Tips Buang Rasa Malas Bangun Pagi

Gambar Ihsan Cik Google
Entry kali ni saya nak kongsikan tips nak hindarkan rasa malas di pagi hari. Haa, yang ni biasa terjadi pada korang kan? ehehe..termasuklah saya sendiri,tak kira la samaada budak sekolah, pelajar kolej, siswazah mahupun yang sudah berkerja. Yang suri rumah takde masaalah ke? hehe, terasuk sekali lah tu, mana lagi nak siapkan sarapan pagi, nak ketuk pintu bilik anak-anak lagi kan, hahaha. Dalam hal ini ia bergantung pada pendirian setiap individu jugak kan. Setiap orang pasti ada cara mengawal rasa malas semasa bangun pagi. Yer la mana tak nya kadang-kadang tu rasa macam tak puas & nak sambung tidur lagi, tapi tanggungjawab taknak lepas jugak kan. Kalau saya biasanya liat sangat nak bangun hari isnin, ehehe :P
 Di bawah ni saya nak share Tips berguna untuk buang rasa malas bangun pagi, jom scrol kat bawah ^^


Cari Jendela / tingkap - Antara langkah terawal & terbaik ialah menghadap jendela atau pun pintu agar korang boleh melihat cahaya di pagi hari. Cuba tarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian tahan beberapa saat & hembus. Ulangi beberapa kali agar udara dapat disalurkan ke otak. Antara punca utama ialah masih dalam keadaan mengantuk kerana otak korang masih kekurangan oksigen. Biasanya di pagi hari kita akan terasa dingin, cuba melawan rasa dingin hingga semua nyawa anggota badan bersatu.
Dengar Muzik Rancak - Haa, yang ni saya syorkan agar buka radio la.. biasanya pagi-pagi tu lagu-lagu yang dimainkan rancak ooOOW~ Tak kira la radio, mp3, mp4 atau sebagainya janji ianya muzik yang agak rancak. Tapi paling mudah beli radio je senang, yang pakai 2 biji bateri tu pun ok je ^^ .. Tak pun bukak je radio online senang dah..Confirm tau-tau ada semangat nak memulakan pagi hari korang tanpa rasa lesu. Confirm lagu paling last dengar tu bermain kt fikiran masa pegi kuliah,skul,keje heheh :)
Minum Sesuatu -  Cuba la minum sesuatu atau paling bagus buat la minuman yang korang suka.  Ketika air minuman diteguk, sedikit demi sedikit perasaan segar akan mengalir & dengan perlahan mood tidur akan terbangun ^^
Ambil sedikit masa untuk tenang -  Jangan memikirkan hal yang buruk, contohnya tentang hutang, masaalah kerja, saman trafik & sebagainya. Cuba untuk kosongkan minda. Saya syorkan agar korang cuba gantikan fikiran kepada hal yang baik & manis. Contohnya, selepas waktu bekerja nak pergi cuci mata kat taman hahahaha xD
Bercermin -  Satu cara yang agak mudah untuk dilakukan ialah, sediakan sebuah cermin besar kat bilik korang tu...huahaha, pastu posing la korang kat depan cermin tu. Opps, pastikan pintu bilik ditutup, takut orang lain tengok karenah pelik korang tu hehe. Cuba untuk senyum & yang pasti mata korang akan terbukak luas melihat rambut pagi-pagi korang tu ^^,
Lakukan senaman ringan -  Bagi yang tak biasa bersenam tu cuba la korang buat sedikit senaman ringan agar seluruh anggota badan bagaikan bernafas pagi-pagi. Buatlah pergerakan kecil yang mudah, regangan otot agar tubuh terasa lebih segar. Tarik nafas panjang-panjang. Paling senang pun ikut je macam yang kat atas tu, bukak je lagu rancak & menari la kat bilik korang tu, pasti korang rasa segar. Cuba la yer..

