Gambar Ihsan Cik Google |
Salam semua, malam ni tuan rumah agak bosan tahap adik dewa ^^ ..So kali ni nak share pasal orang pompuan pulak.. Ok kan? takkan pasal lelaki aje kan, kena la tukar selera sket. Ok, macam tajuk kat atas tu, So teruskan membaca, fahami & nilailah sendiri ^^
- Perwatakan kamu yang selamba dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood si dia untuk berjalan bersama kamu
- walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
- menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam tadi ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu
- menghadiahkan hadiah pada Hari Jadi kamu dengan hati yang ikhlas & hadiah yang kamu terima jarang ada di tempat kamu
- Tetap tenang bersama kamu walaupun kamu meninggikan suara
- Tidak menitiskan air mata dihadapan kamu walaupun kamu melukainya dengan sengaja atau sebaliknya
- memahami diri kamu sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga terlebih dahulu
- meletakkan diri selepas ALLAH, Ibubapa, Keluarga & Kerjaya
- tidak mengungkit kisah peribadi kamu
- tidak meletakkan tahap pelajaran atau membandingkan tahap pelajaran dengan kamu
- cukup sekadar kamu sedar tanggungjawab kamu kepada keluarga kamu terlebih dahulu dan seterusnya barulah kepada si dia
- Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu
- tidak merengek walau ada ular di dalam rumah
- mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia
- akan merasa rindu tatkala kamu jauh denganya
- akan memberikan kata-kata semangat bila kamu kecewa dengan kegagalan
- boleh sokong kelab bola sepak kegemaran kamu walaupun si dia tidak tahu pasal bola
- mempelajari minat kamu & menyukai apa yang kamu sukai
- Ingin memasak masakan kegemaran kamu walaupun pada masa itu si dia tak pandai masak
- menjaga air muka kamu walaupun ketika itu kamu tergelincir lalu jatuh dengan cara yang memalukan
- sabar menunggu kamu masuk meminang
- memujuk kamu dengan pelbagai cara memandangkan kamu ni keras kepala
- tidak membezakan kesulitan kamu dengan dirinya
- tidak kisah kamu mahu berkawan dengan siapa, asalkan kamu tahu tanggungjawab kamu
- sabar dengan dugaan dalam menangani perangai pelik kamu
- sentiasa mesej atau call walau kamu tak reply & jawab panggilannya
- sentiasa mendokan kesejahteraan kamu
- berkeinginan mengenali ahli keluarga kamu
- sentiasa bertanyakan khabar ibubapa kamu
- menyediakan pakaian raya kamu atas permintaan kamu untuk di pakai di hari raya
- berusaha mendapatkan kuih kegemaran kamu yang susah nak dapatkan dipasaran, walau terpaksa membuatnya sendiri
- Kamu adalah orang yang pertama dia cari, mesej, call Di pagi Raya
So cuba la nilai sendiri girlfwen korang tu..adakah memiliki atau ada persamaan yang berkait dengan apa yang telah tuan rumah kongsikan untuk kali ni.. Kalau semua ada Sure lah si dia korang tu amat ikhlas menyayangi korang. Apapun, hati setiap orang kita tak tahu kan..Sharing Juz 4 fun ^^
0 Budak Sudi Komen:
Post a Comment