Apabila Si Dia Berbohong, Jom Baca!

Gambar Ihsan Cik Google
Salam untuk korang semua, hari ni terasa bosan sket, so tuan rumah singgah la kat teratak usang ni, apa2pun tuan rumah rasa nak mengongsikan sesuatu la pulak hari ni. Sebelum tuan rumah nak solat jumaat ni, jom la usha sket shared yang tuan rumah kongsikan ni ye..macam tajuk kat atas tu, kadangkala ramai yang masih taktau cara simple nak mengesan pembohongan. So teruskan membaca lagi, semoga bermanfaat ^^

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Sumber: Forum Cinta

So dah habes baca, haa, pasni cuba la perhatikan gerak-geri buah hati korang tu, jadilah spy peribadinya..ehehe so amalkanlah di rumah ye..selamat mencuba ^^

2 Budak Sudi Komen:

jelah said...

nice info...

Mrs Anne said...

bagus entry skrang dah tahu nakk tangkap si pembohong...dan bagi orng xprsan yg kita bohng..huhu

Blogroll

Busuk.Org