~Begitulah awan nano~ eheh nyanyi lak ^^
Haa, begitu lah antara tips yang saya kongsikan untuk hari ni,
Cubalah & semoga bermanfaat =D 

Beruntung Tuhan Dah Bagi Badan Yang Sihat

Gambar Ihsan Cik Google

Malam ni tak tau sebenarnya nak tulis tentang apa, hmmm..ni pun saja la nak menekan-nekan keypad..haa tengok ni sye tekan agi..ehehe ^^ . Saja nak cerita la ni pasal tadi sye tertidur petang, dah tu sekali terbangun da jam 7 lebih...haaa terkejut sye sbb da terlepas solat maghrib :(      Rsa betul2 serba salah sebab sye ni sihat walafiat, cuma sye  tak sengaja. Tiba-tiba sye teringat kata-kata ustaz sye dlu "Tuhan dah bagi tubuh yang sihat, beramal & hargailah nikmat tersebut" huhhhh. Pastu sye teringat pulak masa pergi surau, ada seorang OKU bertongkat tanpa dibantu sesiapa pun. Sye pernah cuba membantunya tetapi OKU tersebut menolak, waa~ terasa kerdil diri ini betapa orang yang sepatutnya berada di dalam kekurangan tidak mahu bergantung pada orang lain. Sedangkan orang yang tidak sempurna pancainderanya tahu menghargai apa yang ia miliki & mengapa pula kita tidak. Bukan nak kata sya nie berlagak alim, cuma sekadar berkongsi & mengingatkan. Tak salah kan  ^^

Renung-renungkanlah & selamat beramal ^^ 

Maksud Tersirat Di Sebalik Kata-kata Wanita

Gambar ihsan Cik google
Kadangkala kita terlalu jujur memahami seseorang wanita hanya dari kata-katanya yang kita dengar~ tahukah anda bahawa tidak semua yang dikatakan oleh seorang wanita bukanlah kehendak sebenar, ia cuma berselindung disebalik kata-kata dari maksud sebenar yang diinginkan.. Meh tengok 10 makna tersirat disebalik kata2 seorang wanita. klik disini



Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!




Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.



Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.



Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.



Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi: I taknak u kecewa sebab hati I masih untuk orang lain.



Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.



Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.



Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.



Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Eheh betul ke ni, hanya pompuan je ble ckp ^^

Hahahaha xD ,kepada kaum Adam...Diharap anda menjadi seorang lelaki yang lebih memahami...Perkongsian ini hanya sekadar hiburan. Nak tau lebih banyak lagi klik disini

Perempuan Ni Kurang Ajar!!!

Hari ni sy nak kongsikan sesuatu yang menarik perhatian sy sendiri sebagai seorang anak sabahan. Entry kali ni agak memanaskan pada anak2 sabah & sarawak Jom tengok screen capture yang diambil dari rakan Facebook.



Sumber : Facebook

Korang nampak kan kenyataan berani minah ni. Sy rasa budak ni tak cukup akal, cacat agaknya. Adakah dye tak sekolah?? rasanya mesti ada sebab dye berani cakap macm tu, tetapi takkan hanya segelintir orang tapi nak salahkan semua orang. Pada pendapat saya sendiri, Perempuan Kurang ajar ni wajar memohon maaf secara terbuka sebagaimana ia membuat kenyataan yang tidak menghormati perasaan seluruh orang dari sabah & sarawak secara terbuka. Dalam hidup ni, kita akan berjumpa dengan pelbagai macam ragam manusia, so tak hairanlah juga ada orang yang pendek akal macam ni.
Cuma tak perlulah menghina orang yang tidak berkaitan dalam hidup dye. Adakah dye hebat sangat?? kaya sangat?? berjaya sangat?? lawa sangat?? agak2 la dik oii,, mulut tu ada insuran agaknya..jangan hanya kerana kenyataan panas ni mulut dye koyak nanti..cacat seumur hidup insuran pun takde gune lagi. Nak kutuk-kutuk tak bertempat, tak sedar diri, dye tak tau ke berapa besar sumbangan hasil kekayaan dari sabah & sarawak terhadap ekonomi Negara.
Satu fanpage telah dibuat agar Minah ni memohon maaf secara terbuka, Untuk melihat page tersebut Boleh klik di sini atau di sini
Nak kutuk muka orang konon. Dye tak ingat da kutuk ciptaan Allah. Tak sia-sia dapat dosa.
Biar kita buruk rupa asal jangan buruk perangai.

Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Jom Cuba Buat Seseorang Cakap "I Love U"

Gambar Ihsan Cik Google

Boy : Aku akan buat ko cakap " i love u".
Girl : Tak mungkin !
Boy : Ok, kita tengok...cuba cakap ' ketam masak kicap '.
Girl : Ketam masak kicap.
Boy : Emmm, aku dengar mak ko cakap ko pandai masak, betul ke?
Girl : Ha ah, mesti la. nape?
Boy : Ish, aku tak caye la orang muda2 macam ko pandai masak. Berapa umur ko ?!
Girl : 23...
Boy : Haa,kan aku dah berjaya buat ko bagitau umur ko.. :D
Girl : Grrr!!...tadi ko cakap nak buat aku cakap " i love you "... huhh!!
Boy : Hah!! tu ko baru je ko cakap.. hahaha!!!
Girl : Errrrkkk!! bencii!
Juz 4 Fun ^^ 

BETUL KE FAKTA NI??

Hari ni masa keja, macam biasa la servey2 la kat Facebook & terjumpa  sesuatu yang menarik perhatian. Korang cuba lah nilai fakta kat bawah ni.

Korang rasa, Betul tak ni? 
Ehehe...pada pendapat sy betul la ni. Orang yang paling risau akan diri kita ialah Ibu kita, tiada ibu yang tak sayangkan anaknya. Melihat dari fakta ni, buat sy rasa sedikit sebak, kadang-kala kita lupa & tak sedar betapa kasihnya ibu terhadap diri ini. So moral cerita, hargailah ibu korang selagi dia & diri kita masih ada lagi di dunia sementara ni, JANGAN SESEKALI MELUKAKAN PERASAANNYA.

"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu" ^^
Klik Sini Best!

CARA MUDAH MENGESAN LOKASI KEKASIH ANDA DENGAN TEPAT

Salam, Hari ni sy ingin berkongsikan suatu teknologi aplikasi internet baru yang mungkin menjadi keperluan korang pada masa ni. Tapi sebelum tu pernahkah korang rasa nak tahu di mana kekasih korang berada sekarang ni,, pernah kan? hahaha, takyah nak tipu la. Kalau guna handphone boleh je kesan lokasi buah hati korang tu, cuma ia tak la setepat aplikasi yang saya kongsikan ni.
Aplikasi ini boleh digunakan di mana-mana komputer asalkan mempunyai sambungan internet. Ia mengesan kedudukan buah hati korang tu dengan menggunakan Satelite terus di pancarkan ke handphone buah hati korang. Setelah menerima kedudukan sebenar, Aplikasi ini akan memproses Latitud & longitud tu terus mengubah dalam bentuk Peta (peta dalam bentuk gambar). Ia bukan sahaja mengesan kedudukan, malah yang lebih hebat ia mampu mengesan Buah hati korang tu walau dalam jamban sekalipun,, kekeke ^^ gurau. So tak susah kan nak cari ^^
Berikut adalah caranya.

1. Sila Buka tab baru pada browser korang, taipkan pada url : http://www.sat-gps-locate.com/
2. Select country dan pilih Malaysia.
3. Kemudian masukkan No telefon kekasih korang tu.
4. Click To Search & tunggu proses aplikasi. Aplikasi ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan kedudukan sebenar.
Selepas tu, lihat hasilnya & kongsikan pada
kawan-kawan yang lain,, enjoy ^^ 

GAMBAR MAGIC, UJI MATA ANDA

Entry kali ni nak citer pasal gambar magic, tadi masa tengah kerja sambil2 tu ternampak satu shared dari kawan. Agak menarik la jugak, so sy pun nak share la jugak kat sini. Di bawah ni ada sebuah gambar yang seolah-olah langit & bumi pada latar belakangnya, serta terdapat 2 ketulan yang mempunyai dua warna berbeza.
Foto Perkongsian dari Facebook

Jika diperhatikan kedua-dua ketulan blok tersebut, masing-masing mempunyai dua warna yang berbeza.
Cuba korang tutup pada bahagian tengah di antara 2 ketulan blok tersebut & lihat hasilnya.

Selamat mencuba ^^

Sumber : Facebook

DOA PENYERI & PEMANIS WAJAH

DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA'AT SEBELUM KELUAR RUMAH.
Di sini saya kongsikan, salah satu Bacaan doa penyeri wajah yang sering diamalkan untuk tujuan yang baik. Tak perlulah membazir duit untuk tujuan rawatan kecantikan yang mahal. Cukup dengan hanya satu ayat penyeri mampu membuat diri lebih berseri, pakai bedak sikit-sikit pun dah Ok ^^ 

Cuba tengok awek ni, berseri je muka die kan? 
Sebab dia mengamalkan doa ni la..

