Gambar Ayam Kampus Bogel! Tanpa Sensor

Gambar Curi Dari FB mangsa :p
Salam semua pembaca, ada beberapa hari tuan rumah tak kongsikan sesuatu kan..haa~ kali ni tuan rumah singgah jap sini sebab ada sesuatu ar..ok kli ni mcam tajuk kat atas tu..huhu panas ni, so jangan bising-bising dah la, nanti memacam lak jadinya, asal tengok dah la k ^^  ...Memang betul la tuan rumah nak tunjukkan gambar ayam kampus ni, sure untuk korang semua. Di harap semua tak ambik hati ye sebab tuan rumah tak pandai nak sensor, so tunjuk je la ^^  .. Teruskan scrol kat bawah ye...

\/


\/


\/


\/


\/


\/


Lagi kat bawah ^^

\/


\/


\/


\/




\/




\/




\/

Ni la ayam kampus tu :P
Haaa, kan dah kata sure tak sensor punye la..amacam?? kan tak tipu punya,,ahahaha
Juz 4 fun ^^

Lumrah Hidup Ini

Gambar Ihsan Cik Google

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan...


Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI"
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN...


Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin kita tidak pernah belajar erti dari MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF...

Sumber : Hana Sofea

Apabila Perempuan Serius Dalam Percintaan

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, malam ni tuan rumah agak bosan tahap adik dewa ^^ ..So kali ni nak share pasal orang pompuan pulak.. Ok kan? takkan pasal lelaki aje kan, kena la tukar selera sket. Ok, macam tajuk kat atas tu, So teruskan membaca, fahami & nilailah sendiri ^^
  1. Perwatakan kamu yang selamba dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood si dia untuk berjalan bersama kamu
  2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
  3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam tadi ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu
  4. menghadiahkan hadiah pada Hari Jadi kamu dengan hati yang ikhlas & hadiah yang kamu terima jarang ada di tempat kamu
  5. Tetap tenang bersama kamu walaupun kamu meninggikan suara
  6. Tidak menitiskan air mata dihadapan kamu walaupun kamu melukainya dengan sengaja atau sebaliknya
  7. memahami diri kamu sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga terlebih dahulu
  8. meletakkan diri selepas ALLAH, Ibubapa, Keluarga & Kerjaya
  9. tidak mengungkit kisah peribadi kamu
  10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau membandingkan tahap pelajaran dengan kamu
  11. cukup sekadar kamu sedar tanggungjawab kamu kepada keluarga kamu terlebih dahulu dan seterusnya barulah kepada si dia
  12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu
  13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah
  14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia
  15. akan merasa rindu tatkala kamu jauh denganya
  16. akan memberikan kata-kata semangat bila kamu kecewa dengan kegagalan 
  17. boleh sokong kelab bola sepak kegemaran kamu walaupun si dia tidak tahu pasal bola
  18. mempelajari minat kamu & menyukai apa yang kamu sukai
  19. Ingin memasak masakan kegemaran kamu walaupun pada masa itu si dia tak pandai masak
  20. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu kamu tergelincir lalu jatuh dengan cara yang memalukan
  21. sabar menunggu kamu masuk meminang
  22. memujuk kamu dengan pelbagai cara memandangkan kamu ni keras kepala
  23. tidak membezakan kesulitan kamu dengan dirinya
  24. tidak kisah kamu mahu berkawan dengan siapa, asalkan kamu tahu tanggungjawab kamu
  25. sabar dengan dugaan dalam menangani perangai pelik kamu
  26. sentiasa mesej atau call walau kamu tak reply & jawab panggilannya
  27. sentiasa mendokan kesejahteraan kamu
  28. berkeinginan mengenali ahli keluarga kamu
  29. sentiasa bertanyakan khabar ibubapa kamu
  30. menyediakan pakaian raya kamu atas permintaan kamu untuk di pakai di hari raya
  31. berusaha mendapatkan kuih kegemaran kamu yang susah nak dapatkan dipasaran, walau terpaksa membuatnya sendiri
  32. Kamu adalah orang yang pertama dia cari, mesej, call Di pagi Raya
So cuba la nilai sendiri girlfwen korang tu..adakah memiliki atau ada persamaan yang berkait dengan apa yang telah tuan rumah kongsikan untuk kali ni.. Kalau semua ada Sure lah si dia korang tu amat ikhlas menyayangi korang. Apapun, hati setiap orang kita tak tahu kan..Sharing Juz 4 fun ^^

