Apabila Perempuan Suka Pada Seseorang

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua & selamat berhari sabtu, hmmm, waktu cuti2 camni lah tuan rumah nak singgah kat sini kejap, nak tengok2 kalau ada yang sudi usha blog sekerat tuan rumah ehehe..nampaknya masih ada jugak nak singgah sini. Yer la tuan rumah pn kurang aktif sekarang atas sebab kesibukan urusan hidup & kerja. Ok la, masa tuan ronda-ronda tadi tuan rumah ada terbaca tentang tajuk yg tuan rumah nak kongsikan ni, agak menarik kan bunyinya, so jom baca & nilaikan sendiri betul ke tak ni? ehehe ^^

Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu membetulkan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betulkan tudungnya. Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja.

Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda

Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda

Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lucu

Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda

Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang

Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan

Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak

Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar

Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda

So macamana? pada yang pompuan tu ada persamaan tak ngan korang? hehe
pada yang lelaki cuba2 la tengok wanita2 di sekeliling korang tu, mana tau ada kehkehkeh..
Jangan jual mahal sudah ahaha ^^

sumber : Forum Cinta

1 Budak Sudi Komen:

Unknown said...

oh. macam tu ke ?
tak perasan pulak selama nie. ehehe

Blogroll

Busuk.Org