Dikatakan, kebanyakan artis kita mengamalkan doa yang sama. Tengoklah artis kita walaupun dah berusia tapi nampak awet muda kan ^^



Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau alat 2 solek atau minyak rambut & barang perhiasan yang lain.

Doa ni telah di rumikan, pastikan bacaan adalah mengikut ejaandengan tepat. Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus.

Selepas itu. Baca kuat-kuat, kalau boleh biar orang lain dengar. Tak salah kan berkongsi sesuatu yang baik kan?...harap jangan disalahgunakan ye ^^




~Amalkanlah setiap hari~Selamat mencuba~





" Bismillahirrahmanirrahim








minyak si tuang tuang,








ku tuang dalam kuali,






muka ku macam beruang,






semua orang gerenti lari.






kuang.. kuang..kuang"



hehehe...semoga bertambah manis...
senyum selalu, jangan nakal2 ^^

Saya pun terkena =P

 Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

KESAN DARA MELALUI KENTUT

Gambar Ihsan Cik Google
Samaada percaya atau tidak, korang perlu jugak percaya. Bagaimana pula tu??
Haa,,nak tau sangat kan? teruskan membaca kat bawah ni ^^
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka. 
"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa. 
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu. 
Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu. 
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yang berhampiran dengan wartawan itu. 
"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu. 
"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula. 
Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara. 
"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu. 
"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu. 
Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya. Sumber: Kisah Lucu
Haa,, betul kan?? dari kentut je boleh kesan..kehkehkeh ^^
Juz 4fun fren..Klik like jika suka =D
Atau klik di sini 

Besarnya Tanggungjawab Sebagai Lelaki

Tadi pagi masa tengah bermuka buku admin terlihat post yang menarik dari rakan FB. Try-try tengok ia sememangnya menakutkan buat kaum adam. Betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga yang rasanya bukan admin tak tahu, cuma tak sedar je ^^
< Jom tengok kat bawah ni >
Biar admin bagi sedar sikit hehe ^^,

Klik untuk paparan lebih jelas
Nampaknya ada dah yang tersengih tu, Haa bebudak yang gatal sangat nak kahwin tu, kena ingat sikit, bukan mudah nak galas tanggungjawab. Ni la salah satu perkara yang ramai dikalangan kita tidak menyedarinya. Bukan takleh nak berkeluarga, tetapi persiapkanlah diri untuk itu, sebab tu la kena pilih yang solehah sket, ehehe Gurau :p. Admin pun kena beringat jugak ^^
Ada yang lambat-lambat nak kahwin tak lepas ni??? kahkahkah


 Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

Gempar Kiamat Pertengahan Ramadan 2012 ???


Gambar Ihsan Cik Google

"Mengikut kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan."

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib. 

Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu. 


Tarikh kiamat adalah rahsia Pencipta (Tuhan). So kalau dah ditakdirkan minggu depan kiamat pun, kita takkan akan menyangka kerana bila-bila saja ia boleh berlaku. Kita takkan tahu bila ia terjadi, oleh itu kita semua jangan leka persiapan amal ibadat selagi masih berpeluang.

MOHON SEBARKAN UNTUK TERUS ELAK KEKELIRUAN

GAMBAR AJAIB JOM TENGOK (BEST!)

Klik gambar di atas untuk melihat

Nak tengok gambar magic tak?? Haaa..Cuba perhatikan pada titik hitam seketika, gambar hitam putih ni akan menjadi warna, best~ klik gambar tersebut & tumpukan perhatian pada titik hitam seketika ^^

So apa korang nampak?? Magic kan..
Kalau tak nampak tu maknanya da tak lama la tu ^^

MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK HADIAH SI DIA


Setiap hadiah terutamanya dari si dia pasti mempunyai maksud & harapan tertentu..Haa, nak tau tak maksud disebalik hadiah dari si dia? tak kisah la birthday atau saja2, mahal ataupun murah janji hadiah penuh dengan makna..kengkadang tu si dia akan bagi hadiah anytime, rasa je nak beli so dia pun beli la~ mesti ada sesuatu punya..nak tau maksud disebalih hadiah si dia tu jom tengok kat bawah ni =D

Cokelat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia & gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda Gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.

Bingkai Gambar 
Sentiasa merindui & tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!

Pakaian, Kain, Tudung & sebagainya
Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan & dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan2 & keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.