Apabila Perempuan Tengah Marah

Gambar Ihsan Cik Google
Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah

Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising

Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati

Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sembarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang

Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!

Hahaha~ betul kan,kan,kan ^^

Sumber : Forum Tentang Cinta

Wanita IQ Rendah Cenderung Memilih Lelaki Kaya

Gambar Ihsan Cik Google

Menurut hasil kajian yang dijalankan biasanya, seorang wanita dengan daya kecerdasan (IQ) rendah lebih memilih lelaki kaya berbanding lelaki biasa-biasa. Namun begitulah kesimpulan yang disampaikan oleh Dr.Christine Stanik dari University of Michigan. Wanita yang memiliki IQ Rendah lebih Suka kepada Lelaki Kaya. Sebuah penelitian mendedahkan, wanita dengan IQ rendah bukannya mata duitan dan gila harta, tetapi secara naturalnya menginginkan keselamatan kewangan untuk masa depan & anak-anak mereka.

Kajian yang dilakukan Dr. Christine Stanik dari University of Michigan mengatakan kepada Daily Mail, wanita yang hanya memiliki pendidikan rendah serta kelayakan yang rendah adalah lebih cenderung memilih lelaki kaya daripada lelaki dari kalangan orang biasa. "suatu ketika dulu, seorang wanita tertarik dengan lelaki kaya kerana mereka sedar dengan mengahwini lelaki kaya mereka mempunyai masa depan yang baik," kata Stanik seperti dikutip dari Times of India. Menurut Stanik. Kini kebanyakan wanita moden memilih lelaki kaya kerana tidak mempunyai kerjaya yang baik dan tidak mempunyai kemampuan usaha yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa, wanita yang memiliki daya kecerdasan IQ tinggi  lebih cenderung memilih lelaki bodoh untuk percintaan jangka pendek. Fenomena ini terjadi kerana wanita yang bijak mempunyai keyakinan yang tinggi serta corak kehidupan yang lebih stabil.

Sumber : Surat Khabar ^^

Punca Lelaki Lambat Kahwin

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, Setelah sekian lama menyepi, tuan rumah kembali semula ke rumah kedua nih..Hmm nampak macam dah berusang dah. Tetapi yang penting masih ada jugak nak singgah walaupun tuan rumah lama tak jenguk kat sni ehehe.. Ok la, sebenarnya tuan rumah bukannya apa, laptop dah takde nak buat camne jugak kan, & sekarang tuan rumah dah beli laptop baru, Alhamdulillah dah dapat berblogging semula. Ok untuk kali ni tuan rumah nak share antara punca utama lelaki lambat nak kahwin. So lets READ MORE ^^


  • Duit Belum Cukup - Antara punca terbanyak yang selalu miniti di bibir kaum lelaki ^^  .. Yer la, orang lelaki ni kena banyak tanggungjawab, lagi2 bila dah kawin secara automatiknya akan menjadi seorang ketua keluarga & pemberi nafkah. Dengan cara hidup sekarang nih, semua perlukan duit. Jadi tak heran arr kalau orang lelaki ni nak mencipta harta sebelum nak kahwin. Kehkehkeh ^^

  • Beli kereta dulu sebelum kahwin - Yang ni merupakan jawapan kedua dari mulut lelaki, hahaha.. Yer la zaman sekarang ni kalau pakai kereta tu dah naik saham seseorang tuh..betol tak? kan,kan,kan ^^  .. kalau dah lama bercinta pun kena tunggu pakwe korang beli kereta barulah nak kahwin jawabnya.. pompuan sekarang kebanyakannya (tak semua ek) tak tahan naik bas, sampai bila nak naik bas kahkahkah ^^

