihi ^^
0 Budak Sudi Komen:
Post a Comment