4 Kata-kata Yang Menghancurkan Perhubungan

Gambar Ihsan Cik Google
Salam, rakan blogger & pembaca blog nih, sory la dah lama tuan rumah tak update,maklumlah kerja yang diamanahkan perlulah di utamakan. Hari ni rasanya ada kesempatan & kelegaan dari kesibukan bertugas, so rasanya tuan rumah perlu lah menjenguk sesuatu kat sini..hahaha berhabuk dah blog nih kan ^^ .. Untuk kali ni tuan rumah nak kongsikan pula sesuatu yang perlu korang semua ambil tahu terutama yang sedang ayik bercinta tu yer, selain yang lebih menyanyagi perhubungan, bukan apa sekadar pengetahuan aje..So apa yang sepatutnya korang semua perlu elakkan, kenalah tau yer :)

Jom scrol lagi kat bawah ^^

Cerita Tentang Bekas kekasih
Sebaiknya walau dari awal setiap perhubungan, elakkan dari korang bercakap atau bercerita apa saja berkaitan bekas kekasih, walau korang hanya menyebut "my ex dulu kan" hehe, ni contoh aje...so faham-faham je lah, korang sendiri pun tak suka kan jika buah hati korang cakap yang berkait dengan bekas kekasih..seolah2 hati korang masih kat bekas kekasih tu..Haaa, kat situ lah keyakinan buah hati korang tu semakin berkurang, So elakkan ye ^^

Memuji Kecantikan & Kekacakan orang lain
Cuba lah kalau nak sangat puji orang lain, cuba cakap camtu masa korang dating ngan buah hati korang nanti, pastu cuci mata lak tak berpantang, confirm hangin buah hati korang tu sebab pujian tu bukan untuknya. lagi pun nampak sangat la korang tu lebih memandang rupa. Tu pun kalau yang faham ok la, tapi kalau korang dah selalu sgt cakap camtu balik2..bila2 aje hubungan akan mejadi semakin renggang..

Benci Kawan-kawannya 
Setiap orang mempunyai kenalan, begitu juga kita semua. Oleh itu hindarkan diri korang dari menyatakan hal sebegini kerana, tidak semua orang akan serasi dengan kenalan kekasih masing-masing kan. Kalau tak suka pun tak perlulah menyatakan kepada si dia kerana, soal berkawan tu adalah hak si dia, betul kan,kan ^^ so kenalah saling menghormati.

Benci Hobi & Minatnya
Seharusnya korang perlu tahu, apabila korang menerima atau diterima oleh si dia, sebahagian urusan hidup korang dengan si dia adalah suatu perkongsian. Maka dengan itu, apa yang sudah menjadi minat si dia tak perlulah korang halang. Cuba bayangkan jika orang minat maen futsal tiba2 buah hati korang plak tak suka korang maen futsal. Apa korang rasa? so kesimpulannya minat itu adalah hak setiap individu, kenalah saling memahami ^^

Apapun korang sendiri perlulah lebih peka, faham dengan privacy si dia, percaya & yakin dengannya. So apapun, Lu fikirlah Sendiri hehehe ^^, sebab korang lebih tahu tentangnya.

1 Budak Sudi Komen:

Razf said...

memang tak patut kite benci kawan2 dia sbb kwn2 dia dtg dulu dr kita :)

Blogroll

Busuk.Org