  • Belum puas enjoy - hahaha ni lah jawapan yang kaki enjoy...nak puaskah hidup bujang dulu..Kebanyakannya berkata, sebab belum jumpa yang benar-benar ikhlas untuk dicintai. Selain tu ada yang kata belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, diri sendiri pun tak terurus..kehkehkeh

  • Berkali-kali dikecewakan - Jugak antara sebabnya, sampai dah rasa tawar nak mempercayai orang pompuan. Bila cerita bab kahwin dah pura-pura tak dengar. Macam kawan tuan rumah gak la...

  • Nak cari yang Solehah - nak cari yang ala2 ustazah kiut miut kehkehkeh...tapi susah nak carik.. Dah jumpa tapi dah berpunya, ustaz yang kebas..kahkahkah :P Jangan marah ye ustaz ^^

  • Duit kat mainan lelaki - Selalunya orang lelaki ni pasti ada mainannya sendiri, contohnya minat pada motorsikal atau kereta. Selalunya lelaki ni suka habiskan duit kat situ lah, mainan lelaki besar..kehkehkeh... Nak modified, pasang bumper, tukar ekzoz la & macam2 ar..haa, tu lah sebabnya. Macammana nak kahwin?? duit semua habis kat situ aje..heheh
Ok, la tuan rumah dah penat nak memikirkannya. Tuan rumah dapat ni dari kawan2 punya jawapan aje..So apapun juz for fun. Hope enjoy it~ Tuan rumah dah nak tidor, sok keja agi..ahaha


Tanda-tanda 100 Kematian

Gambar Ihsan Cik Google

Tanda 100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Terima Kasih Atas Segalanya


Aku Rindu Dia
Gambar Ihsan Cik Google

Sungguhpun aku lelaki, walau sehebat manapun dugaan, menagis bukanlah pilihan terbaik, menangis itu suatu yang memalukan, menagis itu lemah. Namun adakalanya menangis itu adalah tanda lelaki yang sebenar-benarnya berada pada tahap keikhlasan sebenar. Aku mengenali dunia blog ni pun sebenarnya sekadar membuang masa lapang, buang rasa sunyi selama ini. Biar aku nampak sibuk di mata para kenalanku. Asalkan ada masanya aku dapat lupakan seketika lamunan tentang seseorang yang amat aku hormati dalam hidup aku. Dia seorang wanita yang terbaik pada pandanganku, dia tidak pernah tinggalkan aku tanpa meninggalkan sesuatu yang menyakitkan. Dia pasti ada jua walau ada ketikanya terlalu lama aku menanti kehadirannya. Tahun ni adalah tahun keempat perkenalan kami, dan ia bukanlah suatu tempoh yang singkat. Aku amat sayangkan perkenalan ini & jika boleh biarlah dia teman akhir hayatku nanti. Kadangkala aku merasakan tidak layak untuknya kerana aku tidak mampu membuat dirinya gembira sepertimana orang lain. Dia terlalu aku agungkan dalam hidup ini entah mengapa aku merasa begitu. Mungkin kerana dia mampu membuat orang lain terhibur dengan gelagatnya yang lucu, semua orang  senang bersama dengannya. Entah mengapa sukar untuk aku lepaskan dia, mungkin juga aku masih belum percaya pada orang lain yang mampu melindunginya. Aku tidak mahu orang lain mempersia-siakannya, kerana bagiku dia hanya satu di dunia dan takkan ada galang gantinya. Biarpun bunga bukan sekuntum namun bunga ini takkan sama dengan bunga-bunga yang lain. Jika bukan kerana kata-katanya yang sering mnyedarkan aku, mungkin aku masih tidak menghormati keluargaku, dan jika bukan kerananya aku tiada usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Kehadirannya dalam hidupku suatu sinar bahagia dalam diri. Tanpanya aku tercari-cari, dimanakah dia? apa dia lakukan sekarang? Sejauh manapun dia pergi, aku tetap mengingatinya dalam doaku. Terimakasih Nurul S kerana pernah ada untuk aku selama ini.