Cincin Sepasang
Tanda ikatan kasih yang abadi, si dia mahukan anda terus berada di sampingnya kerana ia merasakan anda adalah pilihan hatinya & akan sedaya upaya menjaga perhubungan. Si dia juga ingin anda tahu bahawa dia serius dalam percintaan.

Bunga
Tanda mula menyayangi,ingin berkenalan & permintaaan mengenali lebih mendalam lagi, ingin menawan hati, atau si dia juga ingin memujuk anda yang sedang merajuk. Di katakan perempuan walau sekeras manapun jiwanya tetap akan suka hadiah bunga walau disebalik senyuman apabila si dia memberikan bunga yang cantik secantik korang yang baca entry ni ^^

Buku
Bersifat terbuka, bertolak ansur & prihatin. Si dia amat berharap agar anda memanfaatkan pelbagai peluang, ingin mempelajari sesuatu yang berguna, tidak mudah berputus harapan & mampu memotivasikan diri agar mampu menghadapi kehidupan yang mencabar. 
Handphone
Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, Si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya. 

Jam Tangan Sepasang
Si dia amat mengharapkan agar anda mengingatinya setiap masa & waktu walau dimana berada agar anda tahu si dia juga sentiasa mengingati anda sepertimana anda mengingatinya. Si dia juga berharap hadiah jam adalah keperluan yang penting & bukan sekadar aksesori kerana ianya juga nilai sesuatu penghargaan.

Gelang Tangan, Kaki
Tanda mesra dari si dia agar anda selalu bertolak ansur dengannya sekiranya ia melukai perasaan dalam sedar ataupun tidak. Si dia juga mengharapkan anda mudah memaafkan samaada pada dirinya juga pada orang lain. Tidak mahu anda bermasam muka apabila bertemu dengannya. Anda adalah kekasih serta sahabat baginya.


Rantai Leher
Suatu tanda, ikatan cintanya yang perlu diberi perhatian kerana si dia sudah mulai perasaan sayang mengalir pada dirinya untuk anda. Si dia perlukan anda dalam kehidupannya serta mahukan anda kerap meluangkan masa & perhatian untuknya.



Minyak Wangi
Tanda wujudnya cinta, si dia mahukan anda tahu bahawa anda adalah cintanya, Ia juga mengharapkan cinta setulusnya dari anda. Si dia juga mahukan anda menjadi insan yang kemas, bersih & cantik dimatanya setiap kali bertemu serta menjaga penampilan. 

Al-Quran, Sejadah
Tanda si dia mengasihi anda dunia & akhirat. Si dia juga mahukan anda menyedarkannya disaat ia lalai serta mengingatiNya & ilmu agama itu penyuluh kepada cinta yang diredai .

Kad Ucapan
Si dia amat mengabadikan perasaan sayang & cintanya sebagai suatu tanda ingatan atau kenangan, tidak mudah melupakan segala yang di lalui pahit atau manis sepanjang perkenalan kerana tanda ingatan suatu yang tak ternilah harganya. 



 Kasut
Tanda si dia sangat mengambil berat serta prihatin terhadap anda dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perasaan, kewangan, kerjaya serta hal2 yang berkaitan peribadi. Sedia menjadi pendengar luahan hati anda.
Subang
Penghargaan serta penghormatan dari si dia. Si dia amat mengagungkan diri anda pada dirinya, Harapan si dia agar anda menghargai kehadirannya di dalam hidup anda sebagi seorang yang bermakna dalam hidup anda. Maksudnya, jadikan si dia watak hero dalam novel hidup anda :P

Payung
Tanda kasih dari si dia untuk anda, si dia juga ingin anda tahu bahawa ia ingin melindungi anda walau hanya sesuatu yang di anggap remeh baginya seperti demam, si dia akan mudah merasa beban di jiwanya & risau tentang kesihatan anda yang kurang baik. Selain itu, untuk mengelakkan anda dari basah kena hujan atau panas terik,takut hitam pulak hehe ^^,



Hantaran Meminang
Itu tandanya si dia serius & betul2 serius ingin menjalinkan ikatan kerana si sia mahukan anda jadi bakal teman berkongsi hidup serta pahit manis dalam menempuh kehidupan setelah berumahtangga kelak..

