Ihsan Variasi Optic |
Salam selamat petang semua. Lama Tuan rumah menghilang selama ni disebabkan sibuk menguruskan hal-hal kerjaya yang sememangnya tak berkesudahan. Apa yang pasti berkesudahan dengan penat lelah demi sepinggan nasi ye..hehe bukan sesuap nasi tau.. kalau sesuap nasi tak kenyang le jwabnya hehe.. Ok lah kali ni, tuan rumah nak share yang agak berlainan sket. Tengok tajuk pun dah lain macam nak jual barang lah pulak..hehe
Gambar Ihsan Cik Google - Rayban Wayfarer |
Rayban adalah jenama yang tidak asing lagi di pasaran antarabangsa, banyak koleksi, design, patern kacamata yang dihasilkan sesuai dengan citarasa pelbagai peringkat usia. Ray-Ban adalah brand kacamata Amerika yang mula dicipta pada tahun 1936 oleh Bausch & Lomb. Ia telah digayakan oleh ramai kenamaan, artis antarabangsa sehingga mengangkat ia sebagai sebuah jenama gergasi hingga kini. Pada tahun 1999, produksi Ray-Ban menjadi semakin merosot dan syarikat Bausch & Lomb telah mengalami beberapa kerugian di atas kemunculan persaingan dalam penghasilan kacamata seperti OakleyInc yang mempunyai kepakaran mencipta design kacamata yang lebih moden dan sesuai untuk golongan muda. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjual paten Ray Ban itu sendiri kepada sebuah syarikat kaca mata di Itali iaitu Luxottica.
Oleh kerana jenama Rayban teramatlah popular sehingga kini, banyak koleksi kacamata tiruan mula dijual dengan harga yang sangat murah. Di pasar malam, lambakan kacamata tiruan dijual dengan harga sekitar RM10. Oleh kerana harga kacamata original amatlah mahal sehingga mencecah ratusan hingga ribuan ringgit, kacamata tiruan menjadi pilihan ramai. Namun keselamtan pengguna amatlah mendukacitakan kerana kacamata murah ini tiada perlindungan UV seperti yang dikatakan. Lens nya pula dibuat dari plastik keras dan mudah calar walau disimpan dalam kain perlindungan.
Rayban Wayfarer Rareprint |
Jika korang pernah membeli kacamata murah yang tuan rumah katakan tadi, sudah pasti korang jugak pernah mengalami masaalah yang sama bukan? ye lah tuan rumah jugak pernah membelinya suatu ketika dahulu, namun dah beralih arah kepada kacamata yang lebih berkualiti iaitu Kacamata Rayban Gred 5A. Ia amatlah menyerupai seperti apa yang dijual di butik kacamata. Dari segi ketelitian ianya sama dengan yang asli, dari segi material, frame, bingkai sehingglah kepada Lens. Lens juga adalah dari kaca yang mempunyai perlindungan UV dan ia dibuat sama seperti yang original.
Dari segi harga amatlah tidak mengecewakan, kerana harganya adalah di bawah kemampuan rakyat biasa di negara ini. Harga sekitar RM70 - RM190 bergantung pada jenis kacamata itu sendiri. Jika berminat pada teknologi polarized maka tinngi juga lah harganya. Namun ia tetap tidak merugikan atas sebab kualiti tingkat tertinggi yang deberikan adalah menyamai produk yang asli.
Oleh itu jika korang berminat, bolehlah melihat sendiri pelbagai koleksi kacamata Gred 5A yang tuan rumah katakan tadi di http://www.variasi-optic.com . Pelbagai variasi kacamata berjenama yang di tawarkan. Harga boleh runding terus kepada owner, dia ok baik orangnya..hehe