Tika kau tiada di sini ku luah segalanya, Semoga kau temui nukilan ini. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...

Andai Menyanyangi Seseorang

Gambar Ihsah Cik Google

Jika kita SAYANGKAN seseorang itu,
LEPASKAN dia pergi, jangan kita halang dia,
Kerana dia ada hidup sendiri & haluan sendiri...

Andai sudah TERSURAT dia milik kita,
Suatu masa nanti dia pasti KEMBALI kepada kita,
Walau SEHEBAT manapun pengganti yang dia JUMPA...

Dan andai kita SAYANGKAN sesuatu itu,
JANGANLAH kita genggam ia terlampau KUAT,
Bimbang ianya PECAH di dalam genggaman kita SENDIRI...

Sumber : Hana Sofea (FACEBOOK)

Renung2kan & Selamat Beramal ^^

Hukum Cium Mulut

Salam hari minggu semua, hari ni adalah hari stanby kat ofis, so ada dah masa tuan rumah nak berblogging. Semalam masa tengah ronda-ronda kat fb, tuan rumah tertarik dengan satu screen capture. Kali ni nak share pasal hukum cium mulut. Haaa, yang ni la anak-anak muda suka sangat nak try kan? Ish3..tak tau ke dosa tu tak nampak. Ni la manusia dah tau salah tapi buat jugak, macam tuan rumah da taubat..ahaha kantoi lak ^^ kekeke. Ok apa yang menariknya, screen capture ni di ambil dari seorang yang bertanyakan soalan tentang hukum cium mulut kepada Ustaz yang paling femes kat malaysia nih. Siapa lagi kalu bukan Ustaz Azhar Idrus.

Haa, ni la dia Ustaz tu..korang kenal kan?


Ok, jom tengok screen capture yang tuan rumah rembat kat facebook ^^


Klik  Gambar Untuk Lebih Jelas
Haa, amacam? kelaka jugak iye sebab tanya soalan camni hehe..So kepada anak2 muda kena ambik tau nih, jangan sembarangan aje nak cium mulut orang ok ^^  ...kalau dah kawen takpe la, anytime leh cium kehkehkeh xD

Renung2kan & selamat beramal ^^

Susah ke minta maaf?

Gambar Ihsan Cik Google

Salam hari sabtu untuk semua, haa, rasanya dah lama tuan rumah tak update blog nih, dah nak seminggu agaknya. Yer la tuan rumah takde komputer sendiri, ni pun pinjam-pinjam aje guna kejap. Tak best langsung camni ahaha..Kali ni tuan rumah kembali lagi dengan tajuk entry yang berlainan sket dari yang sebelum ni. Kali ni nak cakap pasal "maaf". Biasanya sesiapa saja menghulurkan kata maaf ketika melakukan apa saja kesilapan & ada kalanya maaf adalah perkara yang berat & paling sukar di ucapkan. Iye ke?

Iye la, ada masanya rasa malu jugak nak minta maaf sebab orang lain yang buat salah kita pulak yang minta maaf hehe..selain tu ada yang malu sebab dah buat salah, so berat nak minta maaf. Kan3 ^^ mesti korang pun pernah kan? ehehe..Ok, ada pula yang rasa senang sangat nak minta maaf, pada pendapat tuan rumah, meminta maaf ni ada 2 jenis. Iaitu yang pertama yang tak ikhlas, contohnya kita pergi shopping kat pasaraya then terlanggar bahu orang lain, kemudian dengan mudahnya kita berkata "im sorry" bak kata Amir Raja Lawak ^^ dan terus berlalu. Mohon maaf macam ni terlalu mudah & tak sampai dalam hati langsung. Tapi kan, lebih baik dari takde cakap apa-apa betul kan? ehehe...Manakala yang kedua pula minta maaf secara ikhlas, selalunya berlaku apabila seseorang melakukan suatu perkara yang berat untuk diterima orang lain atau menyinggung perasaan orang lain. Masa tu kita rasa tak selesa sebab buat salah pada orang lain & tanpa paksaan kita ingin memohon maaf kepadanya. Di situlah nampak keikhlasan kita untuk meminta maaf.