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai maksud yang tersirat disebalik hadiah pemberian dari seseorang yang bergelar kekasih.. so sudi2kanlah tinggalkan komen ye^^

Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

BIAR BURUK RUPA, JANGAN BURUK PERANGAI

Gambar Ihsan Cik Google

Pada suatu hari, seorang jejaka yang tak berapa hensome tapi perasan je lebih ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidur dengannya~ klik disini 
Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki.... 
Awek : Apa dia? 
Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ? 
Awek : Ish, tak tau lah, I give up. 
Jejaka : Itulah cinta saya pada awak.... 
Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia) 
Jejaka : Awak, sudi tak awak temankan saya di rumah malam ni? 
Awek : Boleh, tapi awak kena jawab teka teki saya dulu... 
Jejaka : Ok 
Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap? alahh macam awak tak tau pulak... 
Jejaka : Emm, tak tau lah awak..(respon baik punya) Yahooo (^0^)
Awek : Jawapannya, Itulah tapak tangan saya, lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah.. Yesss (da kene penampar) ^^,
Moral cerita~ hindarkan perkara yang boleh membawa ke arah kemaksiatan & zina, jadilah insan umpama berada di dalam bekas kaca~ hanya seseorang yang layak sahaja yang mampu memilikinya & bukan kerana nafsu semata-mata ehehe ^^
komen sikit yer~ klik disini

Tanda-tanda Lelaki Ikhlas Menyintai Kekasihnya

Gambar Ihsan Cik Google
Haa kepada kaum hawa diluar sana, nak tau betapa kasihnya boypren korang tu..baca kat bawah ni, cuba2 la perhatikan boypren korang tu ade sangkut tak? kalo semuanya ade memang sah la si dia tu sayang sangat kat korang..ehehe ^^
  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa (selalu memberi sokongan & galakan)
  • Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
  • Dia sanggup mengaku sesuatu kesalahan walaupun dia tidak tahu-menahu kesalahan tu jika didesak oleh kekasihnya supaya mengaku ( best ni! cuba la nanti hehe :p)
  • Dia banyak menasihati & mengingatkan kekasihnya tentang pelbagai perkara kerana dia amat menyayanginya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap (jika berhadapan situasi macam ni, cuba jangan bersikap keras, explain dengan sebaiknya kerana lelaki pasti mamahami anda).
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya(kerana wanita tu tiada dua baginya, sukar diganti dalam hatinya).
  • Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga (jika tidak suka si dia berkelakuan seperti ini, angap saja ia perkara yang melucukan & berbincang dengannya).
  • Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya (salah satu keinginan setiap lelaki ialah ingin dipujuk, yang pompuan tu sekali sekala pujuk2 la si dia tu hehe)
  • Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  • Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia mahu sentiasa dicintai sepertimana dia mencintai kekasihnya.
  • Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
  • Dia membanggakan kekasihnya pada keluarganya.
  • Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
  • Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya walau dimana dia berada, jauh mahupun dekat dia tetap menganggap kekasihnya berada disisinya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
  • Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita, namun salah satu faktor lelaki menangis disebabkan perasaan cinta yang mendalam. 
Kepada para wanita diluar sana, hargailah seorang lelaki yang menyanyangi dengan ikhlas, jangan biarkan lelaki2 anda merasa kecewa atau sengsara, sebenarnya lelaki ni juga lembut hatinya bagaikan taman hihi.. begitulah tanda2nya seorang lelaki yang sedia menerima seadanya seorang wanita itu. Janganlah diangap segala kelakuan lelaki itu merimaskan kerana disebaliknya ia mahukan yang terbaik untuk kekasih yang dicintainya~ hargailah mereka..

sudi2kanlah tinggalkan komen ye ^^


  Klik di sini untuk mengetahui rahsia internet Free

CARA HILANGKAN KESAN PARUT PALING MURAH & BERKESAN

Haa..mesti korang tak suka kan kulit berparut terutama golongan perempuan & yang menjaga kecantikan kulit. Yang bermasaalah seperti kesan parut jerawat pun ok je. Admin sendiri pernah cuba dan ia tak mengecewakan langsung & kesannya pun agak cepat berbanding produk kecantikan yang ada di pasaran. Apa yang menarik ianya sangat mudah digunakan serta murah. Dah la murah kenyang pulak tu ^^.. So apa yang korang perlukan ialah seperti gambar di bawah. 

Pisang kuning yang cukup masak
Tak kisah apa2 jenis pisang pun.

