Hadiah Istimewa dan Menjimatkan

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua yang sudi singgah..opps! (ada yang sudi singgah ke?) ehehe... Ok lah, malam ni sambil menikmati coklat panas tiba-tiba terlintas plak kat kepala nak berkongsi sesuatu. Baiklah macam tajuk entry kali ni, saya nak cakap pasal hadiah plak. Korang suka tak hadiah? Ofkos la suke kan, ape la encik Azahari ni haha. Kalau dah diberi saya pun nak juga (tapi malu2 le..hihi). Tapi saya ni belum penah plak terima hadiah istimewa dari sesiapa, kalau beri hadiah tu banyak dah sampai dah tak ingat benda tu dari saya..hehe... ok stop, berbalik plak pada tajuk asal. Cerita pasal hadiah ni nak di jadikan cerita bagaimana pula menjadikan sesebuah hadiah itu sebagai istimewa? haa.. mahal tak semestinya special tau.. Soalnya, korang mampu ke? ehehe, yer la jika dah bekerja & mempunyai pendapatan sendiri bukanlah suatu masaalah.. tetapi andai kata time tu lah korang memang dah pokai amacam? nak pinjam duit tak mainla kawan hehe.. So bagi yang dah pokai atau masih lagi study tu jom try beberapa tips ni~

Imaginasi Kreatif - Setiap kali tibanya hari-hari yang istimewa, sudah menjadi suatu kemestian untuk memberikan hadiah yang cukup istimewa. Namun jika korang kurang mampu untuk memberikan hadiah yang bernilai, cubalah memeberikannya suatu kelainan seperti membuat barang kraftangan istimewa seperti menyimpan origami berbentuk love kat dalam balang, kumpul kulit kerang yang cantik-cantik. Yang ni korang boleh tanya kat kawan-kawan pun. Ok selain tu korang boleh buat baju t-shirt yang dicetak khas dan ada nama pasangan korang tu. Buat lah sepasang untuk korang jugak, ehehe..

Buat aktiviti Berbeza - Jika tahun-tahun sudah korang biasa memberikan hadiah sebagai rutin hari-hari istimewa, apa kata kali ni korang buat suatu kelainan pulak. Haa mcamana pulak tu? hehe.. Korang tukarlah aktiviti yang lebih romantik seperti ajak dye pergi tengok wayang bersama, jogging kat taman, atau pergi membeli belah ( tapi yang ni macam kurang sesuai plak..hihi) tak pun korang bawalah dye berjumpa family korang, makan malam bersama keluarga korang tu. Pasti ada kelainan & meninggalkan kenangan istimewa untuk si dye ^^

Cipta Lagu - Jika korang seorang yang gemar mencipta ayat-ayat indah, cuba la ciptakan sebuah lagu khas untuk  si dye. Ala, usahakanlah demi insan istimewa, keluarkan segala idea yang terpendam tu pasti boleh punya.. kemudian rekodkan lagu korang tu dalam cd atau dalam apa cara sekalipun asalkan ianya praktikal. Kalau boleh berikan cd tersebut dengan pembalut yang istimewa. Si dye pasti gembira dengan usaha korang tu..

Pantun, Puisi - Haa, ni lah cara yang termurah & mudah serta paling jimat yang korang boleh sediakan. Jika sebelum ni nak kena susah-susah sikit, dah tu suara macam beruk takleh nyanyi.. korang belilah sekeping kad atau korang boleh buat pakai kotak apepun. Ciptalah pantun atau puisi istimewa dalam bentuk jenaka atau teka teki. Istimewa yang saya maksudkan korang boleh buat kelainan seperti contoh, korang cipta pantun yang rima akhir setiap pantun mengikut nama kekasih korang tu.. buatlah beberapa pantun untuk melengkapkan kesemua huruf nama kekasih korang tuh. Pasti si dye tersentuh hati atas usaha tersebut..hehe, istimewa kan tapi jimat tau~

So, begitulah antara beberapa tips yang telah saya kongsikan, istimewa tak semestinya mahal. Apa yang paling penting adalah nilai keikhlasan pemberian tersebut. so apa-apapun cuba la nanti di rumah ehehe...

Komen2 lah sikit yer ^^

2 Budak Sudi Komen:

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira k hihihihttp://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

puteraduyong said...

hadiah kalau besar dan murah lagi best... ;)

Blogroll

Busuk.Org