Apa-apa pun, minta maaf itu mudah aje, buang ego, merendah diri, buang rasa malu & mintalah maaf. Elok mohon maaf secara ikhlas, barulah tenang jiwa & bukan hanya sekadar kata aje. Hehehe, kalau ada yang silap tolong betulkan, tuan rumah sekadar nak berkongsi aje..

Siapa Dia Sahabat?

Gambar Ihsan Cik Google

Sahabat bukanlah orang yang selalu temankan kita..
Bukan orang yang selalu ikut kita shopping & puji2 kita..
Yang share lagu best2 dan melalaikan kita..
Bukan rakan yang menyokong walau kita buat salah...

TAPI ! Sahabat ialah rakan yang sentiasa mendoakan kita ..
Yang risau dan menegur apabila kita buat salah..
Yang menarik kita dekat kepada kebenaran..
Dekat kepada Allah.. yang sentiasa mahu tarik kita bersamanya..
Agar di dunia & akhirat , kita menjadi sahabatnya..
Itulah dia SAHABAT kita..

Renung-renungkan & Selamat beramal ^^

Hanya Sekeping Hati


Gambar Ihsan Cik Google

Lahirnya kita di dunia ini diberikan sepasang kaki untuk berjalan..
Sepasang tangan untuk memegang..
Sepasang telinga untuk mendengar..
Sepasang mata untuk melihat.. 
Tetapi mengapa tuhan memberikan hanya sekeping hati kepada kita?
Kerana tuhan memberikan sekeping hati lagi kepada seseorang
Untuk kita berusaha mencari dan melengkapkan hidup
Bersama sekeping lagi hati...

Renung2kan & selamat membaca ^^ 

Segmen Tambah Follower Sampai Pening

Salam semua & selamat malam, kalau yang singgah time pagi tu selamat pagi =D ..Sebenarnya memalam nih bosan pulak tuan rumah, so tengah survey-survey tuh tuan rumah tertarik pulak ngan segmen by Miss Yaya. So apa kata korang join sekali segmen nih.
Klik aje banner kat bawah ni yer. 

Jomlah meriahkan sekali, tuan rumah ni masih baru lagi kat dunia blog nih, sebab tu cuba aje. Lagipun masih tak ramai kawan lagi ahaha cian kan ^^ ..Siapa tahu kan dalam dunia blog nih tuan rumah dapat mengenali lebih ramai hati budi, tak pun calon ahah gurau =)
Apapun gatal-gatalkan jari korang klik Banner kat atas yer ^^

Sahabat VS Kawan

Gambar Ihsan Cik Google



Salam, hari yang best adalah hari terima gaji Tetapi hari ni tuan rumah masih belum gaji lagi ehehe ^^ ...sedih aje sepanjang hari, senyum pun dah tawar, dah berapa hari dah ni..kemana lak bos nih eeiiiii!! Dah la nak bayar bil current nih. taknak ar tertunggak bayaran. So dah rasa malas2 ni nak keja baik tuan rumah berblogging lagi bagus ^^ ..Hari ni tuan rumah nak berbicara tentang sahabat & kawan. Jika disebutkan dua perkataan tersebut seperti tiada beza maksud keduanya. Namun jika diteliti serta difahami sedalam2nya ada dua pengertian besar disebaliknya.