Ok, selepas tu apa yang korang perlu buat ialah buka kulitnya lalu makan isinya. Jangan dibuang kulitnya. Ok, sekarang korang dah memiliki bahan yang murah tetapi mempunyai khasiat yang tinggi iaitu kulit pisang tersebut. Apa yang korang perlu buat seterusnya ialah sapukan kulit pisang pada sebelah bahagian dalam ke bahagian kulit yang ada kesan parut tersebut. Sapukan suka hati korang semahunya ^^ gurau. Selepas tu, biarkan ia kering dan bersihkan semula dengan menggunakan air bersih. Mudah kan?? 
Ulangi petua tersebut beberapa kali mengikut kemahuan korang. Pasti korang dapat melihat kesannya yang agak memberangsangkan. Kesan parut tersebut confirm beransur hilang. Ia bergantung pada level parut tu jugak. Jika kesan tersebut agak teruk maka ianya memerlukan masa yang agak panjang jugak. Tetapi kalau setakat kesan parut luka-luka kecil tu sekejap je, 2 ke 3 kali sapu pun dah nampak kesannya hilang. Tips ni sangat mujarab, admin tahu pun dari radio masa admin kecil-kecil dulu.
Amalkanlah Jika Nak Kulit Cantik ^^ 

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

Gambar ihsan cik google



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat,

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu,

Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang,

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.

Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”,

Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”,

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”,

Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”,

Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki,

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena,

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal,

Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga,


Fikir2lah & renung-renungkanlah ^^
Sumber Hana Sofea

Tahap Cemburu Lelaki yang Wanita Perlu Tahu!



Setiap manusia dilahirkan ke dunia ini pasti pasti dianugerahkan dengan pelbagai perasaan, salah satu perasaan itu ialah CEMBURU..semua orang pasti akan merasakannya namun yang membezakannya seseorang itu ialah cara setiap individu menghadapinya. Pada pasangan yang bercinta cemburu pasti mewarnai pehubungan samaada ke arah positif atau sebaliknya. Cemburu sering dikaitkan dengan golongan wanita, namun perlu korang ketahui juga, cemburu lelaki berselindung disebalik egonya & wajahnya yang selamba~ dalam hati ada taman beb~ ;)

AQUARIUS
Lelaki aquarius biasanya menggunakan ayat-ayat dalam bentuk sindiran untuk menunjukkan rasa ceburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau, namun apabila topik perbualannya tertumpu pada seseorang saja, bermakna ternyatalah dia sedang cemburu.


PISCES

Lelaki yang paling mulia & baik hati tetapi kuat cemburunya. Tahap cemburunya amat memeranjatkan sekalian kaum hawa yang menjadi kekasihnya. Jika kekasihnya berlaku curang atau yang seangkatan dengannya dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya umpama menenggelamkan anda. 


ARIES

Mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Suka mengawal orang lain tidak kira dalam pelbagai perkara dia juga akan menggunakan tenaga & kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila mendapat tahu individu yang boleh mengganggu hubungannya dia akan mengambil tindakan apa saja asalkan individu tersebut tiada peluang untuk merebut kekasihnya. 


TAURUS

Lelaki taurus adalah lelaki yang peramah & sangat jujur. Dia tidak dapat menerima jika anda berbohong terhadapnya. Sekiranya dia mendapat tahu anda keluar dengan lelaki lain, elok prepare alasan yang the best punya.. :) 


GEMINI

Lelaki gemini hanya menganggap cemburu itu suatu permainan sahaja. Dia adalah seorang yang suka bermain-main & tidak serius serta tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Dia bencikan cinta secara paksa & seumpamanya malah tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun telah memiliki kekasih. kesimpulannya perasaan cemburu lelaki gemini ni tak banyak atau kejap jew.. mybe rasa boleh cari lain kot.. =) 


CANCER

Lelaki cancer ni memiliki perasaan cemburu yang agak tinggi. Dia tidak mahu berjauhan dengan kekasihnya malah selalu mendekati kekasihnya dalam pelbagai situasi, kadangkala di luar jangkaan pula tu~ Ini disebabkan lelaki cancer mempunyai perasaan kekosongan & perasaan risau yang teramatttt sangat. Bayangkan jika kekasihnya meninggalkannya, cemburunya pasti menghuru-harakan mereka berdua & keluarganya..eheh :p namun ianya tidak melebihi batas kerana pemilik bintang cancer mampu mengawal dirinya secara psikologi.


