Punca Lelaki Lambat Kahwin

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, Setelah sekian lama menyepi, tuan rumah kembali semula ke rumah kedua nih..Hmm nampak macam dah berusang dah. Tetapi yang penting masih ada jugak nak singgah walaupun tuan rumah lama tak jenguk kat sni ehehe.. Ok la, sebenarnya tuan rumah bukannya apa, laptop dah takde nak buat camne jugak kan, & sekarang tuan rumah dah beli laptop baru, Alhamdulillah dah dapat berblogging semula. Ok untuk kali ni tuan rumah nak share antara punca utama lelaki lambat nak kahwin. So lets READ MORE ^^


  • Duit Belum Cukup - Antara punca terbanyak yang selalu miniti di bibir kaum lelaki ^^  .. Yer la, orang lelaki ni kena banyak tanggungjawab, lagi2 bila dah kawin secara automatiknya akan menjadi seorang ketua keluarga & pemberi nafkah. Dengan cara hidup sekarang nih, semua perlukan duit. Jadi tak heran arr kalau orang lelaki ni nak mencipta harta sebelum nak kahwin. Kehkehkeh ^^

  • Beli kereta dulu sebelum kahwin - Yang ni merupakan jawapan kedua dari mulut lelaki, hahaha.. Yer la zaman sekarang ni kalau pakai kereta tu dah naik saham seseorang tuh..betol tak? kan,kan,kan ^^  .. kalau dah lama bercinta pun kena tunggu pakwe korang beli kereta barulah nak kahwin jawabnya.. pompuan sekarang kebanyakannya (tak semua ek) tak tahan naik bas, sampai bila nak naik bas kahkahkah ^^

  • Belum puas enjoy - hahaha ni lah jawapan yang kaki enjoy...nak puaskah hidup bujang dulu..Kebanyakannya berkata, sebab belum jumpa yang benar-benar ikhlas untuk dicintai. Selain tu ada yang kata belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, diri sendiri pun tak terurus..kehkehkeh

  • Berkali-kali dikecewakan - Jugak antara sebabnya, sampai dah rasa tawar nak mempercayai orang pompuan. Bila cerita bab kahwin dah pura-pura tak dengar. Macam kawan tuan rumah gak la...

  • Nak cari yang Solehah - nak cari yang ala2 ustazah kiut miut kehkehkeh...tapi susah nak carik.. Dah jumpa tapi dah berpunya, ustaz yang kebas..kahkahkah :P Jangan marah ye ustaz ^^

  • Duit kat mainan lelaki - Selalunya orang lelaki ni pasti ada mainannya sendiri, contohnya minat pada motorsikal atau kereta. Selalunya lelaki ni suka habiskan duit kat situ lah, mainan lelaki besar..kehkehkeh... Nak modified, pasang bumper, tukar ekzoz la & macam2 ar..haa, tu lah sebabnya. Macammana nak kahwin?? duit semua habis kat situ aje..heheh
Ok, la tuan rumah dah penat nak memikirkannya. Tuan rumah dapat ni dari kawan2 punya jawapan aje..So apapun juz for fun. Hope enjoy it~ Tuan rumah dah nak tidor, sok keja agi..ahaha


2 Budak Sudi Komen:

RazFiRa said...

hehehehe alasan biasa.. x cukup duit! nak wat cmana kan.. kawin mmg byk belanja :)

Azahari Yassin said...

pompuan senang la...x pyh kuar duit...kehkeheh

Blogroll

Busuk.Org