Sahabat umpama baju yang kita pakai. Mampu melindungi kita, mengindahkan kita serta menjadikan kita sempurna di mata orang lain. Kawan pula mungkin hanya sekadar pen yang terletak kemas di poket baju kita. Jika ada tak mengapa, tak ada pun tak mengapa. Kadang-kadang sangat berguna, kadang tu langsung tak guna bila dah tak ada dakwat. Adakalanya dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita. Itulah kawan, kadang-kadang berguna & kadang-kadang menyusahkan. (Sumber :Jangan Main-main)


Oleh itu, janganlah kita jadi sekadar seorang kawan, biarlah kita menjadi seorang sahabat kepada sahabat kita. Kata orang, persahabatan adalah titik tolak kepada sebuah keakraban. Oleh itu, kita sendirilah yang perlu mulakan langkah itu. Jangan tunggu orang lain ^^ .. dalam ramai-ramai kawan kenalilah sahabat korang tu. Dikala susah merekalah yang sentiasa ada di sisi menemani. Namun dikala senang sahabat tak ingin jadi beban walau sekadar menerima tempias, Itulah sahabat sejati.


Renung2kan dan selamat beramal.. Sudi2kanlah komen yer =D

Ada Apa Pada Cinta?? Jom Terjah

Gambar Ihsan Cik Google



Salam, semua & selamat berhari minggu, hari ni selalunya menjadi hari pilihan untuk mereka2 yang melangsungkan majlis perkahwinan. So sesuailah dengan entry yang tuan rumah nak share kali ni iaitu mengenai cinta. Ada sesiapa tak pernah bercinta tak? ehehehe mestilah pernahkan. Cinta tak semestinya pada kekasih aje. Fikir tu panjang sikit lah kawan, eheh gurau ^^ ...cinta ni luas pengertiannya, cinta pada ibu bapa, persahabatan, negara, agama, tuhan & banyak lagi. Nak tau lebih lanjut tanya DR Cinta..

Apa lagi, jom tengok, apa ada pada cinta =D 


Suatu hal menarik tentang cinta, semakin disangkal, semaikin membuat kita jatuh cinta. Betulkan? 


Pelbagai cinta ingin kita perjuangkan, tetapi hanya satu cinta yang kita perjuangkan.


Mungkin kita tidak mampu menjadi cantik seperti yang dimahukan, namun banyak lagi kecantikan lain yang belum kita temukan.


Menangis kerana cinta hanyalah untuk sesaat, gembira kerana bahagia untuk selamanya.


Orang yang tak pernah merasa kecewa sebelum bercinta, takkan pernah menemui cinta sejati.


Air mata seorang wanita selalunya senjata yang membuahkan kemenangan.


Dari kekasih menjadi persahabatan adalah tanda kematangan.


Merelakan kebahagiaannya bersama orang lain tanda kita lebih mencintainya.


Kecewa kerana cinta buat kita sakit, tetapi sakit kerana cintalah membuat kita lebih dewasa.


Ikhlas menerima kesalahan, belajar dari setiap kesalahan, itulah kekuatan menjalani kehidupan.


Apabila ditinggalkan kita akan merasai kekosongan, tetapi bila difikir kembali masih ada yang menyayangi & menemani kita. Cuma tak nampak siapa.


Kadangkala, meminta maaf bukan kerana salah kita, tetapi tidak ingin menyakiti dia. 


Kebanyakannya seseorang bercinta dengan orang lain & akhirnya berkahwin dengan orang lain. Betul kan? ^^


Cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah se'perit cinta yang dipendam.


Kalau nak cakap banyak lagi nih hehe ^^ So ni je la yang sempat tuan rumah fikir2kan..Nak lagi lain kali lah yer =) ..Renung2kan & fikir kembali. So jangan lupa sudi2kanlah komen iyer ^^

