Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

Wanita IQ Rendah Cenderung Memilih Lelaki Kaya

Gambar Ihsan Cik Google

Menurut hasil kajian yang dijalankan biasanya, seorang wanita dengan daya kecerdasan (IQ) rendah lebih memilih lelaki kaya berbanding lelaki biasa-biasa. Namun begitulah kesimpulan yang disampaikan oleh Dr.Christine Stanik dari University of Michigan. Wanita yang memiliki IQ Rendah lebih Suka kepada Lelaki Kaya. Sebuah penelitian mendedahkan, wanita dengan IQ rendah bukannya mata duitan dan gila harta, tetapi secara naturalnya menginginkan keselamatan kewangan untuk masa depan & anak-anak mereka.

Kajian yang dilakukan Dr. Christine Stanik dari University of Michigan mengatakan kepada Daily Mail, wanita yang hanya memiliki pendidikan rendah serta kelayakan yang rendah adalah lebih cenderung memilih lelaki kaya daripada lelaki dari kalangan orang biasa. "suatu ketika dulu, seorang wanita tertarik dengan lelaki kaya kerana mereka sedar dengan mengahwini lelaki kaya mereka mempunyai masa depan yang baik," kata Stanik seperti dikutip dari Times of India. Menurut Stanik. Kini kebanyakan wanita moden memilih lelaki kaya kerana tidak mempunyai kerjaya yang baik dan tidak mempunyai kemampuan usaha yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa, wanita yang memiliki daya kecerdasan IQ tinggi  lebih cenderung memilih lelaki bodoh untuk percintaan jangka pendek. Fenomena ini terjadi kerana wanita yang bijak mempunyai keyakinan yang tinggi serta corak kehidupan yang lebih stabil.

Sumber : Surat Khabar ^^

Punca Lelaki Lambat Kahwin

Gambar Ihsan Cik Google
Salam semua, Setelah sekian lama menyepi, tuan rumah kembali semula ke rumah kedua nih..Hmm nampak macam dah berusang dah. Tetapi yang penting masih ada jugak nak singgah walaupun tuan rumah lama tak jenguk kat sni ehehe.. Ok la, sebenarnya tuan rumah bukannya apa, laptop dah takde nak buat camne jugak kan, & sekarang tuan rumah dah beli laptop baru, Alhamdulillah dah dapat berblogging semula. Ok untuk kali ni tuan rumah nak share antara punca utama lelaki lambat nak kahwin. So lets READ MORE ^^


  • Duit Belum Cukup - Antara punca terbanyak yang selalu miniti di bibir kaum lelaki ^^  .. Yer la, orang lelaki ni kena banyak tanggungjawab, lagi2 bila dah kawin secara automatiknya akan menjadi seorang ketua keluarga & pemberi nafkah. Dengan cara hidup sekarang nih, semua perlukan duit. Jadi tak heran arr kalau orang lelaki ni nak mencipta harta sebelum nak kahwin. Kehkehkeh ^^

  • Beli kereta dulu sebelum kahwin - Yang ni merupakan jawapan kedua dari mulut lelaki, hahaha.. Yer la zaman sekarang ni kalau pakai kereta tu dah naik saham seseorang tuh..betol tak? kan,kan,kan ^^  .. kalau dah lama bercinta pun kena tunggu pakwe korang beli kereta barulah nak kahwin jawabnya.. pompuan sekarang kebanyakannya (tak semua ek) tak tahan naik bas, sampai bila nak naik bas kahkahkah ^^

  • Belum puas enjoy - hahaha ni lah jawapan yang kaki enjoy...nak puaskah hidup bujang dulu..Kebanyakannya berkata, sebab belum jumpa yang benar-benar ikhlas untuk dicintai. Selain tu ada yang kata belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, diri sendiri pun tak terurus..kehkehkeh

  • Berkali-kali dikecewakan - Jugak antara sebabnya, sampai dah rasa tawar nak mempercayai orang pompuan. Bila cerita bab kahwin dah pura-pura tak dengar. Macam kawan tuan rumah gak la...