LEO

Lelaki leo sangat ego & tabah. dia tidak sesekali cemburu hanya kerana perkara yang remeh. Dia tidak mahu menjatuhkan air mukanya kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatnya marah namu dia akan tetap tenang menghadapinya. 


VIRGO

Cemburu lelaki virgo amat memeranjatkan. Lelaki virgo tidak mempunyai hati yang lapang & pemikiran yang luas. Cemburu adalah menjadi perkara yang kerap dalam kehidupannya. Walaupun dia mencintai kekasihnya namun pergaduhan besar sukar dielakkan kerana sifat cemburunya yang buta. 


LIBRA

Lelaki libra amat mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu boleh menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan imejnya yang baik. Dia kurang menimbulkan perselisihan dengan pasangannya kerana cemburu boleh menjejaskan perhubungan yang baik serta penampilannya. 


SCORPIO

Semakin dalam cinta terhadap kekasih maka semakin kuatlah perasaan cemburunya. Inilah yang menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati & mencintai sepenuh hati terhadap kekasihnya. Hebat kan? namun perasaan cemburu tidak kurang hebatnya. Sekiranya kekasihnya menunjukkan walau sedikit kemusykilan maka terserlahlah cemburunya. 


SAGITARIUS

Lelaki sagitarius dilihat seorang yang tenang namun dia juga boleh merasa cemburu. Lelaki sagitarius digambarkan seorang yang terlalu cepat merasa cemburu namun cemburunya juga cepat reda apabila mengetahui hal yang sebenar. Tetapi apabila dia mempunyai matlamat baru tak kiralah ke arah positif untuk dirinya atau sebaliknya, dia akan meninggalkan kekasihnya yang sering membuatnya cemburu dengan wajah yang tenang. 


CAPRICON

Lelaki capricon mempunyai sikap yang pesimistik, maksudnya bersikap atau berpandangan mudah putus harap, cenderung melihat keburukan sesuatu, segera merasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu. Apabila merasa cemburu, dia tidak akan menunjukkan perasaan itu terhadap kekasihnya, sebaliknya melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap perkara lain seperti sukan dan di tempat kerja.

Haa, begitu la sedikit sebanyak keperibadian tahap cemburu lelaki~ nak caye atau x terpulang pada diri anda sendiri.. angap saja perkongsian ini ForFun~ Komen sket yer.. (^_^) Klik Kat Sini

Gambar Diana Danielle Baring Dengan Lelaki???

Eh betul ke ni? atau kontroversi semata-mata. Biasa la kita selalu dengar pelbagai macam kisah berkaitan artis smaada berkait peribadi mahupun sebaliknya. Mana tak nya Diana Dannielle merupakan salah seorang artis yang dikenali serta diminati oleh pelbagai golongan terutama golongan lelaki kehkehkeh. Dah namanya insan popular dan diminati memang tak lepas dari pelbagai tuduhan melulu dari masyarakat. Hanya hal sekecil Foto pun mampu menabur fitnah. Ye la bukan senang nak tutup mulut orang kan ^^.   
Kat bawah ni screen capture yangsaya ambil pagi tadi mengenai kenyataan Diana Danielle tentang foto gambar beliau yang kononnya bersama seorang lelaki.

klik gambar untuk lebih jelas

Jika diperhatikan betul-betul memang dalam gambar tu nampak macam seorang lelaki, namun kita tak boleh membuat tuduhan tanpa usul periksa, jika dah tuan empunya badan sendiri memberi kenyataan secara jujur pasti semua orang boleh faham kan. Kesian kat Diana tak pasal-pasal difitnah hanya kerana foto tersebut. Kata orang biarlah berani kerana benar,takut kerana salah. Harap Diana mampu bersabar kerana hidup ni sememangnya suatu ujian, bukan mudah menutup perilaku orang namun kita masih boleh mengawalnya agar tidak teraniaya fitnah orang. Kalau dilihat komen-komen dari follower fan page Diana Danielle rata-rata memberikan komen positf. Harap orang-orang yang mudah menabur fitnah ni tidak terlalu mudah bersangka buruk, kajilah betul-sebelum membuat cerita. Tak pasal-pasal dah dapat dosa kategori membunuh kehkehkeh =D
Jangan risau Diana, admin pun masih percayakan kamu ^^ 

Blogroll

Busuk.Org