Blog Tuan Rumah Berwajah Baru

Gambar Ihsan Cik Google
Salam, rasa dah lama tak update sesuatu kat sini kan..ahaha, tuan rumah sebenarnya sedang menaik taraf blog nih..hehe biasa la orang baru belajar lah katakan..ehehe ^^  ...tu la korang taknak ajar..terpaksalah buat sendiri. Setelah berjuang selama 3 hari barulah tuan rumah dapat rasa happy..hihihi, happy macam gambar kat atas ni. Mulai esok & seterusnya, tuan rumah nak buat penambahan sikit la. Cemburu sikit arr blog orang lain cun2 giler nih..
Nanti bila dah ok sikit tuan rumah akan buat sharing macam biasa la. Bosan jugak dah 3 hari langsung tak update, renovate blog aje..ahaha..So macamana penampilan wajah baru ni ok tak?? komen2 lah yer kalau ada kekurangan, biasalah budak masih baru belajar jangan gelakkan sudah..ahaha 

Bersyukurlah Untuk Segalanya

Gambar Ihsan Cik Google

Hidup dalam dunia ini adalah untuk mensyukuri...

bersyukur  ditemukan  orang yang menyakitimu kerana dialah orang yg menabahkanmu..

bersyukur  ditemukan  orang yang menipu kamu kerana dia yang mengingatkan kamu..

bersyukur  ditemukan pada orang yang tak endahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari..

bersyukur  ditemukan pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperkuat abiliti kamu ..

bersyukur  ditemukan pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yg menguji kesabaran kamu ..

bersyukur dengan segala ujian dariNYA, kerana ia meningkatkan iman kamu..

Bersyukurlah kerana menjadi seorang yang tahu mensyukuri, renung2kan & selamat beringat ^^

Segala Yang Terbaik Hanyalah DariNya

Gambar Curi Dari Google ^^

"Ingαtlah bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα.
Dαn setiap yang menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα.
Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Dia buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα.

Dαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. Kitα tidαk mαmpu
mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα". 

"Biarlah DIA yang menjaga hati ini..dan sehingga tiba masa..
DIA menghalalkan hati ini untuk berkongsi cinta dengan dia yangdipilih-NYA 
Renung2kan & Jangan Ditenung-tenung aje ^^

Erti Persahabatan Sebenar

Gambar Ihsan Cik Google


 Sahabat adalah Hadiah, Sahabat adalah Anugerah, Sahabat adalah Cinta
Sahabat yang baik malu untuk bersamamu ketika senang, namun sahabat yang baik pasti bersama ketika di dalam kesusahan.
Sahabat  adalah orang yang mampu membuat perkara yang sederhana menjadi sesuatu yang membahagiakan.
Sahabat tidak akan pernah mengkhianati, tetapi sahabat yang baik akan sentiasa menasihati, melindungi serta ikhlas mengasihi.
Dari sahabat menjadi kekasih seiring waktu itulah ketulusan, dari kekasih menjadi sahabat itulah kedewasaan.
Sahabat adalah orang yang memahami masa lalumu & akan menerima kamu seadanya.
Tiada insan di dunia tidak membuat kesalahan, namun sahabat baik akan mencari sebuah alasan untuk memaafkan kamu.
Sahabat tidak perlu difahami, kerana sahabat pasti menerima segala perkara walaupun sukar difahami.
Sahabat tidak mampu dibeli, kerana sahabat sejati pasti hadir sendiri.
Sahabat tidak semestinya berada disampingmu, sahabat yang baik pasti sentiasa mendorongmu walau di mana ia berada.
Sahabat yang baik bermula dari diri kita sendiri, dari itulah kita akan menemui sahabat yang lebih baik dari kita sendiri.
Jangan pernah menyakiti sahabatmu kerana ia adalah anugerah tuhan yang tak inginkan kamu hadapi hidup ini sendirian.
Pemergian seorang sahabat bagai kehilangan sebuah kunci dalam kehidupan. 
Oleh itu, hargailah sahabat yang kita miliki, sahabat adalah harta yang tak ternilai, takkan mampu dibeli. Dalam hidup kita takkan mampu mengharungi hidup ini tanpa seorang sahabat. Renung2kan & selamat beramal ^^

Sudi2kanlah Komen yer =D 

Blogroll

Busuk.Org