  • Nak cari yang Solehah - nak cari yang ala2 ustazah kiut miut kehkehkeh...tapi susah nak carik.. Dah jumpa tapi dah berpunya, ustaz yang kebas..kahkahkah :P Jangan marah ye ustaz ^^

  • Duit kat mainan lelaki - Selalunya orang lelaki ni pasti ada mainannya sendiri, contohnya minat pada motorsikal atau kereta. Selalunya lelaki ni suka habiskan duit kat situ lah, mainan lelaki besar..kehkehkeh... Nak modified, pasang bumper, tukar ekzoz la & macam2 ar..haa, tu lah sebabnya. Macammana nak kahwin?? duit semua habis kat situ aje..heheh
Ok, la tuan rumah dah penat nak memikirkannya. Tuan rumah dapat ni dari kawan2 punya jawapan aje..So apapun juz for fun. Hope enjoy it~ Tuan rumah dah nak tidor, sok keja agi..ahaha


Ada Apa Pada Cinta?? Jom Terjah

Gambar Ihsan Cik Google



Salam, semua & selamat berhari minggu, hari ni selalunya menjadi hari pilihan untuk mereka2 yang melangsungkan majlis perkahwinan. So sesuailah dengan entry yang tuan rumah nak share kali ni iaitu mengenai cinta. Ada sesiapa tak pernah bercinta tak? ehehehe mestilah pernahkan. Cinta tak semestinya pada kekasih aje. Fikir tu panjang sikit lah kawan, eheh gurau ^^ ...cinta ni luas pengertiannya, cinta pada ibu bapa, persahabatan, negara, agama, tuhan & banyak lagi. Nak tau lebih lanjut tanya DR Cinta..

Apa lagi, jom tengok, apa ada pada cinta =D 


Suatu hal menarik tentang cinta, semakin disangkal, semaikin membuat kita jatuh cinta. Betulkan? 


Pelbagai cinta ingin kita perjuangkan, tetapi hanya satu cinta yang kita perjuangkan.


Mungkin kita tidak mampu menjadi cantik seperti yang dimahukan, namun banyak lagi kecantikan lain yang belum kita temukan.


Menangis kerana cinta hanyalah untuk sesaat, gembira kerana bahagia untuk selamanya.


Orang yang tak pernah merasa kecewa sebelum bercinta, takkan pernah menemui cinta sejati.


Air mata seorang wanita selalunya senjata yang membuahkan kemenangan.


Dari kekasih menjadi persahabatan adalah tanda kematangan.


Merelakan kebahagiaannya bersama orang lain tanda kita lebih mencintainya.


Kecewa kerana cinta buat kita sakit, tetapi sakit kerana cintalah membuat kita lebih dewasa.


Ikhlas menerima kesalahan, belajar dari setiap kesalahan, itulah kekuatan menjalani kehidupan.


Apabila ditinggalkan kita akan merasai kekosongan, tetapi bila difikir kembali masih ada yang menyayangi & menemani kita. Cuma tak nampak siapa.


Kadangkala, meminta maaf bukan kerana salah kita, tetapi tidak ingin menyakiti dia. 


Kebanyakannya seseorang bercinta dengan orang lain & akhirnya berkahwin dengan orang lain. Betul kan? ^^


Cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah se'perit cinta yang dipendam.


Kalau nak cakap banyak lagi nih hehe ^^ So ni je la yang sempat tuan rumah fikir2kan..Nak lagi lain kali lah yer =) ..Renung2kan & fikir kembali. So jangan lupa sudi2kanlah komen iyer ^^

BETUL KE FAKTA NI??

Hari ni masa keja, macam biasa la servey2 la kat Facebook & terjumpa  sesuatu yang menarik perhatian. Korang cuba lah nilai fakta kat bawah ni.

Korang rasa, Betul tak ni? 
Ehehe...pada pendapat sy betul la ni. Orang yang paling risau akan diri kita ialah Ibu kita, tiada ibu yang tak sayangkan anaknya. Melihat dari fakta ni, buat sy rasa sedikit sebak, kadang-kala kita lupa & tak sedar betapa kasihnya ibu terhadap diri ini. So moral cerita, hargailah ibu korang selagi dia & diri kita masih ada lagi di dunia sementara ni, JANGAN SESEKALI MELUKAKAN PERASAANNYA.

"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu" ^^
Klik Sini Best!

Blogroll

Busuk.Org